Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

22 January 2010

Boleh Memangkah

Akhirnya, saya berjaya juga mendaftarkan nama saya sebagai seorang warganegara Malaysia yang bertanggungjawab, sebagai seorang warganegara yang bakal 'memimpin' negara Malaysia, membawa hala tujunya hanya dengan dua pangkahan pada kertas kecil.

Daftar apa tu sampai membolehkan saya 'memerintah' Malaysia? Tentulah daftar sebagai pengundi pilihanraya. Baru sahaja daftar Rabu lepas (20 Januari). Nama saya mungkin dimasukkan seawal Mei tahun ini sebab pegawai SPR suruh semak kemudian.

Sayalah warganegara Malaysia yang bertanggungjawab!!!

Berapa ramai lagi yang sebenarnya tidak bertanggungjawab?

RAMAI TU OOI

Menurut Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Malaysia, seramai 4.38 juta rakyat Malaysia tidak mendaftarkan nama mereka untuk mengundi. Daripada jumlah itu, 65 peratus atau 2.85 juta adalah Bumiputra.

Selangor mencatatkan angka tertinggi iaitu 0.787 juta diikuti Johor (0.605 juta), Perak (0.527 juta), Sarawak (0.475 juta), Kuala Lumpur (0.35 juta), Kedah (0.317 juta), Sabah (0.28 juta), Kelantan (0.247 juta), Pulau Pinang (0.217 juta), Pahang (0.2 juta), Negeri Sembilan (0.154 juta), Melaka (0.095 juta), Terengganu (0.082 juta), Perlis (0.032 juta), Labuan (11,500), dan Putrajaya (7,200).

Angka ini belum dicampur dengan 0.45 juta rakyat Malaysia yang melangkah umur 21, umur yang melayakkan seseorang rakyat Malaysia mengundi.

Apalah yang payah sangat? Pergilah cari mana-mana pejabat pos berkomputer berhampiran. Daftar sahajalah di situ. Jangan ditiru saya yang mendaftar di pejabat besar SPR di Putrajaya.

Tinta mencoret: Sebenarnya, nama saya sendiri ada dalam senarai yang disemak SPR tu...

Seksyen 3, Bandar Bukit Mahkota, Bangi

No comments:

Post a Comment