Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

05 December 2012

Rombongan Ke Melaka '12

Rombongan ke Melaka.
Dari kiri: Huzaifah, saya, Farhan Sidqi, dan Salman.
Alhamdulillah, semalam (Selasa, 4 Disember 2012), seharian berada di Melaka, menyertai rombongan sekolah yang terdiri daripada beberapa orang pelajar Mumtaz dan Jayyid Jiddan yang memperoleh lebih 85 peratus dalam Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) yang lalu.

Jadi, pepagi buta saya dah bergerak dari rumah ke sekolah, takut sangkut dalam traffic jam.

Bas bertolak dari sekolah lebih kurang jam 9 pagi dan destinasi pertama adalah Menara Taming Sari.

Berikut adalah tempat-tempat yang dilawati sepanjang rombongan seharian ke Melaka:

  1. Menara Taming Sari
  2. Melaka River Cruise
  3. Muzium Kastam
  4. Muzium Samudera
  5. Muzium TLDM
  6. Surau Warisan (ni, saya dan murid lelaki je yang pergi, tujuan asal cari tempat solat)
  7. Zoo Melaka
Layan je lah gambar...

Berborak dengan Ustaz Hanif sebelum bertolak.
Seronok ye dapat berjalan.
Bergambar dengan Ustazah Nora.
Sebelum naik River Cruise.
Berlatarkan Sungai Melaka.
Sungai Melaka.
Mengambil gambar. Kenapa saya yang mengambil gambar tiada dalam gambar ini?
Cuba sebut nama jambatan ini secara laju.
Di Muzium Kastam.
"Hoi, tak puas hati dengan aku ker...?"
Salman, Farhan, dan Huzaifah di dalam Muzium Samudera.
Pergh. Dapat pegang batu Meteor.
Apa motif bergambar dengan patung angkasawan nih?
Di Muzium TLDM.
Huzaifah, selaku jurukamera menjerit, "Ustaz, kecik sangatlah gambarnya."
Saya menjerit kembali, "Ha... Zoom sikit..."
"Apa la Ustaz ni tak bagi zoom. Kalau zoom kan nampak lubang hidung," kata Huzaifah.
Ayat ini adalah rekaan semata-mata. Tiada kena-mengena dengan Huzaifah tau.

Di hadapan Surau Warisan.
Surau kat food court tempat kami makan kecil sangat, tu yang cari surau lain.
Jalan Merdeka.
"Eh, aku reti baca la. Tak payah buat caption," ujar pembaca yang marah.
Laparnya mereka.
Farhan Sidqi sedang mengukur baju di badan sendiri.
Cantik baju Cap Ayam nih...
Bergambar di Zoo Melaka.
"Eh, beruang..."
Siapalah murid yang bertuah itu...? Ini beruang ke?
Baju jingga ni Farhan Sidqi namanya. Tokoh pelajar tahun ini.
Yang baju hitam tu, manusia yang paling kacak. Sediakan plastik sebelum muntah.
Flamingo. Cantik.
Farhan dan Huzaifah. Huzaifah seboleh-boleh cuba lari dari diambil gambarnya.
Rehat sekejap. Baru lepas makan aiskrim.
Huzaifah ni, saje je lari dari bergambar.
Pelik sungguh nama haiwan ini.
Selepas keluar dari Zoo Melaka.
Dari kiri, Ustaz Azhari, Encik Kahar, Ustaz Amri, dan saya yang kacak.
Farhan dan Huzaifah ber'shopping' sebelum balik.

Bergambar dengan bas yang best.

۞   ۞   ۞   KENANGAN   ۞   ۞   ۞

Terasa macam baru semalam saya mendenda Farhan Sidqi, menyuruhnya menanggalkan samping pengawasnya kerana lewat masuk ke dalam surau untuk solat Asar berjemaah, bukan sekadar lewat, siap boleh main kejar-kejar lagi. Mati-mati Farhan enggan, mempertahankan jawatan pengawasnya. Namun akhirnya beliau menurut arahan dengan menanggalkan sampingnya sambil bergelinangan air mata. Uish... Saya pula tak sampai hati pula rasanya... Peristiwa yang berlaku awal tahun 2011 ini masih segar dalam ingatan saya. Beliau menjadi lebih berdisiplin selepas peristiwa tersebut dan akhirnya dipilih sebagai Tokoh Pelajar Lelaki SRABSP 2012. Tahniah.

Salman pula dengan gelagatnya, seorang yang bersederhana. Setiap tutur katanya penuh dengan budi bahasa. Sanggup menolak jawatan pengawas semata-mata takutkan amanah yang bakal dipikul. Salman merupakan anak kepada Ustazah Wan Ramizah, pensyarah saya suatu ketika dahulu. Sememangnya akhlaknya dididik dengan didikan umminya yang teliti dengan akhlak Islamiyyah. Berkat ketekunannya dalam mendalami ilmu agama membuahkan hasil apabila mendapat pangkat Mumtaz dalam PSRA baru-baru ini. Tahniah.

Saya rapat dengan Huzaifah selepas Ujian Kemahiran Amal Islami (KAMIL) peringkat daerah Sepang yang mana Ustaz Misnan mengarahkan saya menjadi guru pembimbing peserta acara Khat tahap 2 yang mana Huzaifah adalah peserta lelaki mewakili sekolah. Huzaifah rajin membantu saya dalam sebarang kerja saya. Kadang-kadang saya tak minta tolong pun, dia menawarkan tenaga untuk membantu. Keputusan PSRAnya kurang tidak sampai satu peratus daripada markah Mumtaz, manakala keputusan UPSRA pula mencatatkan A dalam kesemua matapelajaran yang diambil. Tahniah.

Ketiga-tiga murid ini akhirnya akan melangkah keluar daripada SRA Bandar Seri Putra.

Ketiga-tiga murid ini pastinya menjadi antara murid yang saya rindui kerana peribadinya.

Mungkin inilah kali terakhir saya bertemu dengan mereka sebagai seorang murid sekolah saya. Masing-masing akan melangkahkan kaki sebagai pelajar sekolah menengah di sekolah pilihan masing-masing. Huzaifah Hammad Syafiq berkemungkinan akan memohon ke MRSM manakala Salman dan Farhan Sidqi sudah menerima tawaran ke SAM Sungai Merab Luar.

Harapan saya agar mereka akan terus belajar dan menggali sebanyak ilmu.

Mudah-mudahan mereka akan lebih cemerlang pada masa akan datang.

Tinta mencoret: Pejam celik, tau-tau mereka sudah tamat sekolah rendah.

Air Mawang, Johol, NSDK

2 comments:

  1. Den ni hah...lahir je melaka...semua tempat2 ni den tak pernah poei kecuali zoo...ahakz

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... biasanya kita memang tak pergi melancong tempat asal kita...

      Delete