Saya, Solah, dan Naufal. Mereka ni antara murid tahun 6 yang suka buat saya tersenyum tatkala terguris dengan tindakan segelintir kawan-kawannya yang 'kurang beradab'. |
Tak mau wish apa-apa. Cuma saya selaku guru yang tidak terlibat mengajar apa-apa pelajaran untuk UPSR mendoakan yang terbaik buat anak murid, especially yang banyak membantu saya dalam setiap kerja yang saya berikan.
"Ye lah, sebab kau cikgu sekolah agama..."
Yang mana suka cari pasal dengan guru tu, pergilah 'berjuang' dalam keadaan yang tidak memperoleh keberkatan ilmu. Kadang-kala ada juga yang suka tunjuk pandai dalam menuntut ilmu, walhal mereka lupa bahawa keberkatan sesuatu ilmu itu bukanlah diukur berdasarkan keputusan peperiksaan semata-mata tetapi berdasarkan tingkah laku dan adab ketika menuntut ilmu.
Baca Quran banyak-banyak sebab Quran itu sebagai Nur, mencerahkan hati. Tapi bila disuruh baca Quran, ada yang melenting, dan paling malang sekali ada yang menganggap tindakan saya itu membuatkan mereka 'terseksa'. Haish. Susah betul budak zaman sekarang ni... Gambar ini sebagai hiasan sahaja. |
Pelajar Mumtaz tahun lepas, juga cemerlang dalam UPSR. Dari kiri: Huzaifah, saya, Farhan Sidqi, dan Salman. |
Tinta mencoret: Lepas UPSR, PSRA pula menanti. Jangan suka-suki sangat tau.
Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP
kebahagian seorg guru bila menyaksikan kejayaan anak2 didiknya....
ReplyDelete