Kerajaan negeri mengambil langkah untuk mendidik rakyat mengenai kepentingan untuk mengurangkan penggunaan bahan-bahan seperti beg plastik.
Elizabeth Wong
Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna, dan Alam Sekitar
Mulai 1 Januari tahun hadapan, Kerajaan negeri Selangor akan menganjurkan kempen “Hari Tanpa Beg Plastik” dan memilih hari Sabtu sebagai pengharaman beg plastik.
Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong berkata, kempen itu akan berterusan selama enam bulan pertama bagi mendidik masyarakat mengurangkan penggunaan beg plastic sekaligus mengurangkan pencemaran putih atau white pollution.
Elizabeth berkata demikian ketika berucap merasmikan kempen itu di Sunway Pyramid.
Tambahnya, pada peringkat permulaan kempen Hari Tanpa Beg Plastik akan berjalan selama enam bulan pengguna digalakkan membawa beg dari rumah kerana pasaraya atau kedai runcit tidak akan menyediakan beg plastic.
Manakala, kata Elizabeth, bagi mereka yang masih ingin menggunakan beg plastik pada hari tersebut caj akan dikenakan.
Kempen anjuran kerajaan negeri ini turut mendapat sokongan positif daripada peruncit-peruncit utama di Selangor termasuk pusat membeli-belah, hypermarket, supermarket, kedai runcit dan farmasi.
Dalam masa sama katanya, kerajaan negeri akan menilai keberkesannya dan tidak menolak kemungkinan untuk mempertimbangkan samada perlu menambah hari kempen tersebut. "Kerajaan negeri akan melihat keberkesankan kempen ini selepas enam bulan dan kita harap dapat meningkatkan bilangan hari dalam seminggu,” katanya.
Sumber: SelangorKini Online
No comments:
Post a Comment