Insya-Allah, dalam sedikit masa lagi, saya akan mengupload gambar-gambar Program Bina Insan yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan Sungai Merab (Luar) pada 16 hingga 18 Julai 2010 yang lalu. Buat sementara waktu, gambar-gambar tersebut boleh dilihat (dan juga boleh didownload) di laman Facebook saya [klik] atau di laman blog Ustaz Muhammad [klik].
Khamis lepas (29 Ogos), saya baru sahaja menghadiri satu interview daripada PAID (Pejabat Agama Islam Daerah) Sepang untuk mengisi kekosongan jawatan guru fardhu 'ain di sekolah-sekolah rendah agama sekitar daerah Sepang di Masjid Hisamuddin, Bandar Baru Salak Tinggi. Alhamdulillah. Saya yakin saya lulus dalam ujian bertulis yang diberikan ketika itu dan Insya-Allah, mohon Allah untuk menggerakkan hati pihak-pihak berkenaan untuk meluluskan pemohonan saya dalam masa terdekat, Ameen, mudah-mudahan hendaknya.
This weekend, KUIS akan mengadakan Majlis Konvokesyen kali ke-13 (kalau tak silap). Maaflah kawan-kawan khususnya buat Faris [klik] sebab saya tidak dapat menghadirkan diri ke majlis yang gilang-gemilang tersebut.
Petang nanti (4 Ogos), SRADP akan mengadakan Program Ihya' Ramadhan bertujuan untuk mengembalikan rasa keseronokan dan mengrefresh semula semangat bulan Ramadan ke dalam diri murid-murid. Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi (atau lebih kurang seminggu) Ramadan akan membuka tirainya. Inilah masa buat kita memperbaiki dan berusaha untuk membersihkan diri daripada sebarang kekotoran dan kekurangan diri ke arah satu menyucian jiwa.
Selepas Ramadan membuka tirai, CTB [klik] mungkin tidak dapat dikemaskini dengan lebih kerap kerana kesuntukkan masa. Semoga Allah membuka ruang seluas-luasnya kepada saya dalam berdakwah dan berkongsi maklumat melalui medium ini.
Kepada anak murid khususnya murid-murid kelas 5 Umar, belajar bersungguh-sungguh. Sematkan dalam diri kamu semua; mencari ilmu kerana mahukan keredhaan Allah, bukan kerana mahukan prestasi yang cemerlang semata-mata. Juga jangan lupa, dapatkan ilmu itu dengan cara yang penuh barakah, penuh keberkatan. Keberkatan itu bukanlah hanya tertumpu kepada keredhaan daripada ibu, bapa, dan guru sahaja, bahkan tingkah-laku dan adab-adab untuk menuntut ilmu itu hendaklah sentiasa dijaga kerana daripada situlah keberkatan itu muncul, bukan (hanya) diberi oleh ibu, bapa, dan guru.
Sempena kehadiran syahru Ramadhan al-Kareem al-Mubarak, saya mengucapkan selamat menunaikan ibadat puasa dengan penuh penghayatan dan ihya'kan (hidupkan) malamnya dengan penuh munajat dan pengharapan agar kita diampunkan, semoga kita menempuh Aidilfitri dalam keadaan fitrah (suci daripada segala macam dosa) dan perlakuan kita juga berubah ke arah yang lebih baik.
Rasulullah saw bersabda:
من قام رمضان ايماناً واحتساباً غفر له ما تقدم من ذنبه أو كما قال
Barangsiapa yang menghidupkan Ramadan dengan penuh keimanan dan pengharapan, diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.
HR as-Suyuthi
[untuk penafsiran lebih lanjut mengenai perkataan imanan wahtisaban, sila klik di sini]
والله تعالى أعلى أعلم بالصواب
SRA Desa Putra, Bangi SDE
Link tambahan [klik]
No comments:
Post a Comment