Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

13 December 2014

Port Dickson '14

Port Dickson, Bandar Tentera Darat. Port Dickson atau PD merupakan sebuah bandar pelancongan yang terletak lebih kurang 90 kilometer dari ibu kota, 30 kilometer dari ibu negeri Negeri Sembilan, Seremban.

Eh... Ni bukan Wikipedia (baca: Wiki-Ape-Dia?) ye.
Gambar terbaru saya di
akaun baru Instagram saya.
Follow ek: syahmie49

Semalam, bila saya terbaca blog Kak Elly berkaitan percutiannya ke Port Dickson, saya terlupa yang saya akan ke Port Dickson pada keesokkan harinya, hari ni le...

Lepas saya baca, sebelum ke surau untuk Solat Jumaat, abah tanya saya sama ada pergi atau tidak. Saya sebenarnya terlupa yang hari ni ada majlis di Port Dickson sebab tak de mana-mana gadget saya buat reminder pun, lupa nak set kot...

"Muda-muda lagi dah nyanyuk..."

07 December 2014

Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

Coretan ini tiada kena-mengena dengan patriotik ataupun Hari Kemerdekaan.

Dan sebelum baca coretan ini, seeloknya dibaca terlebih dahulu coretan terdahulu walaupun takde kena-mengena pun antara dua coretan ni.

Baca dulu tau...!

"Ehem..."

Saya sudah pun bertukar sekolah ke sekolah baru, SRA Bandar Bukit Puchong secara rasmi pada 2 September 2014 (Selasa). Atas beberapa sebab, saya tidak menonjolkan sebarang aktiviti di sekolah baru di sini pada awal pemindahan saya.

06 December 2014

Coretan Ke-500

Coretan kelima ratus...

"Dah bulan 12, baru nak post pasal benda ni."
"Benda apa...?"
"Hm..."

۞   ۞   ۞   23 November?   ۞   ۞   ۞

"Ooo, yang pasal 23 November tu, bukan?"
"Lebih kuranglah."

"Tahun ni pun lambat post. Apa pasal?"

Ada apa dengan 23 November? Itulah tarikh hari kelahiran saya, hampir 30 tahun lepas. Tapi saya tak berapa nak kisah sangat dengan tarikh tu, sebab tiada yang special pun. Melainkan tarikh tersebut mengingatkan saya betapa hampirnya saya kepada kematian.

30 November 2014

Projek Mumtaz '14: Buat Kali Terakhir...

Ketika menghadiri Majlis Kualiti SRA Bandar Seri Putra, 26 November lepas (Rabu), kelihatan wajah masing-masing penuh gembira, gembira setelah mereka berhempas-pulas berusaha yang akhirnya mereka memperoleh keputusan Mumtaz dalam PSRA.

13 November 2014

Terbaik Dalam PSRA '14

"Ustaz pergi ke
Majlis Pengisytiharan Keputusan PSRA Daerah Sepang tadi ke?"
"(Saya) tak pergi, sebab (saya) kena uruskan perkara berkaitan
Hari Kecemerlangan sekolah saya.
Pagi tadi pula saya ada urusan di Jalan Duta."
"Oh, ye ke. Ustaz, saya ada benda nak bagitau ustaz, tapi takutlah pula."
"Kenapa ya?"
"Ustaz, alhamdulillah, saya dapat jadi (diumumkan sebagai)
PELAJAR PEREMPUAN TERBAIK PSRA (Daerah Sepang)."

Walaupun saya sudah mengetahuinya, saya tetap terkedu apabila menerima mesej peribadi (private messege) daripada salah seorang bekas murid saya di SRA Bandar Seri Putra, mesej kegembiraannya apabila diumumkan sebagai Pelajar Perempuan Terbaik PSRA bagi Daerah Sepang.

Allah... Allah...


12 November 2014

Projek Mumtaz '14: Akhirnya...

Semalam diumumkan keputusan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) Negeri Selangor 2014. Alhamdulillah, apa yang saya harapkan tercapai walaupun tidak seperti yang diinginkan.

Tidak dapat saya ungkapkan dengan kata-kata apabila 6 daripada 7 orang yang sering, ada juga yang kadang-kadang membuat ulangkaji bersama saya berjaya mendapat keputusan cemerlang dengan pangkat Mumtaz.

Allah... Allah... Saya hanya mampu mengucapkan tahniah melalui panggilan telefon sahaja. Segala-galanya terbatas.

Allah... Saya cukup gembira walaupun kejayaan mereka itu datangnya daripada usaha mereka dan guru-guru 'sepenuh masa' mereka. Saya hanyalah 'mengganggu' sahaja pada pandangan sebahagian.

27 October 2014

Hasad Ibarat Api

Rasulullah Sallallahu `Alayhi  Wasallam pernah bersabda:
الحَسَدُ يَأكُلُ الحسنـاتِ كما تأكلُ النَّارُ الحطب أو كما قال الرسول
"Sifat hasad itu akan memakan (menghapuskan) amalan kebaikan sebagaimana api memakan kayu api."

Sifat hasad ataupun dengki merupakan salah satu daripada sifat-sifat mazmumah, sifat yang dikeji. Orang yang memiliki sifat hasad dengki ini tidak suka melihat kurniaan Allah Subhanahu Wa Ta`ala dikurniakan kepada orang lain. Sekiranya ada, pastinya mereka akan cuba sedaya-upaya untuk menghilangkan nikmat tersebut daripada dimiliki selain daripada dirinya.

Senang kata, tak boleh tengok orang lain senang.

26 October 2014

Ziarah Encik Normanshally

Rasanya cerita ni dah basi, tapi tak pe kot kalau saya coretkan di dalam blog saya ni. Bak kata orang lain, "Blog aku, ikut suka akulah." Hehehe...

Ketika saya berkursus di Pusat Sumber Pendidikan JAIS (PSPJ) di Kampung Jawa, Klang, saya menerima satu berita melalui Facebook dan aplikasi WhatsApp yang mengatakan YDP PIBG SRA Bandar Seri Putra (SRABSP), Encik Normanshally dimasukkan ke hospital KPJ Kajang.

Esoknya (Rabu, 22 Oktober 2014), saya meluangkan sedikit masa untuk menziarahi beliau di Hospital KPJ Kajang dan kediaman beliau di Anjung Suasana, Bandar Seri Putra.

Encik Normanshally merupakan YDP PIBG SRABSP ketiga selepas Encik Iqbal. YDP PIBG SRABSP yang pertama ialah Encik Luqman.

17 October 2014

Typo, Bahasa Gambaran Peribadi

Sesungguhnya al-Quran itu begitu indah bahasanya.
"Seorang yang berhalus dalam berbahasa dan beradat budaya, adalah seorang yang menghargai dirinya sendiri. Jika pucuk lupakan akar, tiadalah buah, tunggullah sudah."
Ustaz Hasrizal Abdul Jamil
Secangkir Teh, Pengubat Letih (2010)


13 October 2014

Teruskan Misi Mumtaz 2014

Bergambar kenang-kenangan
di lokasi 'pertempuran'.
Maaf, sebab saya terpaksa gunakan beberapa istilah yang mungkin memayahkan kalian untuk memahami secara terperinci akan coretan ini. Ini adalah kerana terdapat beberapa orang individu yang perasan berjawatan mungkin pernah mengugut secara halus kepada saya dengan menggunakan Akta ** yang mana saya sendiri tak pernah diberi taklimat SECARA TERPERINCI apa itu Akta ** sebenarnya.

Alhamdulillah, tahun ini merupakan tahun kedua saya ditugaskan sebagai 'penjaga' bagi 'pasukan tentera' dari SRI Al-Fakhri, Puchong yang akan 'bertempur' bersenjatakan mata pensil dan pemadam di SRA Putra Perdana.

29 September 2014

Ashiq, Aina, dan Ahmad

Ashiq masuk ke dalam kelas. Dilihat buku miliknya berada di dalam genggaman Ahmad. Buku itu dibelek-belek.

Terkandung di dalam buku itu, gambar-gambar Ashiq bersama Aina ditampal kemas berserta beberapa potong ayat yang menggambarkan bahawa Ashiq begitu suka dengan Aina.

Ashiq ketika itu ditempatkan di kelas kelima, juga kelas terakhir, manakala Aina pula berada di kelas pertama.

Boleh dikatakan mereka bagai langit dengan bumi.

"Tolong jangan bagitau Ustaz tau."

14 September 2014

5A-Mumtaz VS Akhlak: Pilih Yang Mana?

Bergambar dengan Raqib yang mewakili rumah
kuning menjadi johan acara Khutbah Jumaat
KAMIL Peringkat Sekolah. Acara Khutbah Jumaat
merupakan acara yang perlu saya latih bagi
rumah kuning.
Saya selalu berpesan kepada murid-murid saya di SRA Bandar Seri Putra yang saya tidak pandang keputusan yang mereka perolehi sebaliknya yang saya harapkan mereka mampu menjadi murid-murid saya yang berakhlak mulia dan menjadi anak-anak yang soleh.

Pesanan ini saya berikan kepada semua murid yang saya ajar dan saya lebih kerap mengulangi pesanan ini ketika saya berhadapan dengan murid-murid yang berada di kelas terkehadapan; kelas Ibnu Sina dan Ibnu Khaldun.

26 August 2014

Usia 10 Tahun Bangun Qiyamullayl

Cerita baik rasanya wajar disebarkan. Mudah-mudahan cerita ini dapat dijadikan iktibar buat kita semua.

Tahun lepas, ketika sesi menandatangani buku rekod kemajuan murid selepas Peperiksaan Akhir Tahun (PAT), 9 November 2013, bapa kepada salah seorang murid kelas jagaan saya merangkap ketua kelas 4 Ibnu Khaldun, bertemu dengan saya untuk sesi 'beramah mesra' dan berbincang akan keputusan yang diperoleh anaknya.

Namanya Aqil Ilham bin Mohd Fadzil.

Alhamdulillah, keputusan Aqil meningkat daripada 78.0 peratus ketika Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) kepada kepada 83.8 peratus dalam PAT.

17 July 2014

Ramadan 1435H: Perihal Akmal Aim

"Mula-mula kita kena bincang dulu nak buat macam mana."
"Ok, ok."             "Bila nak bincang?"
"Ikut ustazlah."              "Esok pagi?"
"Ustaz, saya (baru sahaja) accident. Dalam masa terdekat ni tak boleh."
"Yeke? Bila (accident)?"
"Baru tadi."     "Kat mana? Teruk ke?"
"Sikit je, kat tepi surau."
"Accident macam mana? (Macam mana boleh kemalangan?)"
"Naik motor langgar bonggol. Kawan bawa laju."
"Habis tu, esok MC (cuti)lah ke?" "Aah. (tersenyum)"
"Suka kalau MC ye."

13 July 2014

Ramadan 1435H: Gaza Dibedil

Salam Ramadan 1435H.

Makan moreh di sekolah, tahun lepas.
Gambar tiada kena mengena dengan coretan kali ini.

07 July 2014

Orang Islam, Akhlaknya Tak Islam

Salam Ramadan 1435 Hijriyyah.

Jumaat lepas (4 Julai 2014), saya berkesempatan untuk menyaksikan pengislaman dua orang wanita berbangsa Filipina di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Masjid Besi.


Dua orang saudara baru (tiga dan empat dari kiri) selepas majlis syahadah mereka.

02 July 2014

Minggu Terakhir Sya'aban 1435H, Siri 2

"Ustaz, kami masuk futsal. Nama team kami 5 Ibnu Bathutah FC."
"Wah, bagus! Siapa yang main?"
"Saya (Shafiq, ketua kelas), Megat, Ammar, Harith, dan Darwisy."
"Darwisy main? Nanti dia 'ghaib' masa tengah main, macam mana?"  
(Darwisy mendapat gelaran 'ghaib' daripada saya sejak tahun lepas)

Begitu seronok masing-masing selepas mereka mendaftarkan diri untuk liga futsal sempena Sambutan Hari Kantin, minggu lepas.

"Kalau pasukan kita menang, saya buat jamuan makan tengah hari minggu depan."
(Irfan Iman) "Yeay...!"
"Ha... Kantoi tak nak puasa minggu depan."
"Hahaha..." (Satu kelas gelak)

07 June 2014

Projek Mumtaz '14

Saya dan Megat Izz sebelum balik.
Alhamdulillah, Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) 2014 selesai dijalankan sebelum cuti.  Malangnya, sebahagian besar daripada murid-murid 5 Ibnu Bathutah mengalami penurunan markah keseluruhan.

02 June 2014

"Lepaskan Tombol Pintu Itu...!"

Bergambar semasa Program Kemahiran Amal Islami (KAMIL) 2013 Peringkat Daerah Sepang di SRA Putra Perdana. Murid dari kiri: Amirul Hakeem, Luqmanul Fitree, Nabil Husayni, Hakimin, dan Solah.

25 May 2014

Hari Guru 2014

Ustaz, esok hari apa?          Esok? Esok kan hari Jumaat.
Ala, ustaz ni. Cakap la betul-betul.
Iye. Esok hari Jumaat. Kenapa?
Esok Hari Guru la, Ustaz.
Esok hari Jumaatlah. Haish.
Ustaz ni main-mainlah. Esok kena bawa beg tak? 

۞   ۞   ۞   HARI GURU   ۞   ۞   ۞

Nak update entry berkaitan dengan Hari Guru, rasanya macam dah terlambat je. Takpelah, nak juga update.

Alhamdulillah, SRA Bandar Seri Putra sudah mengadakan 'beberapa' siri Sambutan Hari Guru, bermula di sekolah, dan berakhir di Hotel Bangi-Putrajaya.

09 May 2014

KAMIL Selangor 2014

Alhamdulillah, Program Kemahiran Amal Islami (KAMIL) 2014 Peringkat Negeri Selangor berlangsung dengan jayanya di Sekolah Agama Menengah Rawang, Gombak pada Sabtu lepas, 3 Mei 2014. Dukacitanya, daerah Sepang hanya mampu merangkul 4 pingat sahaja dalam acara-acara yang dipertandingkan bagi kategori SRA/SRAI/KAFAI/SRI.

02 May 2014

KAMIL Sepang '14

Alhamdulillah, Program Ujian Kemahiran Amal Islami (KAMIL) Peringkat Daerah Sepang selamat berlangsung dengan jayanya pada Sabtu lepas, 26 April 2014 bertempat di Sekolah Rendah Agama Bandar Baru Salak Tinggi (SRABBST), Sepang.

20 April 2014

Juara KAMIL Zon 1 Sepang 2014

Program Kemahiran Amal Islami (KAMIL) Peringkat Zon 1 Sepang berlangsung dengan jayanya pada Sabtu minggu lepas (12 April 2014). Alhamdulillah, wakil-wakil SRA Bandar Seri Putra berjaya memenangi pelbagai acara yang dipertandingkan, juga menjadi juara keseluruhan temasya tersebut.

Kedua-dua peserta bagi acara Khat dibawah seliaan dan bimbingan saya berjaya mendapat naib johan.

14 April 2014

Tika Cuba Untuk Menyemai Benih

Kalau Allah nak tarik nikmat yang Dia beri kepada kamu sekeluarga, bila-bila masa Dia boleh tarik. Kalau Allah nak jadikan kamu sekeluarga miskin, sekelip mata sahaja dia boleh buat. Macam mana? Dia matikan ayah kamu je. Gaji ayah kamu RM 20,000 sedangkan gaji mak kamu hanya RM 2,500 je. Kalau ayah kamu mati, habislah gaji RM 20,000  tu, tinggal gaji mak kamu je.

Macam mana mak kamu nak bayar ansuran dua buah kereta, Accord dan Myvi tu dengan gaji hanya RM 2,500? Itu belum lagi rumah-rumah yang ayah kamu ada, semua tu perlu dibayar walaupun ayah kamu sudah meninggal dunia.

Lepas ayah kamu meninggal, harta ayah kamu yang ada di bank semua akan dibekukan. Macam mana mak kamu nak langsaikan segala ansuran hanya dengan gaji RM2,500 tu? Itu belum campur perkara-perkara lain lagi.


11 April 2014

Debaran KAMIL Zon 1 Sepang 2014

Saya dan Ustazah Falah (kiri) dan  Ustazah Hayati Sulam selaku guru pembimbing bergambar bersama peserta Khat yang mewakili sekolah ke peringkat zon 1. Peserta dari kiri: 'Aishah Athirah, Nur Liyana Maisarah, Muhammad Farkhan, dan Aqil Hakimi.

07 April 2014

Kursus Jati Diri Anjuran PIBG SRABSP

Nak jadi hebat, kena sentiasa bermuhasabah diri. Alhamdulillah, jawatankuasa PIBG yang baru melihat pembangunan sahsiah diri para guru merupakan perkara yang begitu penting untuk melahirkan murid-murid yang hebat dan MUMTAZ.

Justeru itu, tidak sampai sebulan selepas mereka dilantik untuk penggal 2014-2016, mereka sudah mengatur satu kursus motivasi bertujuan  untuk meningkatkan jati diri para ustaz dan ustazah.

Alhamdulillah, banyak input dan pengajaran yang saya dapat dalam kursus ini walaupun diadakan hanya sehari. Mudah-mudahan saya akan lebih bersemangat  dalam menyampaikan ilmu kepada anak bangsa agar mereka mampu menjadi insan rabbani.

Insya-Allah. Doakan agar hatiku tetap dalam memberikan didikan terhadap mereka.

Entry ini akan dikemaskini untuk gambar-gambar yang lain.

Tinta mencoret: Sehebat mana seseorang insan, ia bermula daripada didikan seorang guru yang sabar mendidik.

Kampung Sungai Buah, Dengkil SDE
GT-P5100

06 April 2014

Mak Puteh Kota Tinggi

Pagi-pagi lagi, kami sekeluarga dikejutkan dengan berita kematian Puan Rajmah Yunus atau Mak Puteh Kota Tinggi. Memang kami tak sangka sebab baharu sahaja dua minggu lepas kami menziarahi beliau di Hospital Kota Tinggi.

Mak Puteh disahkan menghidap jangkitan kuman dalam darah meninggal dunia sebelum Subuh di Hospital Johor Bahru. Berita kematian Allahyarham disampaikan oleh Pak Teh Razak.

Kami bergegas ke Kota Tinggi selepas mendapat berita yang menyedihkan.

Mak Puteh merupakan anak kelapan daripada sepuluh orang dalam adik-beradik abah. Kini, hanya tinggal empat orang adik-beradik abah: Pak Lang Malek, Pak Uda Shamsuddin, Pak Teh, dan abah sahaja yang masih hidup.

Semoga Allah mengampunkan dosa Allahyarham dan menempatkan beliau dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang soleh.

Dalam kenangan:
Rajmah binti Yunus
1948-6 April 2014

Tinta mencoret: Giliran kita akan menyusul...

Rehat dan Rawat Pagoh, JDT

22 March 2014

Android Ganti Laptop

Hari ini, saya ke Kota Tinggi atas urusan keluarga. Alhamdulillah, kini banyak masa saya terisi. Selain melaksanakan tugas saya sebagai seorang guru agama di bawah pentadbiran Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Sepang, saya juga melibatkan diri dalam gerakan Skuad Tamak Pahala, sebuah gerakan sukarelawan underground.

Mungkin ini antara sebab masa saya menjadi terhad dan membataskan saya daripada mengemaskini blog CTB ni.

Bercerita tentang keterbatasan waktu untuk menaip entry,  saya belum berhasrat untuk bersara daripada menaip sepertimana kebanyakkan daripada rakan-rakan saya yang sudah 'pancit'.

Mungkin, dengan cara ini, saya mampu memperbaiki skil penulisan saya (melalui teguran pembaca yang suka membaca).

15 March 2014

Kursus Kaedah Jawi

Selasa dan Rabu lepas (11 dan 12 Mac 2014), saya menghadiri Kursus Kaedah Jawi yang diadakan di Pusat Sumber Pendidikan JAIS, Kampung Jawa, Klang. Asalnya, Ustaz Irfan Faiz yang diarahkan untuk pergi, tapi saya pula yang gatal mulut minta saya yang pergi menggantikan Ustaz Irfan. Bukan gatal tangan, tapi memang saya nak pergi. Ustaz Irfan pula setuju. Puan Guru Besar juga tak membantah.

Alhamdulillah, kumpulan saya berjaya mendapat tempat pertama dalam bengkel jawi ini.
Betul-betul sengit...

09 March 2014

MH 370

Semalam (8 Mac 2014), pagi-pagi lagi, saya sudah menerima berita berkaitan kehilangan pesawat milik MAS yang lebih dikenali dengan nama MH370 yang dalam perjalanan dari KLIA ke Beijing.

Banyak spekulasi berkaitan kehilangan tersebut. Berita paling awal, dikatakan mendarat cemas di Nanning. Kemudian tersebarnya gambar kononnya bangkai pesawat tersebut dijumpai.

Tidak kurang juga yang menjadi pengulas tidak bertauliah, memberikan pelbagai respon dan ulasan yang mungkin boleh dikatakan mengarut dan mengguris hati kaum keluarga mangsa MH370.

07 March 2014

Hafizul Hadi

Rayuan Hafizul ke MRSM diterima dan Hafizul ditempatkan di MRSM Kepala Batas, Pulau Pinang. Keputusan rayuan yang diterima saat akhir itu tersebar ke pengetahuan saya malam Selasa lepas.

Saya menyelongkar mencari semula nombor telefon Hafizul yang pernah diberikan kepada saya pada tahun lepas. Saya terlupa simpan nombor tersebut di telefon saya selepas Hafizul beri. Silap saya.

Alhamdulillah, nasib baik saya berjaya menjumpai nombor tersebut. Jam 10.18 malam, saya terus telefon, dengan harapan dapat berbual dengannya buat kali terakhir sebelum Hafizul bertolak ke Kepala Batas pada keesokkan harinya.

Hafizul, mendapat keputusan 5A dalam UPSR dan Jayyid Jiddan dalam PSRA tahun lepas merupakan ketua kelas 4 Ibnu Rusyd yang saya lantik.

Pagi selasa, baru saya dapat bertemu dengan Hafizul bersama ayahnya di sebuah restoran berhampiran rumahnya di Bandar Seri Putra. Riak wajahnya tergambar kegembiraan.

22 February 2014

UAI @ Surau Taman Permata


Siapa yang tak kenal Ustaz Azhar Idrus kan...? Majoriti orang Islam di Malaysia kenal dengannya.

Alhamdulillah, pada Isnin lepas (17 Februari 2014), Ustaz Azhar Idrus datang mari ke surau kariah kami, Surau Taman Permata untuk menyampaikan kuliah beliau yang bertajuk "Anak Kunci Syurga".

16 February 2014

Maulidur Rasul 1435H

Entah kenapa, sejak tahun lepas, saya makin jarang mengemaskini blog CTB ni. Rasa nak menaip tu ada, tapi, entahlah. Kalau diikutkan, banyak je perkara yang saya nak share di sini tapi mungkin masa yang membatasi segala-galanya.

Tahun lepas pun, banyak peristiwa saya terlepas untuk dikongsi di sini seperti peristiwa saya ke Perak dengan Aiman, Ujian Kemahiran Amal Islami Peringkat Daerah yang memberikan kejayaan gemilang kepada sekolah, pengalaman sebagai pengawas peperiksaan buat kali pertama, dan macam-macam lagilah.

Ingatkan, nak berazamlah untuk memastikan blog ni tidak lagi bersawang, namun, bulan pertama lagi, saya sudah tewas, hanya dua entry sahaja yang mampu untuk saya buat. Entry kedua berkaitan dengan kebakaran tu pun saya buat sebab nak bagi blog saya 'terkenal' sebab gambar yang saya masukkan tu gambar 'panas', dicari orang ketika tu.

31 January 2014

Air Mawang Dijilat Api

Cuti tiga hari sempena Tahun Baru Cina ni saya habiskan dengan bercuti di kebun mak di kampung. Kebiasaannya, bila saya pulang ke kampung, saya pasti akan ke Pekan Tampin untuk window shopping.

Tapi bila baru keluar dari pagar rumah, saya nampak kepulan asap hitam dari arah Pekan Air Mawang yang berhampiran dengan rumah. Saya bergegas ke arah asap tersebut dan...

Apa lagi, jadi wartawan tidak bertauliah le..........

Saya baru sampai. Kebakaran pun nampaknya baru sahaja berlaku.

20 January 2014

Selamat Tinggal 2013

Sebahagian daripada murid-murid saya yang terawal di SRA Bandar Seri Putra.
Mereka kini melangkah kaki ke sekolah menengah.
Kebiasaannya, saya akan membuat satu entry khas berkaitan peristiwa yang berlaku sepanjang tahun pada hari terakhir tahun tersebut, tetapi tahun lepas (2013), saya tidak berkesempatan untuk membuat entry tersebut kerana kekangan masa untuk menguruskan perihal persekolahan. Jadi, saya gantikannya dalam entry kali ini.