Ada juga orang yang 'berani' langgar kereta ayah saya, Proton Saga 1.5 1991. Then, I text back to my mum.
"Itu sebablah suka guna keta abah, kuat bodynya. Pemandu Satria ape citer?"
"Kemek jugak la. Macam pesta depan rumah tadi. Orang surau semua turun. Ok la. Pompuan. Mak papah dia keluar dan bagi air dan basahkan muka dia. nanti cite la. Belum solat."
Kalau nak tulis semua text yang diterima-reply, memang byk. Cukuplah yang penting dulu.
Teruk betul kereta Proton yang latest. Semuanya lembek-lembek. Satria Neo langgar Saga tahun 1991. Yang kemeknye Satria Neo yang lebih mahal harganya berbanding Saga 1991 ayang saya yang bagaikan besi buruk je rupanya.
Bangga juga ada ayah yang miliki kereta sekeras kereta kebal.
Lepas ni, kalau nak beli kereta, belilah kereta Proton Saga second hand tahun awal 1990-an, insya-Allah, tahan lasak...
والله أعـلــــــــــم بـالـصـــــواب
Seksyen 3, Bandar Bukit Mahkota, Bangi
Ikuti sambungannya di sini.
No comments:
Post a Comment