Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

28 May 2012

Artis Seksi Mentarbiyyah Belia

Wah, alangkah bagusnya belia bila mendapat pengisian rohani daripada 500 orang artis, sebahagian 'daie'nya adalah bukan Islam.

Bukan ke sebelum ini pernah dibincangkan dalam Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa umat Islam HARAM untuk menyertai mana-mana perhimpunan yang bertujuan TIDAK BAIK?

Fatwa ini dikeluarkan sejurus selepas Perhimpunan BERSIH 3.0 yang diadakan di sekitar ibu kota.

Okey, perhimpunan termasuk BERSIH 3.0 difatwakan haram.

Bukan saja BERSIH 3.0, ada banyak lagi perhimpunan asalkan tujuannya tidak baik, hasilkan natijah tak baik, melanggar undang-undang, dan sebagainya sedangkan kita ada cara yang baik, maka kita berdosa.
Pengerusi Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan
Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia

Cuba bandingkan antara BERSIH 3.0 dengan Himpunan Sejuta Belia.

Okay, kita bersangka baik terhadap fatwa tersebut.
Semua 8 tuntutan BERSIH 3.0 bertujuan tidak baik.
Membersihkan daftar senarai pengundi: tidak baik.
Mahukan sebuah pilihanraya yang telus: tidak baik.
Mahu semua pihak menghentikan politik kotor: tidak baik.

Dan Himpunan Sejuta Belia pula bertujuankan baik,
Pengisian rohani oleh kumpulan K-Pop: BAIK.
Dipenuhi dengan unsur Hedonisme: BAIK.
Menonjolkan artis yang berpakaian seksi-meksi: BAIK.
Menarik balik kebenaran ceramah Ustaz Azhar di PICC: BAIK

Maaf, tapi, bila melihat kepada beberapa gambar konsert semasa Himpun Sejuta Belia, saya tidak lagi mampu bersangka baik.
Kenapa perlu dibatalkan ceramah Ustaz Azhar Idrus sedangkan beliau juga ikon anak muda?
Wah, sampai terpaksa 'tutup'. Datuk Seri tersenyum lebar...
Joget macam ni 'dibenarkan' syarak tau...
Wah, tarian apa ni?  Tentunya Islam 'mengharuskannya' sebab Majlis Fatwa bisu seribu bahasa.
Pengisianlah sangat.........
Bila ulama berat sebelah, maka akan jadilah 'seni' macam nih...
Bukan ini caranya nak hasilkan belia impian Imam Hassan al-Banna, Sultan Muhammad al-Fateh, (dan) Salahuddin al-Ayubi. Orang pening kepala nak tutup lubang, dia bersiul bukak lubang. Belia hancur depan mata, mereka masih mampu memejamkan mata, (dan) tidur lena?
Ya Allah, selamatkanlah iman kami! Dan iman mereka...!
Terkesima melihat suasana maksiat di Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya. Program yang asalnya sangat baik akhirnya bertukar jadi haram dan jijik!!! Adakah K-Pop mampu menyelesaikan masalah belia sekarang atau semakin merosak hancurkan mereka? Ya Allah, bantulah kami menghadapi mereka. Tunjukkan mereka jalan-Mu. Janganlah disebabkan dosa mereka, Engkau turunkan bala kepada kami semua Ya Allah. Pemimpin dan rakyat, semua bertanggungjawab di hadapan Allah nanti..
Mana perginya Majlis Fatwa Kebangsaan dan Ulama Muda UMNO dalam isu ini? Mungkin mereka masih bercuti hujung minggu. Mungkin malam ni ada kenyataan mereka dalam media berkaitan perkara ini. 'Bersangka baik' kan lebih baik kononnya...

Kesimpulan yang dibuat segelintir rakyat yang pro-pembangkang.
Tinta mencoret: Bila ulama lebih pentingkan gaji daripada risaukan pemuda-pemudi...

Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP

No comments:

Post a Comment