Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

03 June 2014

Aiman Farhan


Hari ini saya nak bercerita tentang seorang bekas murid saya. Murid yang pernah bersekolah di sekolah yang saya ajar tetapi tidak pernah saya ajarnya secara formal di dalam kelas.

Banyak kata-katanya terdahulu yang memberi impak terhadap kehidupan seharian saya.

Siapakah insan yang saya maksudkan itu? Beliau diberi nama Muhammad Aiman Farhan bin Rahishan.

Suatu hari, pernah saya memarahinya yang mana saya pun tak ingat punca asal kenapa saya cukup marah terhadapnya. Namun, beliau berusaha sedaya upaya untuk berhadapan dengan saya untuk memohon maaf walaupun terdapat beberapa ayat tak puas hatinya terhadap tindakan saya di belakang.

Keputusan Ujian Prestasi Pertama ketika beliau darjah enam menunjukkan keputusan Rasib atau gagal. Mungkin kemarahan saya itu menjadi antara penyebab kegagalannya selain faktor-faktor lain.

Namun, beliau tekad berusaha untuk terus memperbaiki kesilapannya terhadap saya selaku guru selain cuba untuk berbuat baik.

Alhamdulillah, usaha beliau memperbaiki diri itu akhirnya menjadikan beliau berjaya dalam UPSR (5A) dan mencatatkan peningkatan yang ketara dalam PSRA (71.8% Jayyid).

Beliau kemudiannya mendapat tawaran ke Sekolah Tuanku Jaafar, kini di tingkatan satu di sana.
Bergambar ketika Majlis Sarapan Aidilfitri 2012.
Farhan dan Wan Aqif membantu mengecop al-Quran yang diwakafkan oleh masyarakat.
Bergambar selepas ceramah Ustaz Azhar Idrus sempena Sambutan Tahun Baru 2013.
Dari kiri: Aniq Zakwan, saya, Aiman Farhan, dan Aniq Akmal.
Bergambar selepas sesi belajar sebelum PSRA.

 Bergambar selepas pengumuman keputusan PSRA.
Makan di Restoran Ayam Penyet Seksyen 17 (kalau tak silap) Shah Alam.
Ayah si Farhan belanja.
Makan lagi. Juga ayah Farhan belanja. Gambar ni diambil pada 29 Mei 2014.
Terima kasih kerana banyak membantu saya dalam banyak perkara.

Tinta mencoret: Semoga berjaya dengan cemerlang pada masa mendatang. Amin.

Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP

1 comment: