Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

21 June 2014

Projek Mumtaz '14: PPT Team A

Dari kiri: Faizuddin, Wafir, Syakur, saya, Najmuddin, dan Haikal
Entry ini adalah kesinambungan bagi entry yang terdahulu: Projek Mumtaz '14.

Seperti yang pernah saya nukilkan dalam entry terdahulu, Team B terdiri daripada tiga orang murid Tahun 5 Ibnu Bathutah yang bersedia 'berkorban apa sahaja' untuk meningkatkan markah dalam keputusan peperiksaan mereka. Alhamdulillah, ada sedikit peningkatan atas hasil usaha mereka.

Kini saya nak bercerita pula berkenaan dengan Team A pula. Team A terdiri daripada enam orang murid Tahun 6 yang akan menduduki PSRA pada tahun ini.

"Siapa mereka ni ye...?"

WAFIR DZIHNI BIN ROZUKI (6 Ibnu Sina)
MUHAMMAD NAJMUDDIN BIN AZLI (6 Ibnu Sina)
MUHAMMAD FAIZUDDIN BIN GHAZALI (6 al-Farabi)
MUHAMMAD SYAKUR ADLAN BIN SYAHIDAN (6 Ibnu Sina)
MUHAMMAD HAIKAL BIN ISMAIL (6 Ibnu Sina)
MOHAMMAD FIKREE BIN AZMAN (6 Ibnu Sina)

Sebagai makluman, kelas 6 Ibnu Sina adalah kelas pertama daripada keseluruhan tujuh kelas tahun 6 manakala 6 al-Farabi pula adalah kelas yang ketujuh.

Alhamdulillah, keputusan bagi matapelajaran Tajwid mereka agak membanggakan. Bagi pelajaran lain, no comment sebab saya hanya tumpu pada pelajaran Tajwid sahaja. Insya-Allah, pelajaran lain akan disentuh nanti.
 
Berikut adalah markah yang mereka dapat bagi mata pelajaran Tajwid dalam PPT yang lalu:
Wafir Dzihni: 100 peratus;
Syakur Adlan: 99 peratus;
Najmuddin: 92 peratus;
Haikal: 90 peratus;
Fikree: 63 peratus;
Faizuddin: 60 peratus.


Sasaran pertama, meningkatkan peratusan mereka dalam peperiksaan hampir berjaya. Semoga mereka mampu untuk mendapat Mumtaz dalam peperiksaan PSRA yang sebenarnya nanti, Ameen...!

Bergambar dengan markah Tajwid masing-masing. Time ni, Faizuddin belum dapat lagi kertasnya. Fikree pula sudah pulang lebih awal sebab naik van trip pertama.
Posing sat...
Kalau bergambar, semua ada gaya. Haish...
Sebelum penutup, boleh tengok satu video yang saya rakam ketika mereka membuat ulangkaji pelajaran.
Tinta mencoret: Semoga Mumtaz milik kalian semua.

BM 6/8C, Bandar Bukit Mahkota, Bangi SDE

2 comments:

  1. InsyaAllah..hasil usha kerjasama yg padu antara cikgu dan murid akn membuahkan hasil yg cemerlang...

    ReplyDelete
  2. Insyallah bila berjaya nanti mereka tak akan lupakan guru-guru yang membimbing mereka...

    ReplyDelete