Perjalanan dari Bangi ke Tanah Tinggi Cameron bermula seawal jam 2 pagi tadi. Sebelum kami tiba di Tanah Tinggi Cameron, kami singgah sebentar di RnR Tapah untuk berehat sebelum menyambung perjalanan.
Jalan ke pekan Tanah Tinggi Cameron memang bengkang-bengkok. Bukan itu sahaja, lori-lori termasuklah lori kontena, semuanya memecut ketika memandu. Pergh... Memang menakutkan. Dah lah jalan sempit, bengkang-bengkok, dengan selamber badaknya lori-lori memecut laju.
Duduk kat sini memang sejuk, macam kat Europe. Walaupun matahari menyinar tepat ke muka, namun, beku angin bukit meniup sememangnya membuatkan badan membeku...
Sebelum meneroka bumi Cameron yang agak dingin ni, seharusnya perut diisi dengan juadah agar tidaklah menjadi satu masalah kelaparan ketika meronda-ronda nanti. Agak menyedihkan, makanan di pekan Cameron ni agak mahallah. Roti canai dijual RM 1.20. Kalau KL tu agak munasabahlah juga. Tapi, mahal pun mahallah. Bukannya selalu datang sini pun. Lain kali kalau datang, tak payahlah ke kedai ni. Maklumlah, pusat tumpuan pelancong.































Pusing-pusing, seronok punya pasal, tak sedar yang matahari dah melangit tinggi. Maklumlah, terik mentari langsung tak terasa sebab suhu yang membeku. Apa-apa pun, kami carilah tempat
untuk berteduh dahulu sebelum menyambung semula penerokaan petang ini.
Bersambung...
Hill Garden Lodge, Brinchang, Tanah Tinggi Cameron
No comments:
Post a Comment