I always try to erase "si dia" from my memory but "dia" still in my mind. "Dia" always do the right things for me even in my backside. "Dia" is too kind for me... O my Lord, is this your guidance from Your for me? It really make me confuse...
Ini adalah status terbaru saya di Facebook [klik]. Sekali imbas, sememangnya bagaikan baru lepas putus cinta, clash dengan awek ataupun yang sama waktu dengannya.
Setiap daripada tindakan yang diambil selama ini; cuba melupakan seorang insan yang selama ini saya anggap memiliki nilai mungkin satu langkah yang silap. Mungkin silap. Mungkin. Mana tidaknya. Selepas sebulan menderita setelah 'pemergiannya', saya mengambil keputusan untuk melenyapkan apa sahaja memori yang berkait dengannya. Saban hari memohon doa agar Allah bukakan pintu hatinya serta menjernihkan semula kekotoran yang berlaku serta menenteramkan hati ini agar dapat meneruskan hidup tanpa bayangannya seperti sebelum ini.
Juga tidak ketinggalan, agar Allah memperbaiki kehidupan ini setelah ditinggalkannya.
Setelah hampir sebulan merasai keperitan dan menderita, Allah merubah kehidupan ini dengan dikurniakan satu pengisian buat diri. Dia 'menyembuhkan' diri dengan pelbagai cara, dilemparkan diri ini ke ceruk kampung, berhadapan dengan budak-budak yang mampu memadamkan duka di hati.
Namun begitu, setiap daripada apa yang saya lalui selepas Tuhan meletakkan saya pada kedudukan sekarang ini, saya diingatkan terhadap "si dia" secara halus. May be there is a guidance from Him for me to not forget "dia". May be...
Entahlah. Hati sebenarnya berbelah bahagi. Sememangnya memiliki sifat pemaaf dan memaafkan orang lain adalah sifat yang terpuji dan dituntut dalam Islam. Bukan saya tidak mampu untuk memaafkan "dia". Yang menjadi permasalahannya ialah di manakah pengakhirannya? Adakah hanya terhenti setakat kemaafan daripada kedua belah pihak?
Saya tiada apa-apa kelebihan berbanding "dia". "Dia" memiliki segala-galanya sedangkan saya tidak. "Dia" memiliki kemewahan sedangkan saya dibelenggu masalah kewangan. "Dia" dikelilingi mereka yang sanggup membelanya sedangkan saya tiada siapa yang sanggup menolong tika diugut. "Dia" memiliki masa depan yang agak terang-benderang sedangkan saya masih berada di dalam terowong gelap yang tiada nampak cahaya penghujungnya.
Walaupun saya kekurangan dalam banyak hal dan aspek, namun saya gembira dengan kehidupan sekarang ini. Alhamdulillah. Semakin lama saya tidak bertemu dengannya, semakin tenang terasa. Hati semakin lama semakin terhibur. Selepas menghadapi tohmahan, cercaan, makian, kejian, dan pelbagai bentuk hinaan daripada bodyguards yang mengelilinginya. "Dia" hanya membiarkan sahaja segala hamburan itu dipalitkan pada muka sedangkan selama ini, insan tersebutlah yang banyak mengajarnya erti kehidupan, mengajar berhadapan dengan pahit serta pancaroba dunia.
Tetapi jika itulah 'bayaran' yang diberikan, hati ini sememangnya sukar untuk memaafkannya walaupun dia banyak memberikan kebaikan tanpa pengetahuan insan yang dilukainya itu. Biarlah ia diadili di mahkamah Allah yang selayaknya menghakimi kes konflik dua insan ini.
Walaubagaimanapun, hati ini tetap berharap "dia" terus-menerus mengingati dan menyematkan dalam kalbunya, inilah insan yang terbaik sebenarnya buatnya...
Terus-menerus mengharapkan keajaiban berlaku...
Derita Merindu
Artis: Ahli Fiqir
Kau katakan cinta gunakan akal
Bila aku gunakan kau yang menyangkal
Bagaimana nak kekal
Kau katakan cinta gunakan minda
Bila aku gunakan kau yang tak percaya
Bagaimana nak bahagia
Maafmu tak bererti kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu
Tak kukenal lagi engkau siapa
Dan aku cuba sedaya upaya
Telah ku usaha dengan sepenuh jiwa
Bagaimana hendak ku lupa
Bayangan wajahmu selalu di depan mata
Harum baumu masih dapat ku hidu
Bagaimana ingin aku membencimu
Jikalau setiap hari merindu
Sekiranya derita merinduimu
Itu sebenarnya bahagia
Aku pilih derita
Mungkinkah esok atau lusa
Walau biarpun lama
Akan ku biar tiada
Ku tetap kan setia
Entah bila akan tiba
Sampai jua harimu yang sama
Esok seperti semalaman yang tak berubah
Kaulah tanda tanya
Kau tiada titik noktah
Ku dibuai mimpi lena
Dikejut igau semula
Seandainya kau berada di depan mata
Mudah untuk aku berkata-kata
Supaya dapatku melihat seraut wajahmu
Walaupun belum tentu kau mahu bertemu
Apalagi memandangku
Setelah ku turutkan segala kemahuan
Kau mainkan perasaan
Begitu mudah kau ucapkan
Terimalah saja kenyataan
Aku masih terkilan
Maafmu tak bererti kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai
Jika kau dapat memahami
Hati seorang perindu
Baru kau tahu derita hatiku
Jika suatu hari nanti giliran kau merindu
Baru kau ingat derita diriku
Segala yang berlaku bukan kemahuanku
Apa gunanya bahagia
Jikalau bahagia bersamamu
Hanyalah untuk sementara waktu
Aku pilih derita merinduimu
Maafmu tak bererti
Kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai
Taman Permata, Hulu Kelang WPKL
Link tambahan [klik]
No comments:
Post a Comment