Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

31 August 2018

Entry ke-543

"Mie, (arwah) Pak Long meninggal 2010 atau 2011?"

Mak tiba-tiba tanya. Tak tahu mengapa. Saya kebetulan berada di hadapan laptop terus melayari laman sesawang Blogger untuk membuat carian berkenaan Pak Long. Dapatan daripada carian tersebut menemukan satu catatan saya berkenaan kematian Pak Long yang pernah saya tulis di blog ini.

"15 April 2009," saya membacakan tarikh selepas menjumpainya.

2009, ketika itu saya masih ketagih dan ligat mengemaskini blog, semacam satu trend ketika itu jika ada blog. Kini, masyarakat netizen beralih kepada medium yang lebih mudah seperti Facebook, Instagram, dan Twitter untuk menzahirkan sesuatu atau menyimpan kenangan.

Ramai di kalangan rakan blogger saya suatu ketika dahulu sudah meninggalkan dunia blogging, saya juga sejak kebelakangan ini. Namun, sejak kebelakangan ini, saya rasa ada kewajarannya untuk saya menghidupkan kembali blog saya ini walaupun orang dah tak nak baca lagi dah. Hahaha...