Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

25 August 2010

Tulis 400 Kali

Artikel lepas yang perlu dibaca [klik] [klik] [klik]

Hati memang rasa kasihan tika memberikan tugasan kepada anak murid. Mana tidaknya, tugasan berbentuk penulisan sebaris (atau berbaris-baris) ayat, sepotong dalil, atau sejumlah bilangan kepada jenis-jenis sesuatu perkara berkaitan dengan ilmu-ilmu agama ditulis bukan hanya sekali dua, tetapi ia sebanyak ratusan kali!

Bukan kejam mahu menyeksa mereka, bukan kejam mahu menghukum mereka. Tetapi inilah sebenarnya proses tarbiyyah selain daripada melihat kepada keputusan ujian prestasi baru-baru ini yang kurang memberansangkan.

Murid-murid terkadang terasa terbeban dengan tugasan yang berlambak
Mereka tidak bermentalitikan mahu menuntut ilmu tika berhimpun di sekolah, malah mereka semacam menghadirkan diri ke sekolah dalam keadaan yang TERPAKSA. Mereka lebih suka bermain daripada mendengar penerangan guru, mereka lebih suka tidur daripada menyiapkan tugasan yang diberikan, malah mereka juga lebih gemar MELAWAN dan mengajukkan leteran guru!

Astaghfirullah al-adzim. Semoga Allah swt memberikan kekuatan dari segi mental dan fizikal dalam berhadapan dengan karenah mereka.

Saya sebaik mungkin ingin menggunakan setiap ruang dan masa yang ada yang diberikan kepada saya bagi memastikan setiap daripada mereka (khususnya murid-murid 5 Umar) mendapat setiap butiran ilmu yang saya curahkan kepada mereka. Ilmu itu semua sebenarnya berguna kepada mereka biarpun mereka menanamkan di dalam kepala otak; berajar kerana peperiksaan.

Pendekatan berlemah-lembut yang saya gunakan tidak berhadapan dengan mereka semacam tidak menjadi. Makin rosak result. Bukan setakat result, malah etika dengan guru dan adab juga semakin pupus. Apabila itu berlaku, saya beralih kepada cara kekerasan, mengenakan denda yang berpatutan, denda yang mungkin mengurangkan sikap kekurangadaban mereka tika berinteraksi dengan guru.

Belajarlah selagi nyawa dikandung badan.
Agak kurang juga jalan. Lagipun, kaedah tersebut langsung tidak memberikan sebarang percambahan terhadap prestasi pelajaran mereka. Cara yang berkesan, mengenakan lambakan latihan sebagaimana yang saya lakukan ketika saya menuntut dahulu.

Rasanya kaedah tersebut lebih baik dan lebih bagus diberikan kepada mereka yang lemah dalam pelajaran dan juga mereka yang AGAK nakal, degil, dan kurang ajar...

Saya doakan agar mereka berjaya, bukan hanya kepada peperiksaan semata-mata, bahkan berjaya dalam membentuk sahsiah diri kerana itu lebih penting dan mulia daripada mereka yang bijak di atas kertas tetapi tidak memiliki akhlak yang mulia.

Tulis ilmu-ilmu tersebut lebih 400 kali, agar ia melekat buat selamanya di dalam mindamu...

Taman Permata, Hulu Kelang WPKL

2 comments:

  1. Kebanyakan orang sekarang bukan belajar kerana cintakan ilmu tapi dipaksa supaya dapat kerja lebih bagus, dipandng tinggi .

    ReplyDelete