Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

23 August 2010

Passing The CUTE

Congratulation! You have passed the FIMM's Computerised Unit Trust Examination. However, your result grade is pending final approval from the FIMM.


Upon the FIMM's final approval, should your result grade remain, your Certificate and Authorisation Card will be issued accordingly by the FIMM, and both can be collected from the relevant company.

Bersyukur tak terkata bila skrin komputer tempat saya mengambil peperiksaan CUTE (Computerised Unit Trust Examination) di Arcnet, Megan Avenue 1 memaparkan ucapan tahniah kerana berjaya melepasi markah lulus [klik].

Sebelum jari berani mengklik pada butang keluar, jantung berdegup laju, takut-takut kalau tidak berjaya menghabiskan exam ini dengan baik. Mau tidaknya, sekiranya gagal, saya terpaksa mengeluarkan lagi RM140 untuk menduduki semula exam ini. Sebelum ini, saya pernah mengambil exam tersebut, tetapi disebabkan server down, saya terpaksa menduduki semula exam CUTE semula pada tengah hari Sabtu lalu (21 Ogos), selepas sebulan menunggu.

Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya lulus dalam exam CUTE itu walaupun saya tidak berkesempatan untuk mengulangkaji syllabus  yang telah ditetapkan oleh pihak FIMM (Federation of Investment Manager Malaysia). Syukur yang teramat yang tidak boleh diungkapkan dengan kata-kata mahupun tulisan.

Doakan semoga kehidupan ini berubah kepada yang lebih baik dan selesa, bertitik tolak daripada lulusnya dalam exam CUTE ini, Ameen!

Mudah-mudahan.

Semoga kehidupanku Engkau berkati dan curahkanlah sebanyak mungkin rezeki halalan thoyyiba kepadaku, agar dapat kuberbudi dan berbakti dengan kurniaan-Mu ini, wahai Tuhan yang Maha Memberi...

Selamat berpuasa dan selamat beribadat!

SRA Desa Putra, Bangi SDE

No comments:

Post a Comment