Ingat lagi tak artikel saya penghujung tahun lepas (macamlah sudah setahun berlalu) mengenai keremukan kereta Satria Neo?
Bagaimana pula keadaan dan remukan kereta ayah saya yang dirempuh?
Memang kereta Proton Saga lama macam kereta kebal. Remukan hanya sedikit sahaja. Walaupun sedikit, tetapi hasil daripada hentakan daripada pelanggaran kereta Satria Neo 'tahun lepas', kereta Saga ini mengalami beberapa kerosakan yang pada saya agak kritikal dan serius. Pintu kereta susah untuk dibuka atau ditutup kemungkinan kerana kedudukan besi yang sudah beralih. Tambahan pula, tangki minyak kereta pula pecah dan bocor akibat dirodok sebuah bongkah batu yang terdapat di situ. Tak pastilah sama ada kereta Satria terlebih dahulu menyodok batu tersebut yang mengakibatkan ia masuk ke bawah kereta Saga ataupun bongkah batu itu berada di hadapan kereta Saga.
Hentakan itu juga agak kuat sebab mak beritahu kereta Saga ayah juga beranjak sedikit ke tengah jalan. Lagipun, logiklah jika kuat sebab body Proton Saga lama mana mampu remek macam itu melainkan disodok dan dirodok dengan kuat.
Mak kata, kereta Satria Neo itu dipandu oleh seorang perempuan dan ditemani oleh boyfriendnya (senang cerita, pakwe atau kekasih). Alasan yang diberikan oleh pemandu perempuan ialah TERTIDUR. Tertidur? Mana mungkin... Pakwenya tinggal di Lorong 2 (Jalan Permata 2) dan daripada keterangan saksi (melalui apa yang dikhabarkan oleh mak), kereta Satria itu baru sahaja keluar dari Lorong 2, kesimpulannya, dia baru sahaja memulakan perjalanan. Sekiranya dia memang mengantuk, kenapa tak di suruh sahaja pakwe kesayangannya sahaja yang drive kereta itu?
Lagi pun, pada saya mustahil pemandu itu mengantuk. Ataupun pemandu tersebut bergurau dengan pakwenya dan yang akhirnya mengakibatkan dia sendiri tertekan pedal pecut yang berkemungkinan menerjah bontot kereta Saga ayah. That's possible. Sememangnya salah memandu lebih 10 batu sejam (atau sekitar 25-30 km/j) di kawasan perumahan. 10 batu sejam pun sudah dikira laju.
Yang peliknya, kenapa pakwenya terus keluar menyelamatkan diri dan meninggalkan makwenya keseorangan di dalam kereta yang remuk? Kenapa tak ditarik sekali makwenya keluar dari kereta? Yalah, manalah tahu tetiba nanti kereta itu meletup. Tangki kereta Saga ayah bocor, bila-bila masa sahaja boleh berlakunya letupan. Kalau enggan menarik makwenya keluar diberikan alasan bukan muhrim dan belum berkahwin, kenapa tanpa segan silu mereka keluar ber'dating' berdua? Itu juga salah! Sama salahnya dengan memegang makwenya yang muhrim!
Report polis kemudiannya dibuat tetapi dilaporkan bukan si perempuan ini yang melanggar kereta Saga sebaliknya abang iparnya. Sebab apa? Sebabnya di perempuan yang memandu cuai ini baru sahaja SEBULAN dapat lesen P dan kereta Proton Satria Neo yang remuk itu pula kereta barunya. Ooo... Baru dapat lesen P ye... Takut lesen kena tariklah tu... Keluar dengan 'laki' tak pula takut, dah rodok kereta orang lain, risau bukan kepalang.
Lantaklah kalau nak dirodok kereta Saga ayah tu. Kalau nak letupkan pun dipersilakan. Asalkan diganti yang baru. Kalau tak mahu ganti yang baru, jangan pandai-pandai buat deal. Saya akan mempertahankan apa sahaja hak kedua ibu bapa saya, sesiapa yang cuba-cuba rampas daripada mereka, jangan haraplah dapat lepas macam itu sahaja. Tunggulah...
Mak cakap kereta Saga tu ayah sangat sayang tetapi dah berapa banyak kali kena sondol orang. Sabar sahajalah ye...
Seksyen 3, Bandar Bukit Mahkota, Bangi
No comments:
Post a Comment