Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

21 November 2012

Akhlak Jari Hantu

Islam sememangnya menitik beratkan soal akhlak kerana ia akan mencorakkan tingkah laku dan kehidupan seseorang. Apabila akhlak yang baik sudah meresap ke dalam diri, ia pastinya akan menjadikan setiap tindak tanduk seseorang itu menjurus ke arah kebaikan.

Dan pastinya, seseorang yang baik akhlaknya memiliki keimanan yang lebih sempurna.

Oleh sebab itu, Rasulullah Sallallahu 'Alayhi Wasallam diutuskan untuk menyempurnakan akhlak manusia.

Dengan memiliki akhlak yang terpuji, masyarakat Arab lebih mudah menerima dakwah Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam selain daripada melihat ajaran Islam yang dibawa baginda.

Dan para sahabat Radhiallahu 'Anhum turut memiliki akhlak yang baik, meneruskan legasi Baginda menyebarkan dakwah. Dengan berbekalkan akhlak yang baik, selain daripada hujah dan ketenteraan, Islam berkembang dengan pesat ke seluruh pelusuk dunia.

Juga, antara sebab kejatuhan Kerajaan Islam Uthmaniyyah adalah kerana akhlak.

Kerana tidak memiliki akhlak yang baik, jenayah turut meningkat, menjadikan masyarakat hidup dalam keadaan tidak selamat.

Ingat, orang yang kuat beribadat, namun tidak menjaga akhlaknya seperti berkelakuan tidak senonoh, saling bermasam muka, suka bermusuhan, maka akhlak yang buruk tersebut akan merosakkan amal ibadatnya.

Akhlak yang mulia mencairkan kesalahan sebagaimana air mencairkan air batu. Akhlak yang buruk akan merosakkan amalan sebagaimana cuka merosakkan madu.
HR al-Baihaqi

*  *  *  *  *

Tapi malangnya, remaja zaman kini tidak lagi menekankan aspek akhlak dalam kehidupan seharian. Bukan itu sahaja, bahkan mereka berbangga dengan tindakan sedemikian.

"Kau cakap memanglah senang.
Diorang tu baik, kau je yang tuduh yang bukan-bukan."

Biar gambar sahaja yang berbicara.

Apa ye kesalahan yang terdapat dalam gambar di atas?
Gambar ini saya rembat dalam salah satu daripada akaun Facebook kenalan saya. Dengan selambe badaknya tanpa rasa segan, mereka menunjukkan isyarat yang kurang enak. Nasib baik yang buat isyarat tu saya tak kenal. Kalau kenal, memang......

Sekolah mana ni, saya rahsiakan.

Permohonan maaf sudah dibuat.
Alhamdulillah, sekurang-kurangnya
mereka sedar tindakan mereka itu
tidak sesuai untuk dilakukan.
Gambar ini sebagai pengajaran. Oleh sebab permohonan maaf sudah dibuat oleh si pelaku, saya kira tidak patutlah identiti mereka disebarkan kepada umum. Berpuluh lagi gambar yang kurang enak ada dalam kenalan Facebook, tanpa segan silu mereka menayangkan tindakan mereka yang tidak beradab itu.

Itu tindakan di belakang, tidak diketahui oleh ibu, bapa, keluarga, guru, yang hanya berlegar-legar di sekeliling mereka selaku murid. Yang berlaku secara terang-terangan seperti derhaka kepada ibu, bapa, melawan guru? Huh, tok sah cakaplah. Boleh baca semula entry bertajuk Denda dan Denda Part 2 yang pernah saya buat sebelum ini.

Sudahlah melawan, bila kita tegur secara sarkastik pun melenting. Bukan saya sebut pun siapa yang saya maksudkan. Seperti yang saya suka sebut kepada sesiapa yang mudah terasa dengan teguran saya:

"Siapa yang gigit cabai, dialah yang terasa pedasnya."

Teguran yang saya berikan disalah erti oleh sesetengah pihak.
Saya tegur secara umum. Bukan ditujukan khusus buat mana-mana individu semata-mata. Tapi, dek kerana dia terasa, saya pula yang kena.

Lantaklah. Yang nak masuk neraka bukan aku. Aku nak masuk syurga. Aku hanya laksanakan arahan Allah Subhanahu Wa Ta'ala dalam surah al-'Asr yang kerap kita baca, yang menyuruh kita saling berpesan memperingati antara satu dengan yang lain.

Mudah-mudahan Allah memuliakan kita; yang memesan dan yang dipesan, dengan dihiasi akhlak yang baik yang akan menghasilkan keimanan yang lebih sempurna.

Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala:
Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian! kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran

والله تعالى أعلى أعلم

Tinta berdakwat: Ibu, bapa, guru, kawan, masyarakat, semua kena mainkan peranan memperbaiki akhlak remaja sekarang.

Hulu Kelang, Kuala Lumpur, WP

Bacaan tambahan:
Ustaz Nor Amin: Kepentingan Akhlak Dalam Islam

6 comments: