Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

14 July 2010

Pengkhianatan Seorang Sahabat

لإبتلاء هو الحكمة التي من أجلها خلق الله عز وجل الإنسان في الحياة الدنيا. فينا من يُمتحن بالبلاء فينجح بالصبر والإيمان والاحتساب، منا من يمتحن بالبلاء فيرسب بالجزع والاعتراض على الله – والعياذ بالله. فللابتلاء له أجر كبير لمن صبر عليه، فالمرض له أجر، والعمى له أجر وهكذا في بقية الإعاقات أو الإصابات والجروح التي تصيب الإنسان قدرا من الله

Sesungguhnya ujian di dalam hidup ini merupakan satu lumrah yang kerananya diciptakan manusia ini. Ada yang ditimpa ujian lalu dihadapi dengan kesabaran dan keimanan, ada juga yang ditimpa ujian lalu dihadapi dengan kemarahan bahkan semakin berpaling daripada Allah. Ingatlah kita bahawa ujian ini pastinya ada ganjaran besar kepada sesiapa yang bersabar, baik orang sakit ada ganjaran, orang buta ada ganjaran, demikian juga segala macam ujian yang lain yang ditakdirkan oleh Allah SWT.
YAB Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
Menteri Besar Kelantan
Persidangan SEPAKAT, Kota Bharu
10 Julai 2010

Hati sering berkata-kata, adakah Dia menggantikan segala kesulitan dengan memudahkan segala urusan sebagai satu bentuk pertukaran kepada penderitaan yang dialami selama ini ataupun segala nikmat yang dinikmati selepas pemergian seorang insan yang pada saya tidak bertanggungjawab itu sebenarnya merupakan satu bentuk istidraj? Risau jika Dia menjadikan segala-galanya yang berlaku ini sebagai satu istidraj.

08 July 2010

Kenakalannya

Semacam tidak mengetahui dunia luar bila sudah sibuk dengan tugasan. Apa yang berlaku di Dewan Rakyat pun sudah tidak diambil peduli, sudah habiskah perbahasan penggal ini ataupun belum tidak diketahui. Bukan setakat semacam tidak mengetahui dunia luar, internet pun kadang-kadang buka, itupun kalau ada kelapangan.

Apa yang paling penting, adik-adik di sekolah, bagaimanakah caranya bagi memantapkan ilmu ukhrawi mereka. Nakal mereka, tak boleh dinukilkan. Hanya pengalaman sahaja mampu mengungkapkannya.

Nakal, itulah salah satu perkara yang sukar untuk dihadapi. Otak nakal mereka sentiasa berfungsi, walaupun mereka di dalam kelas dan sedang dalam sesi pembelajaran. Bila guru mereka berdiri di hadapan, mereka boleh lagi bergurau senda. Bila guru menerangkan tentang isi pelajaran, mereka sempat mengacah kawan mereka. Bila guru memberikan latihan, tangan mereka lebih tangkas mencuit yang lain sedangkan lesu dalam melaksakan tugasan yang diberikan.

Nakal... Nakal... Nakal...

Nakal itulah yang membuatkan diri ini lebih seronok menyampaikan ilmu kepada mereka... Sebenarnya. Tetapi kenakalan itu sepatutnya berpada-pada, bukan kenakalan yang diluar kawalan.

Nakalnya murid-murid kelas 5 Umar berbeza dengan nakalnya murid-murid 5 Usman. Bagaimana pula dengan kelas 5 Abu Bakar? Setakat ini, tidak nampak lagi tanda-tanda 'kenakalan' mereka. Memasuki kelas mereka umpama memasuki sekolah tika cuti sekolah, sunyi. Jikalau diuji pelajaran terdahulu, ternyata mereka (5 Abu Bakar) mampu menjawabnya, hatta pelajaran yang dipelajari mereka ketika darjah tiga. Namun mereka hanya mengambil peduli apa yang ada di dalam buku teks sahaja, tidak langsung mengambil peduli apa yang berada di luar!

02 July 2010

Pesanan Buat Teman

Kiranya tempias membasahi jendelamu,
Itulah tandanya air mataku mengalir mengingatimu,
Kiranya kau tersedar ada darah di jemarimu,
Itulah tandanya ada sesuatu terjadi kepadaku,
Andainya engkau tersentak dari lamunan panjangmu,
Itulah tandanya aku sedang merindui dirimu,
dan
Andainya engkau terbangun dari tidurmu tika ayat-ayat al-Quran mendayu di Subuh sunyi,
Itulah tandanya aku 'pergi' dulu sebelummu...

Mungkin saja aku tak berkesempatan lagi untuk mengungkap kata maaf buatmu, dan cuma di kesempatan ini yang ada...

Namun,
Jika matamu masih berat untuk memandangku, ringankanlah kakimu itu untuk melangkah pergi dariku, jika bibirmu terpaksa mengukir senyuman buatku, relakanlah wajahmu itu berpaling segera dariku, jika sukar untuk kau melupakan semua salahku terhadapmu, senangkanlah lidahmu itu untuk menghinaku.

Pesanku sahabat,

"Sahabat, jagalah nama baikku. Sesungguhnya aku jika aku sudah tiada berdaya lagi menjaga nama baikku nanti, aku hanya mengaharapkan budimu sahabat."