Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

23 September 2013

PSRA '13

Selepas study.
Dari kiri: Imaduddin, Solah, Amirul Hafiz, saya, Hafizul Hadi, dan Aiman Farhan.
Tentu ada pembaca blog CTB ni yang tertanya-tanya, apa tu PSRA, kan? PSRA adalah singkatan kepada Penilaian Sekolah Rendah Agama, satu bentuk peperiksaan seperti UPSR dan UPKK, yang dijalankan di sekolah-sekolah rendah agama yang berdaftar di negeri Selangor. PSRA juga menjadi syarat untuk kemasukan ke Sekolah Agama Menengah Negeri Selangor, dan Maahad Tahfiz Integrasi Sains dan Teknologi negeri Selangor.

Selepas UPSR berlalu, saya banyak menghabiskan masa untuk bersama-sama beberapa orang murid tahun 6, juga calon PSRA, memerhatikan mereka mengulangkaji pelajaran. Mereka ada kesungguhan untuk belajar, takkan saya selaku guru tidak meluangkan sedikit masa buat mereka.

Hari ini bermulalah PSRA yang berlangsung selama lima hari sehingga Jumaat ini (27 September 2013).

Semoga mereka semua berjaya mendapat pangkat Mumtaz dalam PSRA kali ini, insya-Allah, amin...

Tinta mencoret: Semoga ilmu mereka diberkati...

SRA Dato' Abu Bakar Baginda, Sepang SDE
via Samsung GT-S7500

No comments:

Post a Comment