Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

02 May 2012

Perhimpunan BERSIH 4.0 IB

Iri hati melihat satu 'pihak' mengadakan 'perhimpunan BERSIH' pada Sabtu lepas, saya pun nak buat juga 'perhimpunan BERSIH 4.0' semalam.

Hehehe...
Bergambar semasa 'Perhimpunan BERSIH 4.0 Ibnu Bathutah'. Hehehe...
Muka kepenatan 'berhimpun'...

"BERSIH? Bukan ke dah diHARAMkan mahkamah?"

Bukan BERSIH pasal pilihanraya, tapi BERSIHkan kelas.

Lepas Ustazah Atiqah mengadakan 'perhimpunan BERSIH' di kelas 4 Ibnu Rusyd, saya pun nak buat juga. Saya buat 'perhimpunan BERSIH 4.0 Ibnu Bathutah'. Best tak bunyinya...

Saya mengajak murid-murid 4 Ibnu Bathutah untuk sama-sama membersih dan menghias kelas, dan alhamdulillah, ramai yang hadir walaupun sebahagian daripadanya 'bermain-main' ketika sebahagian lain membantu saya menghias kelas.

Semua suka bergambar...
Lap tingkap tak mau. Kutip sampah tak mau. Bertukang juga yang dipilihnya...
Dah la pegang pemutar skru pun salah. Hehehe...
Bergambar sebelum balik.
Kelas tak siap hias lagi tuh...
Teringat ketika saya membuat perkara yang sama tahun lepas...

Gambar kenangan ketika mengemas kelas 4 Ibnu Rusyd tahun lepas.

*  *  *  *  *

Semua kelas kelihatan indah melainkan kelas saya.

Tahun lepas, saya tidak mempunyai tempat di bilik guru, jadi boleh dikatakan saya kerap memencilkan diri di kelas 4 Ibnu Rusyd yang terletak di tingkat paling atas. Jika saya sudah naik ke kelas 4 Ibnu Rusyd, amat payahlah untuk saya turun. Saya menyiapkan kerja, makan, malah solat di dalam kelas. Jadi, sekiranya saya selesai menyiapkan beberapa tugas, saya mengambil masa untuk mengemas dan menghias kelas.

Kini, saya memiliki tempat dan meja di bilik guru. Dan kebanyakkan masa luar daripada PnP saya habiskan di bilik guru. Menanda buku, menyiapkan rancangan mengajar, makan, malah solat juga di bilik guru. Saya hanya akan ke kelas setelah loceng dibunyikan.

Ditambah pula dengan kerja-kerja pra-pemantauan serta latihan peserta khat, saya terkadang terlepas pandang berkenaan keceriaan kelas.

Mungkin saya tidak seteliti tahun lepas terhadap kelas jagaan saya.

Tahun lepas, saya tidak diberi banyak tugas. Hanya tugas sebagai guru kelas 4 Ibnu Rusyd, AJK Panitia Tajwid, dan guru pembimbing pasukan nasyid. Tugas sebagai pembimbing nasyid pun saya tidak laksanakan sepenuhnya melainkan hanya memerhati sahaja apa yang dilakukan Ustaz Zulraime selaku seorang lagi guru pembimbing. Bukan malas tetapi tak tahu apa yang hendak dibimbing.

Tahun ini, memang banyak tugas. Selain guru kelas 4 Ibnu Bathutah, saya juga diberi tugas sebagai Penyelaras Unit Surau dan Ibadat, Setiausaha Unit Ko-Kurikulum, AJK Unit Seminar dan Motivasi, guru pembimbing khat dan pidato, selain AJK Panitia Tajwid yang sedia ada.

Banyak tugas.

Hari ini pula saya diamanahkan untuk menghantar para peserta acara khat ke tempat pertandingan di SRA Dato' Abu Bakar Baginda, juga taklimat sebagai pengerusi bagi acara Pidato semasa Ujian Kemahiran Amal Islami Peringkat Daerah Sepang, juga di sekolah yang sama.

Huzaifah sedang cuba sebaik mungkin untuk menulis khat...
Walaupun begitu, setiap tugas yang diamanahkan saya terima dengan hati terbuka walaupun jika dinilai dengan pulangan duniawi tidak sepadan.

Harap peserta khat berjaya mara ke peringkat negeri.
Harapan yang sama juga buat peserta pidato.
Juga mengharapkan semua berjalan dengan lancar semasa pemantauan bersepadu, minggu hadapan.

Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala:
Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya akan ada baginya jalan keluar (dari segala kesukaran). Serta dikurniakan rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan barangsiapa bertawakkal dan berserah diri kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

Ayat Seribu Dinar
AQ 64 : 2-3

Bertakwa kepada Allah, Dia akan memberikan jalan penyelesaian kepada kita.

Tinta mencoret: Doakan agar semuanya berjalan dengan lancar.

D'Puncak, Bandar Seri Putra, Bangi SDE 

2 comments:

  1. perhimpunan bersih 4.0 ni xkua tv pon?ehehehehe...
    rajin btul smuenye :)

    ReplyDelete
  2. perhimpunan ni tak dapat liputan media... tu la tak kuar tv... :)

    ReplyDelete