Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

01 January 2010

Mamak, Gelas Kosong Satu!


Apa lagi yang patut rakyat SATU MALAYSIA katakan lagi ketika ambang tahun baru. Terima kasih SATU MALAYSIA. Jika dahulu, kenaikkan harga barang dalam lingkungan 5 sen atau pun 10 sen, tetapi sekarang Kerajaan BN dah tak main sikit-sikit, pasal poket lambat penuh. Jadi terpaksalah naik secara yang mengejutkan RAKYAT DIDAHULUKAN. Maka berbuihlah mulut hulubalangnya mempertahankan SATU MALAYSIA dengan alasan: "Kerajaan sudah tidak mampu untuk menampung subsidi."

Satu hadiah buat RAKYAT DIDAHULUKAN daripada SATU MALAYSIA kerana memenangkan BN dan kenaikkan pangkat SATU MALAYSIA sebagai PM. Bertetapanlah dengan singkatan nama Barisan Nasional atau BN.
Barang Naik...
Bila Naik???
Baru Naik...
Banyak Naik???
Banyaaaaaaaaaaaaaaaaak Naik...

Mungkin untuk menampung kos, pasal tengah berangan-angan nak beli jet pejuang baru nanti takut-takut komisen kurang. So, sebelum tersungkur, baik bantai cukup-cukup duit RAKYAT DIDAHULUKAN... Nanti tak ada can kalau kecundang dalam PRU 13.

Macam kata bekas menteri daripada utara: "Baru tahu tol lebuhraya mahal," pasal selama ini semuanya RAKYAT DIDAHULUKAN yang tanggung. Biasalah bila kata-kata tersebut keluar daripada merak yang baru turun dari kayangan, selama ini tak sedar bagaimana RAKYAT DIDAHULUKAN terpaksa merempuh kehidupan seharian.

Jadi azam tahun baru ini terpaksalah diubah, beli lembu seekor buat kereta lembu. Minyak dah dah tak payah pakai, makanan pun tak payah beli, lalang kat depan rumah panjang-panjang. Tahi lembu boleh buat baja tanam sayur. Sayur untuk makan pun dah tak payah beli.

Kalau lembu dah tua boleh minta SATU MALAYSIA tolong sembelihkan. Daging boleh jual buat modal beli lembu baru. Pergi kerja bawa bekal air sendiri. Kalau makan kedai mamak senang sikit. "Mamak, roti kosong satu, kasi gelas kosong satu." Jangan order PARPUKARI sudah la pasal gerenti mahal punya. Kalau jumpa dia pun, jangan pandai-pandai ajak belanja makan, pasti pokai.

Kalau orang tanya kenapa kedekut sangat, jawab sahaja: "Aku kumpul duit pasal nak beli jet baru."Terima kasih SATU MALAYSIA kerana telah menyedarkan hamba-hambamu betapa perlunya kita berjimat cermat. Sebenarnya banyak kebaikkannya, salah satunya tak payah keluar duit untuk menguruskan badan, tak perlu takut hidap kencing manis.

Dan kita sebagai RAKYAT DIDAHULUKAN sepatutnya berbangga dengan SATU MALAYSIA dan keluarga, dan kroni-kroninya kerana telah menjulang nama negara dimata dunia diatas kepandai mereka berbelanja setiap kali keluar negara.

Biarlah hanya RAKYAT DIDAHULUKAN sahaja digalakkan membeli produk keluaran Malaysia seperti mana yang selalu SATU MALAYSIA nasihatkan. Bagi keluaran luar negara, biar SATU MALAYSIA dan keluarga dan kroni-kroni UTAMAKAN.

Seksyen 3, Bandar Seri Putra, Bangi

No comments:

Post a Comment