Tak terfikir langsung akan dipanggil untuk ditemuduga. Sebabnya, permohonan untuk jawatan tersebut dibuat pada tahun lepas, sudah satu tahun berlalu.
Dan semestinya, saya sudah cukup 'empuk' di SRA Bandar Seri Putra. Sayang rasanya mahu melepaskan tugas mengajar walaupun peluang untuk memperbaiki taraf kehidupan melalui jabatan kerajaan diberikan.
Alhamdulillah, setiap soalan yang diajukan dapat dijawab dengan penuh keyakinan
"Kenapa huruf Nun dan Mim dalam Hukum Idgham Ma'al Ghunnah bersabdu manakala Ya dan Wau tak ada sabdu?"
Kaku sat. Memang saya tidak pernah terfikir kenapa ulama terdahulu tidak meletakkan sabdu pada huruf Ya dan Wau manakala Nun dan Mim bersabdu. Sedangkan keempat-empat huruf tersebut berada dalam hukum yang sama, Idgham Ma'al Ghunnah dibaca dengan bacaan yang sama iaitu Idgham dan dengung.
Kalau ada sesiapa dapat menjawab soalan ini, bolehlah dipanjang-panjangkan kepada saya. Sesungguhnya saya seorang hamba Allah yang begitu jahil.
"Dah tahu jahil,
kenapa nak mohon jadi pegawai agama?"
kenapa nak mohon jadi pegawai agama?"
Huh. Kenapa nak jadi pegawai agama? Bukankah hidup kita lebih terkawal sekiranya berada dalam kerangka Islam? Gerak-geri akan sentiasa diperhatikan kawan dan lawan.
Kawan pastinya menjadikan setiap tindakan kita sebagai role model dan contoh ikutan baginya. Lawan pula tercari-cari, kalau tersilap langkah, pastinya kita akan dipersalahkan bagai tiada kemaafan. Lebih parah lagi, Islam turut dikaitkan atas kekhilafan kita.
Ibadat fardhu pastinya dijaga. Ibadat sunat pula digagahkan juga. Terasa malu di hadapan Allah kalau tidak mampu menjaga kedua-duanya. Terasa bersalah kalau ada pihak menuding jari ke arah saya sekiranya sedikit tersilap, terutamanya pada amalan yang fardhu dan perkara yang menjadi awlawiyyat.
Berbalik kepada temuduga tadi. Selain daripada soalan berkaitan sabdu dalam Hukum Idgham Ma'al Ghunnah, saya mampu menjawab dengan baik. Betul atau salah, itu lain cerita.
Kalau dapat, Alhamdulillah. Kalau ditolak sekalipun, saya masih lagi bersyukur sebab tidak terbeban untuk memilih sama ada mahu meneruskan kerjaya sebagai seorang pendidik ataupun menyertai SPA sebagai warga JAKIM.
Itu tidak termasuk satu lagi tawaran pekerjaan yang saya terima, minggu lepas.
Ya Allah, kau letakkan aku atas satu kedudukan yang mana dengannya, aku mampu membantu agama-Mu, sama ada dengan kudratku yang sedikit atau dengan harta pinjaman-Mu.
The Three Syahmi's Hehehe... Rindulah kalau saya terpaksa meninggalkan mereka semua. |
Tinta mencoret: Paling kurang gemar kalau terpaksa memilih hanya satu daripada pilihan yang terbentang.
SRA Bandar Seri Putra, Bangi SDE
Assalamualaikum MS
ReplyDeletesaya doakan moga temuduga itu berjaya
Insyaallah...Solat Istikharah boleh meyelesaikan
Wa alaikumussalam
DeleteAmin. mudah2an. istikharah itu mesti...
InsyaAllah, akak doakan moga berjaya.
ReplyDeleteTerkadang kita terpaksa membuat pilihan demi mmasa depan.
Biarpun berat dihati tapi InsyaAllah, suatu hari nanti kita akan dapat terima keadaan itu.....
Amin.
DeleteBila dah biasa pada kedudukan sekarang, bila dah berubah angin, nak menyesuaikan diri tu rasa macam terseksa...
dapat tak spa tu..sy dapat tawaran tersebut..
ReplyDeletetak ada rezeki untuk tawaran tersebut.
Deletesenang tk soalan dia?
Deletesalam saudara...bl sy terbaca coretan saudara bkenaan tmuduga jwtn pembantu hal ehwal islam ni, sy amat berbesar ati la skrnya blh bg cnth2 soklan yg akn ditanya sbb sy akn mlaluinya mnggu dpn..huhu..hrp saudara sudi berkongsi n mmbntu sdkt sbyk..terima ksh byk2...assalamualaikum.. :)
ReplyDeletesalam saudara...bl sy terbaca coretan saudara bkenaan tmuduga jwtn pembantu hal ehwal islam ni, sy amat berbesar ati la skrnya blh bg cnth2 soklan yg akn ditanya sbb sy akn mlaluinya mnggu dpn..huhu..hrp saudara sudi berkongsi n mmbntu sdkt sbyk..terima ksh byk2...assalamualaikum.. :)
ReplyDeleteWassalam.
DeleteSaya tak berapa ingat soalan yang diberikan sebab ada banyak soalan.
Penemu duga ada bertanya berkaitan dengan isu-isu semasa, dan pandangan kita dalam isu tersebut dan cara menyelesaikannya.
Pastu, ada sedikit syafawi baca al-Quran, dan soalan berkaitan dengan tajwid.
Tak pastilah kalau lain orang, lain soalannya...
Wallahu a'lam
oo, ok...trm ksh byk2..sdkt sbyk mmbntu..
DeleteOk sama2.
Deletesalam, Afnis, bole kongsikan pengalaman awk utk temuduga tersebut :)
Deletesaya baru je habis temuduga jumaat baru2 ni..alhamdulillah semua soalan dapat jawab dengan baik..
ReplyDeleteSemoga mendapat hasil yang baik. Amin.
Deletesalam boleh x ana nak tahu apa soalan2 yg ditanya? ana baru dapat temuduga tu..u
DeleteSebelum ini ada juga pergi temuduga utk jwtn pmbantu hal ehwal Islam dan pen.peg.hal ehwal Islam..seingat sy,mmg sama step2 sprti yg saudara katakan tu..sy intrview tahun 2008, mmg ada tanya pasal tajwid,mengaji,and hukum brkenaan situasi yg diberi.
ReplyDeleteAlhamdulillah, semoga mereka yang dilantik itu benar-benar bersedia memikul tanggungjawab.
DeleteSoalan itu hanya sebagai saringan untuk memilih hanya calon yang benar-benar layak sahaja yang menjawat jawatan tersebut.
salam ana akan ke temuduga jawatan ni...boleh x bagi tips untuk jawab..n apa ya soalan2 yg di tanya? syukran kathir
ReplyDeleteAssalamualaikum, sedara.. saya kurang arif untuk jelaskan lebih terperinci, saya google untuk persediaan temuduga jawatan pegawai hal ehwal islam, namun saya jumpa blog sedara dan menarik kudrat saya untuk berkongsi pendapat saya berkaitan soalan tajwid nun dan mim bersabdu, tapi wau dan ya tidak bersabdu..
ReplyDeletesefahaman saya, mim dan nun bersabdu kerana ia idgham kamil, bermaksud huruf nun saktah atau tanwin sebelumnya masuk dengan sempurna dlm huruf mim atau nun itu.. berbeza dengan wau dan ya kerana ia idgham naqis, tidak masuk dengan sempurna.. kalau ada salah silap mohon dibetulkan la ya
wallahua'lam.. :)