Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

28 August 2010

Buluh Runcing Part 2: Permulaan Konflik

Sambungan daripada artikel lepas [klik]

Mata memerhatikan tindakan polis menyaman kereta-kereta yang diletakkan di sepanjang bahu jalan MRR2 bersebelahan dengan Bazar Sri Gombak berhampiran Batu Caves lewat malam tadi (Jumaat, 27 Ogos 2010). Sambil memerhatikan sekumpulan polis yang tiba dengan enam buah patrol cars, saya sempat berbual-bual dengan seorang wanita warganegara Indonesia yang kebetulan berada bersebelahan saya. Agak lama jugalah kami berbual-bual...

Apa yang kami bualkan? Rasanya tidak perlu diperkatakan di sini sebab tiada kaitan dengan apa yang bakal dibincangkan dalam tulisan saya kali ini.

Daripada perbualan yang berlaku itu, secara kasarnya warganegara Indonesia yang berada di Malaysia tidak terikut-ikut dengan sikap rakan-rakan mereka di seberang yang macam budak kecil, meroyan tak tentu arah. Alhamdulillah, seorang housemate saya yang berwarganegara Indonesia juga tidak menunjukkan tanda-tanda yang mereka anti-Malaysia.

Tak tahulah kalau dalam hati mereka penuh dengan kebencian. Tetapi saya sendiri selesa dengan ramai Indonesian yang berlegar di sekeliling, selesa sebagai manusia yang saling bersaudara, bersaudara daripada segi agama dan juga keturunan, biarpun berlainan tanah air.

Meskipun begitu, hati mana yang dapat menahan kemarahan jika simbol negara sendiri berani diinjak-injak oleh mereka yang tidak bertamadun?

Tindakan budak-budak yang cetek akal. [sumber gambar]
Seperti yang saya tulis (taip) sebelum ini [klik], sebahagian warganegara Indonesia bertindak kebudak-budakan dengan membakar Jalur Gemilang selain daripada melempar najis ke arah Kedutaan Malaysia di Jakarta. Tidak cukup dengan itu, mereka juga membuat huru-hara di haladapan bangunan CIMB Niaga, salah sebuah syarikat korporat milik Malaysia di Indonesia selain daripada di sebuah stesen minyak milik Petronas [klik].

Ketegangan Malaysia-Indonesia sebenarnya bermula sejak cadangan penggabungan Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Brunei, Sarawak, dan British North Borneo (kini dikenali sebagai Sabah) menjadi sebuah persekutuan yang lebih besar pada Mei 1962 [klik].

Ketegangan ketika itu memuncak apabila pada tanggal 20 Januari 1963, Menteri Luar Indonesia, Subandrio yang berhaluan kiri [klik], mengumumkan menukar dasar hubungan Indonesia-Malaysia kepada dasar Konfrontasi sebelum Presiden Soekarno mengisytiharkan Ganyang Malaysia beberapa bulan selepas itu.

Soeharto yang mana terkenal dengan kepetahannya mengisytiharkan perang terhadap Malaysia dengan berpidato:
Kalau kita lapar itu biasa
Kalau kita malu itu juga biasa
Namun kalau kita lapar atau malu itu karena Malaysia, kurang ajar!

Kerahkan pasukan ke Kalimantan hajar cecunguk Malayan itu!
Pukul dan sikat jangan sampai tanah dan udara kita diinjak-injak oleh Malaysian keparat itu

Doakan aku, aku kan berangkat ke medan juang sebagai patriot Bangsa, sebagai martir Bangsa dan sebagai peluru Bangsa yang tak mau diinjak-injak harga dirinya.

Serukan serukan keseluruh pelosok negeri bahwa kita akan bersatu untuk melawan kehinaan ini kita akan membalas perlakuan ini dan kita tunjukkan bahwa kita masih memiliki Gigi yang kuat dan kita juga masih memiliki martabat.

Yoo...ayoo... kita... Ganjang...
Ganjang... Malaysia
Ganjang... Malaysia
Bulatkan tekad
Semangat kita badja
Peluru kita banjak
Njawa kita banjak
Bila perlu satoe-satoe!
Presiden Soekarno
12 April 1963

Peperangan antara dua negara berjiran berlaku selepas itu dan penyerangan bertubi-tubi daripada Indonesia dilancarkan secara berperingkat-peringkat. Walaubagaimanapun, Indonesia gagal menawan walau sebahagian kecilpun kawasan Malaysia yang baru beberapa bulan ditubuhkan. Konfrontasi kemudian berakhir dengan rampasan kuasa oleh Soeharto dan perjanjian perdamaian ditandatangani 11 Ogos 1965 di Bangkok.

Konflik Malaysia-Indonesia reda setelah Soekarno digulingkan... sehinggalah ia dinyalakan semula pertengahan kurun ini.

Bersambung.
Ruangan komen tidak diaktifkan. Sila baca sambungan artikel terlebih dahulu sebelum mengomen pada artikel terakhir kepada sambungan artikel ini.

Taman Permata, Hulu Kelang WPKL