Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

14 July 2010

Pengkhianatan Seorang Sahabat

لإبتلاء هو الحكمة التي من أجلها خلق الله عز وجل الإنسان في الحياة الدنيا. فينا من يُمتحن بالبلاء فينجح بالصبر والإيمان والاحتساب، منا من يمتحن بالبلاء فيرسب بالجزع والاعتراض على الله – والعياذ بالله. فللابتلاء له أجر كبير لمن صبر عليه، فالمرض له أجر، والعمى له أجر وهكذا في بقية الإعاقات أو الإصابات والجروح التي تصيب الإنسان قدرا من الله

Sesungguhnya ujian di dalam hidup ini merupakan satu lumrah yang kerananya diciptakan manusia ini. Ada yang ditimpa ujian lalu dihadapi dengan kesabaran dan keimanan, ada juga yang ditimpa ujian lalu dihadapi dengan kemarahan bahkan semakin berpaling daripada Allah. Ingatlah kita bahawa ujian ini pastinya ada ganjaran besar kepada sesiapa yang bersabar, baik orang sakit ada ganjaran, orang buta ada ganjaran, demikian juga segala macam ujian yang lain yang ditakdirkan oleh Allah SWT.
YAB Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
Menteri Besar Kelantan
Persidangan SEPAKAT, Kota Bharu
10 Julai 2010

Hati sering berkata-kata, adakah Dia menggantikan segala kesulitan dengan memudahkan segala urusan sebagai satu bentuk pertukaran kepada penderitaan yang dialami selama ini ataupun segala nikmat yang dinikmati selepas pemergian seorang insan yang pada saya tidak bertanggungjawab itu sebenarnya merupakan satu bentuk istidraj? Risau jika Dia menjadikan segala-galanya yang berlaku ini sebagai satu istidraj.

Ya Allah, janganlah Engkau menjadikan setiap nikmat yang berlaku sebagai satu cara menjauhkanku daripada rahmat-Mu, tetapi bimbinglah diriku sekiranya aku tersasar dalam mentaati-Mu.

Alhamdulillah, apa yang dirasa, sedikit demi sedikit saya disebukkan dengan beberapa aktiviti dakwah dan pembinaan ekonomi diri. Rasa bersyukur kepada Allah kerana memberikan pelbagai nikmat dan kurnia berbentuk pengisian masa.

Bukan senang mahu melepaskan diri daripada penyeksaan berbentuk penantian. Bukan senang mahu melepaskan diri daripada penyeksaan berbentuk pengkhianatan.

Setelah seluruh kepercayaan diberikan, ada seekor dua monyet yang maha celaka cuba menuang tuba ke dalam ketenangan hubungan persahabatan. Mereka beralasan atas kesalahan saya dan tidak dinafikan kesalahan tersebut sememangnya berlaku serta saya akuinya.

Perbincangan demi perbincangan saya adakan dengan empunya diri dengan harapan segala kesilapan dapat diperbaik dan kekeruhan tuba dapat dineutralkan.

Alhamdulillah, segala-galanya kembali jernih, tetapi hanya dapat bertahan tidak sampai satu setengah bulan! Ia kembali keruh juga disebabkan seekor dua monyet sama dibantu seekor dua yang baru menuangkan tuba yang sama.

Hampir setiap malam saya terfikir, apakah inikah yang dia 'hadiah'kan selepas pelbagai perjanjian lisan diikat bersama?

Inikah balasan yang saya dapat daripada seorang 'imam muda'? Inikah balasan yang saya dapat daripada seorang graduan pengajian Islam? Inikah balasan yang saya dapat daripada seorang yang saya sudah anggapnya macam abang saya sendiri? INIKAH BALASANNYA?

Sekali imbas jika dilihat pada tingkah lakunya, dia umpama wali, umpama malaikat, baik, mulia. Itu seperti yang diungkapkan ramai kenalan yang mengenalinya.

Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. Dia mengurniakan satu kelebihan buat saya yang mana secara umumnya tiada sesiapa memilikinya melainkan sedikit. Sejak mula saya mengenalinya, Tuhan telah membukakan aibnya kepada saya. Melalui raut wajahnya, melalui pemikirannya, melalui pegangannya, segala-galanya bersuara menceritakan apa yang tersirat, apa yang tidak diketahui umum.

Tuhan itu berkehendakkan dia menjadi kawan sejak mula diperkenalkan oleh seorang classmate yang juga merupakan chairman of the lajnah society. Saya berkawan dengannya bukan disebabkan dia memiliki motor. Saya berkawan dengannya bukan disebabkan dia banyak duit (tetapi kedekut). Saya berkawan dengannya bukan disebabkan dia baik (pada pandangan orang lain). Saya berkawan dengannya atas dasar persahabatan.

Kalau saya berkawan dengannya disebabkan dia memiliki motor, apa kurangnya sahabat-sahabat saya yang lain; Faris, Suffian, Salman, Salwan, Ammar, my old roommate masa di kampus dahulu, ataupun dua tiga orang lain yang mempunyai kereta?

Kalau saya berkawan dengannya disebabkan kekayaannya, apa kurangnya sahabat-sahabat saya yang lain; Iwan, Arif, dan sebagainya.

Kalau saya berkawan dengannya atas dasar kebaikan pekertinya, menapa saya sanggup membelakangkan roommate yang telah banyak membantu semata-mata untuk dirinya; menapa saya tinggalkan Ariff, Fahmi, Firdaus, Dhiya', daripada Kelab al-Azhar Members sedangkan mereka lebih menjaga hubungannya dengan Allah berbanding dirinya; mengapa saya tidak sahaja memilih sesiapa sahaja daripada kalangan classmate yang lebih baik untuk dijadikan kawan instead of him?

Saya berkawan dengannya adalah atas dasar persahabatan dan kepercayaan!

Dia bukanlah ciri-ciri kawan yang saya harapkan. DIA LEBIH BANYAK BERPURA-PURA berdasarkan daripada pengakuannya sendiri!

Banyak hikmah sebenarnya yang Allah tarbiyyahkan kepada saya selepas daripada persahabatan ini. Walaupun penderitaan yang saya alami selepas dikhianati itu besarnya semacam tiada penghujungnya dan kesengsaraannya umpama hidup tidak lagi bererti, namun pendidikan daripada Allah yang saya peroleh itu luas tiada bertepi. Ia (tarbiyyah daripada Allah) itu lebih berharga walaupun saya dibayar ganti rugi beratus ribu kali ganda daripada apa yang saya rugi sepanjang saya bersahabat dengannya.

Allah itu Maha Adil. Dia tarik yang ini, Dia top-up yang itu. Kalau kita sabar, dia gandakan lagi nikmat sama ada berbentuk metarial, berkat hidup, ataupun ganjaran untuk ditebus di Akhirat kelak.

Aku berikrar, sekiranya dia terus-menerus (dengan sengaja) melupakan perjanjiannya terhadapku, nescaya aku akan memohon kepada Allah Yang Maha Memberi Kemudharatan, untuk menarik barakah hidupnya, menahan atau memendekkan jodohnya, melenyapkan cahaya iman darinya, dan yang paling penting lanjutkanlah usianya dalam kehinaan seisi dunia dan juga penduduk di langit. Sekiranya dia berhajat untuk mencariku bertujuan untuk menjernihkan yang keruh, nescaya aku akan memohon kepada Allah Yang Maha Memberi Kesenangan untuk memudahkan jalannya terhadap apa yang dikehendakinya. Dan aku berdoa agar Allah mencabutkan terus rahmat dan barakah hidup daripada mereka yang terlibat dalam memisahkan persahabatan kedua-dua insan ini.

Ameen Ya Rabbal A'lameen.

Seksyen 4, Bandar Bukit Mahkota, Bangi SDE

No comments:

Post a Comment