Palestine, you're not alone. |
Hari ini sudah masuk 7 hari Israel membedil bumi Gaza. Seperti mana-mana peperangan masa kini, pastinya akan ada yang menyokong, walaupun pada hakikat yang sebenarnya lebih ramai yang menentang.
Dan pastinya, pemimpin Barat akan menyokong apa sahaja yang Israel putuskan. Pelbagai alasan akan dihamburkan dari mulut mereka bagi membenarkan setiap tindak tanduk durjana Israel.
Dan setiap kali isu yang berkaitan dengan penindasan di tanah suci Baitul Maqdis, juga kawasan sekitarnya seperti Gaza, pastinya satu perkara yang tidak akan terlepas daripada perbincangan masyarakat; boikot.
Bila isu boikot ini diperjuangkan, maka antara produk yang saya seringkali guna pasti tersenarai; Mc Donald's.
Saya akui, saya antara penggemar tegar produk Mc Donald's. Dan sebelum ini, saya pernah memboikot restoran makanan segera itu lebih kurang setahun gara-gara serangan Israel ke atas Lubnan.
Boikot antara tindakan yang boleh diambil bagi berhadapan dengan Israel selain bantahan dan kecaman.
Wah, sedapnya makan... |
Lihat, betapa takutnya rangkaian restoran makanan segera itu sampai terpaksa mengeluarkan notis menafikan pihaknya mempunyai kaitan dengan negara Zionis itu.
Siapa yang belajar konsep perniagaan francais, dia akan memahaminya. Yang malas belajar time subject Perdagangan masa sekolah menengah dahulu, atau tak ambil, maka eloklah dipelajari terlebih dahulu.
Demi untuk kepentingan penduduk Gaza juga umat Islam keseluruhannya, saya memboikot juga produk tersebut walaupun hati terasa berat.
Ketika ada pihak yang memperkecilkan usaha boikot ini dilakukan, satu kisah yang berlaku pada zaman Nabi Ibrahim ditimbulkan semula bagi berhadapan dengan golongan yang memandang sinis pihak yang mahu memboikot.
Kisah ini sebenarnya ada banyak versi. Saya tidak dapat pastikan yang mana benar dan sebaliknya. Tetapi kita ambillah iktibar daripada kisah tersebut.
* * * MENYELAMATKAN NABI IBRAHIM AS * * *
Seperti kebanyakkan rasul, Nabi Ibrahim Alayhis-Salam juga berhadapan dengan tentangan daripada kaumnya ketika berdakwah dan menyampaikan risalah Tauhid. Tentangan yang diterima baginda bukanlah tentangan yang cikai-cikai, tetapi sehebat-hebat tentangan. Oleh sebab itu, baginda tergolong dalam salah seorang daripada rasul yang bergelar 'Ulul Azmi (أولوا العزمي).
Raja Namrud yang memerintah ketika itu juga turut menentang.
Pemerintah yang zalim pastinya akan menggunakan KEKERASAN bagi berhadapan dengan pencabar dan penentang mereka. Nabi Ibrahim alayhis-salam yang giat menyebarkan risalah Tauhid dilihat sebagai seorang yang boleh menggugat kekuasaannya. Setelah beberapa pertemuan dan perdebatan antara Raja Namrud dan Nabi Ibrahim 'Alayhis-Salam berakhir dengan kekalahan Raja Namrud akibat begitu tidak berjaya mematahkan hujah Nabi Ibrahim, Raja Namrud menggunakan kekuasaannya untuk menghapuskan Nabi Ibrahim dengan memerintahkan rakyatnya menyalakan api untuk membakar Nabi Ibrahim 'Alayhis-Salam.
Dipendekkan cerita, sebuah unggun api yang marak sudah dihidupkan, maka Nabi Ibrahim 'Alayhis-Salam dicampakkan ke dalamnya.
Seluruh makhluk yang menyaksikan peristiwa itu bersedih kerana seorang nabi dan rasul diperlakukan dengan begitu zalim.
Ketika masing-masing bersedih dan menangis, terdapat seekor burung kecil (ada yang kata burung pipit, ada yang kata burung layang-layang) berikhtiar untuk memadamkan api yang begitu marak menyala dengan cara mengambil air menggunakan paruhnya yang kecil dan menyiramnya.
Melihat burung kecil tersebut giat mencurahkan beberapa titis air ke atas api yang membakar Nabi Ibrahim 'Alayhis-Salam, burung kecil tersebut ditanya (ada yang kata ditanya oleh burung yang lebih besar, ada juga yang kata ditanya oleh Malaikat Jibril 'Alayhis-Salam) akan tindakannya yang dilihat tidak akan membuahkan hasil.
"Kaubuat apa tu?"
"Aku cuba nak padamkan api tu."
"Kau ni burung kecil, api tu besar.
Dengan paruh kau tu, berapa titik air je yang kau boleh bawa."
Dengan paruh kau tu, berapa titik air je yang kau boleh bawa."
"Kira okey la aku cuba. Sekurang-kurangnya bila berhadapan dengan Allah nanti, aku ada jawapan sekiranya ditanya apa yang aku sudah lakukan untuk Nabi-Nya, untuk agama-Nya. Allah tak tanya aku berjaya padamkan ataupun tak, tapi yang Allah tanya apa yang aku dah buat."
(Dialog ini digubah)
Tindakan burung kecil tersebut sememangnya tidak mampu memadamkan api yang menyala. Ada yang meriwayatkan, api tersebut sebesar bukit.
Seekor burung kecil, yang tidak ditaklifkan dengan amanah, pahala, dan dosa cuba untuk lakukan sesuatu demi menjaga agama Allah. Kita sebagai manusia...?
Usaha memboikot produk yang boleh memberikan kelebihan kepada pihak Zionis dalam berhadapan dengan umat Islam sememangnya satu usaha yang kecil dibandingkan dengan tindakan pihak Hamas bertahan dan menyerang balas yang pastinya lebih sukar dan lebih besar.
Selain doa, boikot juga antara langkah yang boleh diambil oleh kita. Tidak kiralah sama ada boikot itu secara berterusan ataupun hangat-hangat tahi ayam. Itu lebih bagus daripada sibuk memperkecil-kecilkan usaha orang lain.
Yang memboikot, teruskan memboikot. Yang tak mahu, teruskan berdiam diri. Jangan memperlekehkan usaha orang lain.
Non-Muslims pun boikot. Kita bila lagi...? |
Tinta mencoret: Isn't about the result, it's about the action.
SRA Bandar Seri Putra, Bangi, SDE
Bacaan tambahan:
Alhamdulillah pagi ni akak dngar berita ada prkembangan +ve.....teruslah kita berdoa agar mereka terus dilindungi...Tak sanggup melihat penderitaan anak2 kecil...naluri keibuan tersentap dan bagai disiat2.....
ReplyDeleteAlhamdulillah, gencatan senjata sudah diumumkan.
Deletenice info.
ReplyDeleteterima kasih kerana sudi baca...
Delete