Hari ni, merupakan salah satu daripada hari yang saya diarahkan untuk bertugas.
Cuti, cuti juga. Kerja jalan macam biasa.
Hari ini, saya menyempurnakan sebahagian fail murid yang masih belum lengkap.
Antara fail yang saya selenggara. Liquid paper tu kepunyaan Ustazah Hayati, Penyelia Pagi. |
Tidak mahu menyalahkan guru-guru sebelum ini atas kelompongan maklumat tersebut. Saya mengisi kelompongan tersebut dengan penuh dedikasi sambil berborak dengan guru-guru lain dengan memakan keropok. Hehehe...
Sebelum saya menyimpan fail-fail peribadi murid ke dalam rak, saya memerhatikan satu persatu maklumat peribadi murid, terutamanya pada salinan sijil kelahiran mereka. Maklumat umur ibu bapa yang tercatat pada sijil tersebut antara yang saya perhatikan.
Antara mereka, ada yang lahir ketika umur ibu atau bapa mereka dalam lingkungan 25 hingga 30 tahun.
Kini mereka sudah berumur 10 tahun. Sekiranya ibu atau ayah mereka berumur 25 tahun ketika dilahirkan, sudah tentu ibu atau ayah mereka sudah mencecah 35 tahun.
Saya pula baru 24 tahun. Entah bila akan kahwin. Sudah tentu tidak memiliki anak dalam masa setahun dari sekarang.
Seorang demi seorang kawan-kawan saya sudah memutuskan untuk menamatkan zaman bujangnya bersama pasangan pilihan masing-masing.
Saya masih terkebil-kebil bila masing-masing membuka bicara berkaitan anak, tadi.
Dengar je la... Nak nyampuk lebih-lebih pun tak boleh.
Kalau dulu, saya masih boleh buat tak faham kalau ada yang bertanya berkaitan perkara ini. Namun kini, terasa cemburu bila masing-masing sudah menimang cahaya mata, atau sudah mula berbadan dua.
Saya tidak menanti isteri yang sempurna segala-galanya. Apa yang penting, bakal isteri saya bukan seorang yang queen control, juga bukan seorang yang kuat cemburu. Dan tidak dilupakan, sifat BERSANGKA BAIK perlu ada dalam dirinya.
"Kenapa dengan bersangka baik?"
Banyak drama mahupun filem tempatan yang memaparkan kisah pergaduhan dalam rumah tangga yang berakhirkan penceraian gara-gara salah seorang atau kedua-dua, suami dan isteri bersangka buruk dengan pasangan masing-masing.
Kenapa tidak dihilangkan segala prasangka buruk tersebut dan kemudian duduk berbincang empat mata untuk menyelesaikan masalah?
Kalau tidak mampu, kenapa tidak dijadikan keluarga dan keluarga pasangan sebagai orang tengah bagi menyelesaikan sebarang persengketaan?
Namun, persengketaan pasti sukar untuk dileraikan jika salah seorangnya tidak mempercayai pasangannya sendiri, berprasangka buruk, yang akhirnya menerbitkan bibit-bibit kebencian kepada pasangannya.
Yang suka sangat sangka buruk ni, si isteri. Si suami pun ada, bukan kata isteri je.
۞ ۞ ۞ GADUH-GADUH ۞ ۞ ۞
Sedangkan lidah pastikan tergigit. Itu memang asam garam dalam kehidupan. Tapi kalau tidak boleh bersemuka untuk menyelesaikan masalah yang ada, apa guna?
Kalau belum kahwin, sudah tarik muka, lepas kahwin...? Sebab tu saya suka sangat 'hasut' mereka yang dengan bergaduh dengan kekasih (yang belum bernikah) agar clash je time mereka bergaduh. Belum duduk sebumbung sudah boleh buat perangai macam tu, kalau lepas nikah...?
"Diorang gaduh tu sebab nakkan perhatian je..."
Huh, nakkan perhatian? Perabihkan masa dan kredit telefon untuk pujuk? Kalau pujuk sekali boleh cair, kira okeylah juga. Ni sampai berhari-hari...
Agak-agaklah, kalau merajuk lepas nikah nanti, nak ke suami atau isteri kita pujuk kalau kita merajuk? Kalau dapat jenis yang sentiasa romantis, baguslah.
Kalau dapat jenis yang buat tak faham, itu yang jadi cerai-berai.
Saya pula jenis yang kedua.
"Kau nak merajuk, lantak kau. Aku tak kuasa nak layan perangai kau."
Saya bukan jenis manusia yang suka memujuk. Kalau saya merajuk sekalipun, saya suka menyendiri daripada dipujuk. Hahaha... Memang bukan calon suami yang romantis.
Sebab itu, antara syarat yang saya selalu berikan kepada mereka yang suka sangat 'memasang-masangkan' saya dengan seseorang ialah sanggup menerima segala kekurangan yang ada pada diri saya.
Terima dengan penuh keikhlasan selain kerana Allah.
Kalau tak boleh terima, toksah la. Kalau lepas nikah minta cerai, penampar yang dapat.
Hehehe... Ter'emo' pula.
Back to the point, bila nak kahwin? Tunggulah ada calon yang boleh terima kekurangan saya yang sangat-sangat tidak sempurna.
Tinta mencoret: Kahwin ni bukan perkara main-main tau.
Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP
bab nak perhatian tu menarik perhatian saya ;)
ReplyDeletekebanyakkannya rakan saya begitu.
Deleteada yg mmg jawab: "klu nak cepat2, cari orang lain."
tapi, tak cari pun, yang merajuk yang buat u-turn.