Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

07 June 2014

Projek Mumtaz '14

Saya dan Megat Izz sebelum balik.
Alhamdulillah, Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) 2014 selesai dijalankan sebelum cuti.  Malangnya, sebahagian besar daripada murid-murid 5 Ibnu Bathutah mengalami penurunan markah keseluruhan.

Tak tahu apa silapnya. Mungkin akan diketahui selepas post morterm dijalankan.

Selepas Ujian Prestasi 1 yang dijalankan pada bulan Mac, saya membentuk 2 kumpulan, kumpulan A terdiri daripada murid-murid tahun 6 manakala kumpulan B terdiri daripada murid-murid tahun 5. Dua kumpulan ini akan merealisasikan misi saya menjayakan "Projek Mumtaz '14."

"Apa tu PROJEK MUMTAZ?"

"Projek Mumtaz" ni saya reka bertujuan untuk membentuk satu kumpulan murid (tapi tahun ni dua kumpulan) yang berhasrat mahu mencapai keputusan Mumtaz (90 peratus ke atas) atau paling teruk berjaya meningkatkan prestasi ke tahap yang boleh membanggakan.

Setakat ini, tiga orang murid tahun 5 Ibnu Bathutah sanggup menerima 'cabaran' saya untuk 'projek' ini. Mereka ialah Putera Shah Naqiuddin, Muhammad Harith Ismeth, dan Megat Izz Sengthavee. Mereka juga sanggup mengorbankan waktu rehat mereka semata-mata untuk menyahut 'cabaran' saya.

Kelas 5 Ibnu Bathutah adalah kelas keempat daripada 10 kelas tahun 5.

Dan hasilnya amat memberansangkan. Mereka bertiga berjaya meningkatkan peratusan dalam kertas peperiksaan Tauhid-Feqah dalam PPT lepas. Putera Shah mendapat 96 peratus (Mumtaz) manakala Harith Ismeth dan Megat Izz mendapat 76 peratus (Jayyid Jiddan).

Bagi markah Tauhid, Putera Shah mendapat 46 markah daripada 50 markah, Harith Ismeth mendapat 40, dan Megat Izz pula 44.

Kertas peperiksaan PPT bagi mata pelajaran Tauhid-Feqah. Kertas-kertas ini kepunyaan (dari kiri) Harith Ismeth, Putera Shah, dan Megat Izz.
Tahniah saya ucapkan.

Mengikut format PSRA, pelajaran Tauhid digabungkan bersama pelajaran Feqah format PSRA.

Bagi kumpulan A, saya masih belum dapat keputusannya lagi. Mungkin lepas cuti ni kot.
Salah satu sesi dalam "Projek Mumtaz 2014." Saya tak ingat bila gambar ini diambil.
Tukar posisi. Asyik atas meja je. Kali ni atas lantai pula.
Putera Shah Naqiuddin, menunjukkan komitmen yang tinggi dalam setiap sesi.
Harith Ismeth, begitu bersemangat. Suka untuk menunjukkan setiap kelebihannya dalam setiap kali sesi pengulangan. Tahniah.
Harith Ismeth sedang cuba menjawab soalan saya. Nampaknya dia mampu untuk menjawab.
Bergambar dengan Megat Izz. Dia ni terlalu aktif dengan ko-kurikulum sekolah kebangsaan menyebabkan selalu tak ada. Tapi, Megat tetap terbaik sebab berjaya kejar kawan-kawannya yang lain.
Ni Shafiq dan Nizam. Shafiq ni asalnya join sekali. Tapi, bila dah asyik ke latihan Kalam Jamaie, memang 'selamat tinggal'lah jawabnya. Nizam pula dari kelas al-Khawarizmi (kedua terakhir), saje je kekadang saya ajak.
Seronok betul mereka ni bila dapat jawab soalan saya.
Aktiviti mereka lepas sekolah: ke pasar malam yang terletak berhadapan dengan sekolah.
Tinta mencoret: Insya-Allah, mereka akan berjaya.

Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP

No comments:

Post a Comment