Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

30 December 2009

Satria Lembek

"Proton Neo langgar buntu kete abah kat depan rumah tadi menjelang maghrib tadi. Kete Neo tu teruk juga la. Keta abah kuat lagi."

Ada juga orang yang 'berani' langgar kereta ayah saya, Proton Saga 1.5 1991. Then, I text back to my mum.

"Itu sebablah suka guna keta abah, kuat bodynya. Pemandu Satria ape citer?"

"Kemek jugak la. Macam pesta depan rumah tadi. Orang surau semua turun. Ok la. Pompuan. Mak papah dia keluar dan bagi air dan basahkan muka dia. nanti cite la. Belum solat."

Kalau nak tulis semua text yang diterima-reply, memang byk. Cukuplah yang penting dulu.

Teruk betul kereta Proton yang latest. Semuanya lembek-lembek. Satria Neo langgar Saga tahun 1991. Yang kemeknye Satria Neo yang lebih mahal harganya berbanding Saga 1991 ayang saya yang bagaikan besi buruk je rupanya.

Bangga juga ada ayah yang miliki kereta sekeras kereta kebal.

22 December 2009

Kemewahan Atau Tuhan?


Bekerjalah bagai kamu hidup kekal selamanya, dan beribadatlah bagai kamu akan mati esok hari.

Tidaklah saya dapat pastikan bahawa ungkapan ini hadith Nabi saw ataupun pepatah Arab. Ketepikan dahulu sumber asalnya ungkapan ini, lihatlah dahulu apa yang ingin disampaikan melaluinya.

Dalam era materialistik ini, pastinya ramai yang bersetuju dengan awal ungkapan di atas dan agak teragak-agak untuk menyelami dan menyulami maksud yang di akhirnya.

Bekerjalah bagai hidup kekal abadi, mencari harta siang malam tanpa sedikit berasa jemu. Itulah ragam manusia dewasa ini. Terkadang orang jadi begini sebab sememangnya sejak kecil tenggelam dengan kemewahan wang dan harta. Ada juga yang berasal daripada keluarga makan hanya apa yang dikaisnya ketika itu tetiba dikurniakan Allah akan harta yang melimpah ruah. Juga mereka yang sederhana yang terikut-ikut dengan arus kealpaan manusia yang gilakan harta.

Bagaimana pula jika disuruh beribadat mengabdikan diri kepada Sang Maharaja yang menciptakan makhluk dengan kekuasaan-Nya seperti esok akan datangnya si pencabut nyawa yang bakal meleraikan roh dari jasad? Adakah si kaya yang lemas dalam hartanya, si miskin yang diberi peluang merasai lazatnya kemewahan sementara, dan mereka yang terikut sama terkinja-kinja dengan mereka yang hanyut dengan duniawi mampu menyempurnakan maksud yang kedua ini? Jawapan saya: belum tentu.

Orang Islam Malas Membaca

Ungkapan “membaca jambatan ilmu” sering kita dengar. Perkataan ‘iqra’ yang bermaksud bacalah merupakan perkara sinonim dalam diri kita sebagai umat Islam. Namun, hakikatnya sejauh mana kita menghayati perkara ini.

Mengimbau kembali sejarah silam kita akan mendapati bahawa Islam telah mencapai zaman kegemilangannya hasil daripada perkembangan pesat dalam bidang keilmuan. Perkembangan pesat wujud akibat semangat suka membaca dan cintakan ilmu dalam diri umat Islam pada zaman itu sehingga lahir ramai ulama’ yang pakar dalam bidang agama, sains, dan teknologi dan natijahnya umat Islam pada masa itu dipandang tinggi dan digeruni oleh umat-umat lain di dunia.

21 December 2009

Hari Tanpa Beg Plastik

Kerajaan negeri mengambil langkah untuk mendidik rakyat mengenai kepentingan untuk mengurangkan penggunaan bahan-bahan seperti beg plastik.
Elizabeth Wong
Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna, dan Alam Sekitar

Mulai 1 Januari tahun hadapan, Kerajaan negeri Selangor akan menganjurkan kempen “Hari Tanpa Beg Plastik” dan memilih hari Sabtu sebagai pengharaman beg plastik.

Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong berkata, kempen itu akan berterusan selama enam bulan pertama bagi mendidik masyarakat mengurangkan penggunaan beg plastic sekaligus mengurangkan pencemaran putih atau white pollution.

Elizabeth berkata demikian ketika berucap merasmikan kempen itu di Sunway Pyramid.

Tambahnya, pada peringkat permulaan kempen Hari Tanpa Beg Plastik akan berjalan selama enam bulan pengguna digalakkan membawa beg dari rumah kerana pasaraya atau kedai runcit tidak akan menyediakan beg plastic.

Manakala, kata Elizabeth, bagi mereka yang masih ingin menggunakan beg plastik pada hari tersebut caj akan dikenakan.

Kempen anjuran kerajaan negeri ini turut mendapat sokongan positif daripada peruncit-peruncit utama di Selangor termasuk pusat membeli-belah, hypermarket, supermarket, kedai runcit dan farmasi.

17 December 2009

Rupa Belakang Mount Rushmore

Biasakan tengok Mount Rushmore ni. Tahukah anda bagaimanakah bentuk dibelakang bukit ini?

15 December 2009

Ulama Pulau Persidangan Perpaduan Ummah

Dua ulama terkemuka memulaukan Persidangan Perpaduan Ummah Antarabangsa yang berlangsung di Kuala Lumpur hari ini kerana enggan terperangkap dalam komplot mencanang Presiden Umno Najib Abdul Razak sebagai pemimpin Dunia Islam.

Shaykh Dr Tawfik Ramadan Al-Bouti dari Universiti Damsyik dan Habib al-Jifri dari Yayasan Tabah Emiriah Arab Bersatu menolak perlawaan ke persidangan anjuran Yayasan Ramadan itu.

Keputusan diambil setelah melihat senarai jemputan ke persidangan itu mengambil-kira faktor kepartian.

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak dijemput meskipun mereka disenaraikan antara 500 pemimpin Islam paling berpengaruh abad ini.

“Apabila persidangan itu berlangsung di Malaysia tanpa mengundang Anwar dan Nik Aziz jelas melambangkan persidangan itu tidak lengkap dalam membicarakan tajuk yang ingin dibincangkan,”katanya Mustafa.

Ketiadaan Habib dan Shaykh Dr Tawfik menjejaskan kredibiliti persidangan ini.

08 December 2009

Duniawi Dicari Laknat Menanti

Sehari dua ini kita dikejutkan dengan beberapa siri kebakaran premis kelab malam di seluruh dunia. Dan apa yang menyedihkan, mangsa-mangsa korban yang tidak berjaya menyelamatkan diri terperangkap dan bersama-sama terbakar di dalam kebakaran tersebut.


06 December 2009

Tersasar Di Jalan-Mu


Bismillah. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah swt. Saya datang pada malam ini dengan harapan saya akan naik ke pentas untuk "Tersasar di Jalan-Mu". Saya dah rindu nak naik pentas Anugerah Skrin, dah lama tak naik. So malam ni, Alhamdulillah. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih tak terhingga saya kepada semua production crew, technical crew saya, pelakon-pelakon saya, tanpa mereka, tak mungkin "Tersasar" akan menjadi kenyataan. Dan yang paling utama ialah untuk warga Lorong Haji Taib kerana drama ini saya tujukan khas buat mereka. Dan akhir sekali kepada RTM kerana menayangkan drama ini bukan kerana mungkin tidak ada commercial value, tetapi kerana atas dasar moral, support dia kepada program saya, "Kempen Sosial Remaja", atas tanggungjawab sosial, maka drama ini ditanyangkan di RTM. Terima kasih tak terhingga, terima kasih kepada TV3 kerana menerima saya di atas pentas pada malam ini. Sekali lagi, Alhamdulillah dan terima kasih kepada semua yang menjayakan "Tersasar di Jalan-Mu". Terima kasih.
Erma Fatimah
Anugerah Skrin 2009