Lagi beberapa jam, tirai 2012 akan dilabuhkan, dan jendela 2013 akan dibuka. Sebelum itu, saya mengucapkan selamat tahun baru 2013, semoga kehidupan kita akan lebih cemerlang diiringi dengan rahmat serta diredhai oleh Allah Subhanahu Wa Ta`ala.
Ini merupakan entry terakhir saya pada tahun ini, dan saya akan berehat sehinggalah tahun hadapan. Wah, macam lama je rasanya, padahal lagi beberapa jam je nak masuk tahun depan.
۞ ۞ ۞ KERJAYA ۞ ۞ ۞
Alhamdulillah. Saya masih lagi berkhidmat di SRA Bandar Seri Putra, sebuah sekolah yang berada di komuniti Putra Mahkota. Semakin lama saya berkhidmat di sini, semakin seronok rasanya. Entah apa yang seronok pun saya pun tak tau.
Kelas 4 Ibnu Bathutah pada hari terakhir (Jumaat, 29 Jun 2012) sebelum pemecahan kelas. Faris Firdaus terbabas ke depan. |
Tahun ini, saya dipertanggungjawabkan untuk menyelia kelas 4 Ibnu Bathutah, kelas ke empat daripada enam buah kelas.
Bergambar dengan piala. |
Awal tahun, saya bersama Tuan Guru Besar dan Ustaz Wan Is menyertai kontinjen Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Sepang dalam Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Selangor di Stadium Melawati Shah Alam. Alhamdulillah, kontinjen PAID Sepang mendapat tempat ketiga dalam kategori Perbarisan Terbaik Jabatan Kerajaan.
Kontinjen PAID Sepang. |
Minggu Memperingati Junjungan Besar Rasulullah Sallallahu 'Alayhi Wasallam menyusul selepas itu. Ia adalah idea saya yang mahukan satu kelainan di sekolah ini dengan mewujudkan pasukan seperti rumah sukan yang dikenali dengan nama "Firqah". Dalam program ini, saya bertanggungjawab membantu Ustaz Zulraime menguruskan perjalanan program yang sedikit berbeza berbanding dengan kaedah yang biasanya digunakan di sekolah ini. Dalam masa yang sama juga, Firqah yang diwujudkan digunapakai dalam Ujian Kemahiran Amal Islami (KAMIL) Peringkat Sekolah, mengasah bakat mencari peserta yang berbakat untuk mewakili sekolah dalam KAMIL Peringkat Daerah Sepang yang dijadualkan pada Awal Mei 2012.
Mesyuarat Agung PIBG dan pemilihan berlangsung pada awal Mac 2012. Saya bertanggungjawab menyediakan montaj bagi mesyuarat tersebut.
Disusuli kemudian, Kem Kepimpinan Pelajar Islam (KPI) SRABSP 2012 yang mana saya bertanggungjawab mengarah program ini. Program ini mendapat kerjasama daripada Majlis Pimpinan Pelajar SAM Bandar Baru Salak Tinggi. Terima kasih Cikgu Ariffin selaku Pengetua, Ustazah Ummi, Asif Zahari, dan semua yang terlibat menjayakannya.
Mengiringi wakil acara Khat ke KAMIL Sepang. |
3 Mei, saya selaku guru pembimbing bagi acara Khat menghantar peserta ke KAMIL Daerah Sepang yang dijalankan lebih awal dalam masa yang sama menghadiri taklimat jawatankuasa KAMIL Daerah di SRA Dato' Abu Bakar Baginda. Kemuncak KAMIL Daerah Sepang berlangsung pada 5 Mei 2012.
KAMIL Peringkat Negeri Selangor pula diadakan pada 30 Jun 2012 di SRA Banting. Peserta sekolah yang mewakili Sepang berjaya mendapat Naib Johan bagi acara Azan dan Iqamah.
Selang dua hari daripada KAMIL Daerah Sepang, sekolah menerima kunjungan daripada Badan Pendidikan Islam (BPI), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Hari Guru Peringkat sekolah, saya dianugerahkan sebagai Guru Paling Popular hasil undian murid-murid sesi petang. Sebanyak 403 undian dalam 4 kategori mengundi saya mengalahkan guru-guru lain dalam hampir kesemua kategori. Saya sendiri tak sangka.
Melihat kepada prestasi keseluruhan murid tahun 4 yang merundum, satu cadangan dilontarkan agar sebuah kelas pemulihan dibuka bagi memberikan penekanan kepada murid-murid yang lemah. Cadangan tersebut dilaksanakan pada awal Julai, menyaksikan pemecahan kelas tahun 4 daripada 6 kelas kepada 7 kelas.
Lepas Ramadan, Syawal. Sebanyak 3 kali jamuan Aidilfitri diadakan di sekolah. Yang pertama, jamuan antara kelas. Kedua, jamuan anjuran Badan Kebajikan Guru SRABSP, dan yang terakhir, Sarapan Aidilfitri PIBG. Saya bertanggungjawab menyediakan beberapa video dan cerita pendek bagi menghiasi majlis hari raya ini. Maaf, jalan ceritanya tak berapa best.
Habis raya, PSRA pula menjelma, diikuti dengan Kem Anak Soleh 3.0 sebanyak dua siri sebelum Peperiksaan Akhir Tahun. Selepas itu, acara kemuncak bagi tahun ini, iaitu Karnival Amal SRABSP 2012.
Dan yang terakhir, rombongan ke Melaka.
Bergambar di Zoo Melaka. Dari kiri: Huzaifah Hammad Syafiq, saya, Farhan Sidqi, dan Salman. |
۞ ۞ ۞ MAKAN ANGIN ۞ ۞ ۞
Makan angin? Tak adalah sangat. Paling jauh pun ke Kuantan, itupun atas tajaan keluarga Rahman.
Itu jalan-jalan dengan Nasrul, Rahman, Luqman, dan Firdaus. Bulan Disember, saya bawa Aiman Farhan dan Wan Aqif pula. Sambil menolong saya menyiapkan beberapa kerja di sekolah, sambil berjalan-jalan keliling Lembah Kelang. Seronok walaupun hanya ke Putrajaya.
Sekejap je 'cecair kimia' sudah sebati.
Dengan keluarga, pula ke Perak pada Hari Raya Aidilfitri Pertama. Cuma tak terlintas untuk bergambar di sana.
Tak laratlah nak taip lagi. Baru cerita pasal sekolah dan anak murid. Belum masuk bab lain lagi.
Lain-lain perkara, selak sendirilah kat blog CTB ni bawah label Diari ye.
Tinta mencoret: Selamat tahun baru 2013.
SRA Bandar Seri Putra, Bangi SDE
Assalamualaikum Syahmi
ReplyDeleteTahniah..guru paling popular
moga 2013 lebih menceriakan lagi
Wa alaikumussalam.
DeleteInsya-Allah, diharapkan agar 2013 akan lebih ceria.
Selamat Tahun Baru Syahmi..semoga kita mampu mendidik anak2 bangsa dengan lebih cemerlang lagi...InsyaAllah....
ReplyDeleteSelamat tahun baru juga. Mudah-mudahan anak bangsa kita akan lebih cemerlang.
DeleteSalam Syahmi..
ReplyDeleteSelamat tahun baru. Terima kasih singgah blog ummi. Moga tahun baru yang ceria dan penuh keberkatan buat Syahmi.
Wassalam.
DeleteSelamat tahun baru juga. Mudah-mudahan kita semua mendapat keberkatan sepanjang hidup kita.
Amin.
Selamat Tahun Baru...moga terus mendapat tempat di hati murid2...
ReplyDeleteSelamat tahun baru juga.
DeleteInsya-Allah, mudah-mudahan.