Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

20 November 2012

Selesainya Karnival Amal SRABSP 2012

Maaf kerana saya tidak punya masa untuk mengemaskini blog CTB ini kerana terlalu sibuk menguruskan tugasan di tempat kerja yang bertimbun, terutamanya bagi menghadapi Peperiksaan Akhir Tahun 2012 dan Karnival Amal sekolah yang berjalan dengan jayanya.

Oleh itu, sebelum saya kembali aktif menulis, saya ingin berkongsi gambar-gambar berkaitan Karnival Amal yang berlangsung tempoh hari.

Semua gambar yang mempunyai logo sekolah adalah hak milik SRA Bandar Seri Putra.

Bergambar semasa karnival. Saya berbaju kuning, Taufiq (baju hitam), Haris Syahmi (berbaju putih, berkolar), Syahir (kanan sekali, adik kepada Haris Syahmi), dan Akmal (berbaju merah). Yang lain tu kurang kenal.

Haris Syahmi sedang mengamalkan sunnah Nabi.
Eh, memanah ni sunnah tau.
Menerbangkan 'pesawat'.
Forum ilmiah bersama Ustaz Zamri Zainuddin.
Majlis Khatam al-Quran.
Anugerah untuk pelajar cemerlang.
Aiman Haziq menerima hadiah.
Tuan Guru Besar, Ustaz Khairul Amri (berbaju merah), Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Islam JAIS, Cikgu Amir (tengah), dan Yang Dipertua PIBG, Encik Iqbal bersama-sama maskot dari Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor bergambar bersama sambil melambai ke arah audien.
Bermain catur bersama Hakimin sambil menjaga bilik permainan.
Anugerah Tokoh Pelajar.
Kenal tak yang tudung biru tu...?
Konsert Hijjaz pada malam terakhir.
Wah, Farhan dapat menyanyi dengan Kumpulan Hijjazlah.

Ada lagi gambar, tapi tak dapatlah nak muatkan kesemua gambarnya di sini.

Kalau nak tengok, boleh terus direct ke blog sekolah.

Tinta mencoret: Moga-moga boleh kembali aktif berblogging selepas ini.

SRA Bandar Seri Putra, Bangi

8 comments: