Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 May 2012

Dari KAMIL hinggalah Pemantauan BPI JAIS

Seminggu penuh dengan overtime tanpa gaji.
Seminggu mengerahkan tulang empat kerat ke tahap maksima.
Seminggu jugalah blog ini ditinggalkan bersawang.

Bermula dengan Ujian Kemahiran Amal Islami (KAMIL) Peringkat Daerah Sepang, sehinggalah Pemantauan Bersepadu daripada Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), semulanya berjalan berturut-turut.

Okey, saya selak satu persatu lembaran diari saya.

Pada Rabu, 2 Mei 2012, sehari selepas mengadakan 'Perhimpunan Bersihkan kelas 4.0 Ibnu Bathutah', saya selaku guru pembimbing peserta yang mewakili sekolah dalam acara Khat diamanahkan untuk mengiringi peserta ke KAMIL dalam acara tersebut yang diawalkan pertandingannya di Sekolah Rendah Agama Dato' Abu Bakar Baginda.

Dalam masa yang sama, saya menghadiri taklimat urusetia KAMIL Daerah Sepang di bilik mesyuarat sekolah yang sama. Saya diamanahkan untuk menjadi pengerusi bagi acara Pidato Perempuan dengan gandingan seorang ustazah dari SRA Putra Perdana sebagai pembantu.


Saya mengiringi 4 peserta Khat. Dari kiri, Sofia, Sofia, Luqman, dan Huzaifah (berkaca mata).
Keesokkan harinya (Khamis, 3 Mei 2012),  setiap peserta yang mewakili sekolah ke KAMIL Daerah Sepang dikehendaki membuat persembahan buat kali terakhir di hadapan khalayak. Selain peserta khat, saya juga ditugaskan untuk membimbing peserta Pidato Lelaki.

Dan, pada hari yang sama, kelas jagaan saya, 4 Ibnu Bathutah menerima dua orang murid baharu, Hanis Humairah dan Aiman Haziq. Kedua-duanya mendaftar masuk pada 2 Mei, yang mana hari tersebut, saya tiada di sekolah kerana menghantar peserta Khat ke SRA Dato' Abu Bakar Baginda.

Aiman Haziq atau lebih dikenali sebagai Asyraf di dalam kelas 4 Ibnu Bathutah.
Sambil-sambil berkenalan dengan dua orang murid baru tersebut, seorang anak didik saya, Hafizul Hadi datang menjengah ke kelas, dengan buah tangan yang berbentuk biji tasbih dan kayu sugi dari Makkah. Buah tangan sempena kepulangannya bersama keluarga dari menunaikan umrah di tanah suci. Terima kasih banyak-banyak...

4 Mei 2012, saya berkelapangan masa untuk hadir pagi ke sekolah untuk menyaksikan sendiri peserta wakil sekolah bagi tahap satu. Nampak gayanya, tahap satu lebih bagus dalam acara masing-masing berbanding tahap dua, terutamanya bagi acara Azan dan Iqamah. Acara Hafazan dan Terjemahan pula dijangka akan menang berdasarkan kepada peserta tersebut yang sudahpun ke peringkat negeri tahun lepas.

Nabil mengalunkan azan ketika persembahan terakhir di SRA Bandar Seri Putra sebelum KAMIL.
5 Mei 2012, Ujian Kemahiran Amal Islami (KAMIL) Peringkat Daerah Sepang diadakan di SRA Dato' Abu Bakar Baginda. Alhamdulillah, Empat acara yang sekolah sertai mendapat kemenangan, dua daripadanya dinobatkan sebagai johan dan akan ke peringkat negeri di Banting.

Empat acara tersebut ialah Azan dan Iqamah (johan), Hafazan dan Terjemahan (johan), Muhawwarah Lelaki (naib johan), dan Muhawwarah Perempuan (ketiga). Kesemuanya adalah acara tahap satu. Tiada acara bagi tahap dua berjaya dalam KAMIL kali ini.

Bergambar bersama pemenang.
Nabil yang menjuarai acara Azan dan Iqamah pulang lebih awal selepas mengambil hadiah.
Bergambar bersama Hafizzudin dari SRA Desa Putra
yang mendapat naib johan dalam acara Pidato Lelaki.
Bergambar sebelum pulang.
6 Mei 2012, saya ke Bukit Bangkong untuk menghadiri majlis perkahwinan kawan satu sekolah menengah dahulu, Norazwa Omar atau lebih mesra dipanggil Awe.

Bergambar bersama pengantin.
Selamat pengantin baru buat Awe. Bila la nak merasa macam diorang yang dah kahwin nih...

Selepas itu, saya ke SAM Bandar Baru Salak Tinggi, membawa Wafir berjumpa dengan abang-abang fasilitatornya ketika Kem Kepimpinan Pelajar Islam. Terkejut fasilitatornya ketika melihat Wafir datang menjenguk mereka.

Belakang dari kiri; Asif, Firdaus Yusuf, Syukri.
Depan dari kiri: Syahmi Roslan, Wafir, saya, Firdaus Asfari.
Seronok Firdaus dapat jumpa adik kumpulannya, Wafir.
Kemudian, saya kembali ke sekolah untuk 'berkampung' menyiapkan beberapa tugasan atau buat kerja last minute.

Anak Ustazah Lily Zahrah memeluk kon.
7 Mei 2012, SRA Bandar Seri Putra menerima kunjungan daripada Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Jabatan Agama Islam Daerah Sepang (JAIS) dan Unit Pendidikan Islam (UPI) Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Sepang bagi membuat pemantauan bersepadu dalam aspek pengurusan pentadbiran dan perjalanan sekolah. Alhamdulillah, sekolah menerima 83% dan boleh dikira sekolah cemerlang slim.

Buat-buat rajin...
Tahniah diucapkan kepada seluruh warga SRA Bandar Seri Putra terutamanya Tuan Guru Besar, Ustaz Khairul Amri bin Jamian, Guru Penolong Kanan 1, Ustaz Misnan bin Mismon, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Ustaz Muhammad Azhari bin Sulaiman, Kak Mas selaku kerani sekolah, dan guru-guru yang tidak tidur malam menyempurnakan tugasan yang diberikan.

Guru Besar, Ustaz Khairul Amri menerima sijil pemantauan
daripada ketua deligasi dari BPI JAIS, Ustazah Saadah.
Bergambar selepas diumumkan sebagai sekolah cemerlang dalam aspek pentadbiran oleh BPI JAIS.
Antara orang 'kuat' SRA Bandar Seri Putra. Ye ke...?

Seminggu yang memenatkan dan mendebarkan. Hasilnya tetap disyukuri walaupun tidak seberapa...

Balik rumah, terus pengsan kepenatan...

Tinta berdakwat: Hasil akan terasa nikmat dan menyeronokkan jika bekerja dengan penuh rela hati tanpa rasa terpaksa.

SRA Bandar Seri Putra

2 comments:

  1. Saya adalaha antara ibubapa SRA, bukan tempat tuan. Anak saya masuk juga amal islami. Saya check anak yang dah darjah 6 , ada ustaz/ustazah ajar solat sebagai amal islami dengan sempurna tak?- memantau perorangan dari wudhuk doanya, praktikal solatnya.

    Tiada..yang ada gitu-gitu...umum
    ramai ramai, lebih kurang. bukan dipantau satu persatu dari mula sampai habis TERPEINCI.

    Maaflah kalau hal ini menggangu blog anda. Tapi fikirlah SOLAT tiang AGAMA dan lain-lain dalalah tentang solat.

    Amal islami itu semua haram tak guna apa pun kalau anak tidak dititikberatkan menguasai asas kesempurnaan solat.

    program amal islami JAIS walaupun dalam lingkungngan kebaikan, masih jauh melencong dan langsung tidak akan menghasilkan jiwa KAMIL, kerana perkara yang paling pokok, yang akan dihisab dialam kubur, tentang solat tidak menjadi keutamaan. Hanya hooray-hooray, longgok-longgok.

    ReplyDelete