Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

18 June 2014

PPT 2014


Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2014 bagi kelas 5 Ibnu Bathutah telah diumumkan kelmarin (16 Jun 2014). Secara keseluruhannya, terdapat sedikit penurunan dalam keputusan peperiksaan kali ini. Ramai yang tidak berpuas hati dengan hasil keputusan. Ada juga yang tersenyum gembira kerana keputusannya semakin baik.

Aksi ketika sesi bergambar bersama top 10.
Antara yang tersenyum ketika keputusan diumumkan ialah Harith Ismeth, Megat Izz, dan Hazim Haikal. Tersenyum sebab meningkat peratusannya. Tersenyum sebab meningkat rankingnya.

Harith Ismeth meningkat daripada nombor 23 kepada nombor 3, daripada 60.6 peratus kepada 72.6 peratus. Megat Izz pula daripada nombor 33 kepada 28, meningkat daripada 41.4 peratus kepada 53.6 peratus. Manakala Hazim Haikal pula daripada 32 kepada 22, meningkat daripada 51.8 peratus kepada 58 peratus.

Kedudukan 10 terbaik kebanyakkannya masih dipegang oleh orang yang sama.

"Asyik diorang je yang top 10?" (keluh Megat Izz)

Bergambar bersama top 10. Perempuan dari kiri: Iffah Zahidah, Alia Fatini, Irdina, dan Wan Aleeya Zakirah. Hadapan dari kiri: Danial, Harith Ismeth, dan Putra Shah Naqiuddin. Dua orang di sebelah saya: Anas Abdul Aziz (berkaca mata) dan Shafiq.
Top 5. Dari kiri Irdina (5), Alia Fatini (2), saya, Putera Shah (1), dan Harith Ismeth (3). Nurina Nabila mendapat nombor 4, tiada dalam gambar ini.
Apa-apa pun, tahniah buat mereka yang mencatatkan peningkatan. Bagi yang menurun, tak mengapa, boleh cuba lagi dalam Ujian Prestasi Kedua yang dijadualkan pada bulan Ogos ini, insya-Allah.

Jom layan gambar jap.

Gambar Irsyad Ilham (5 al-Kindi) yang
diambil dari jauh.
Basysyar (5 al-Kindi) sedang
menjawab soalan.



Hariz Syahmi sedang berposing.
Banyak masalah ke...?


Saya bergambar dengan Ariff Shah dan Hariz (berkaca mata).
Apa ye saya buat time ni? Lupa pula...

Gambar apa la yang diorang
tengok tu...?

Khairul Nazim (5 al-Khawarizmi) yang sedang menyapu sampah selepas selesai peperiksaan.
Niat beruk? Apakah maksudnya...?
Ini namanya faham, bukan hafal. Bagus...
Soalan: Bilakah waktu yang mustajab untuk berdoa?
Jawapan: SEMASA tidur.
"Kawan kita sudah mati, tapi kita tidak ambil pengajaran."
Ini namanya rumusan dan kesimpulan daripada apa yang mereka pelajari di dalam kelas.
Tahniah kerana anda faham apa yang anda pelajari.
Tinta mencoret: Dalam leka mahu keputusan cemerlang, jangan dilupa pembangunan sahsiah mestilah bergerak seiringan.


Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP

No comments:

Post a Comment