Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

24 May 2012

Fitri, Danial, Liyana, dan Hafizul

Alhamdulillah. Telefon J10i saya yang rosak sudah diganti dengan C903. Ala, beli yang second hand je.

Dekat sebulan jugalah telefon saya rosak. Dan selama itu jugalah saya tidak dapat dihubungi.

Bagi saya, tiada masalah sekiranya tiada telefon di tangan. Cuma, mungkin itu akan menyusahkan pihak lain seperti keluarga dan sekolah yang ingin menghubungi saya sekiranya ada hal penting atau sebarang kecemasan.

Tetapi, dengan ketiadaan J10i, ia turut menjadikan saya bagai terputus dengan dunia luar. Kenapa? Sebabnya melalui J10i tersebutlah saya memasuki ruang internet seperti Facebook, blog, dan sebagainya.

"Online dengan telefon? Kalau Facebook tu boleh cayalah. Tapi kalau blog? Macam tipu jer..."
"Tak caye sudah..."

Dengan adanya C903 yang menggantikan J10i, saya kembali mengonline internet dengan selesa, juga mungkin kembali kerap seperti sebelum ini.

*  *  *  *  *

Semalam, saya dikhabarkan seorang bekas anak murid saya, Fitri Hakim dijangkiti penyakit kayap. Seriously, saya tidak mengetahui apa sebenarnya penyakit kayap. Ada yang kata macam Chikungunya. Eh, kalau macam tu, bahayalah.

Jadi, saya luangkan sedikit masa selepas maghrib tadi untuk singgah menziarahi beliau di Bandar Baru Salak Tinggi.

Eh, tengok macam sihat je. Ingatkan sakit sampai tak larat nak bangun.

Fitri bagitau, kayap ni sejenis penyakit yang menyerang bahagian saraf. Kalau macam tu, bahayalah.

Jika melihat kepada muka Fitri yang sering tersenyum, tiada siapa sangka Fitri sakit. Namun itulah hakikatnya.

Fitri Hakim (hadapan) tersenyum ketika menerima
anugerah sebagai pelajar Mumtaz PSRA tahun lepas.
Fitri merupakan murid saya yang keempat saya lawat ketika sakit. Murid pertama adalah Hafizul Hadi, ketua kelas 4 Ibnu Rusyd 2011 yang mana kemalangan jatuh terseret daripada basikal yang ditungganginya yang menyebabkan muka disebelah kiri rosak dan menyukarkannya untuk makan makanan yang agak keras. Kejadian berlaku pertengahan Mei tahun lepas. Dah 10 tahun berlalu.

Murid kedua adalah Nur Liyana, murid 4 Ibnu Bathutah tahun ini. Liyana terpaksa dicutikan lebih kurang sebulan kerana patah kaki akibat terjatuh tangga di sekolah kebangsaan. Ayahnya kata Liyana gopoh ketika turun tangga. Wallahu a'lam.

Murid ketiga adalah Danial, murid 4 al-Kindi yang ditahan di wad kerana didapati terdapat serangan virus di otaknya. Danial dikenali di kalangan guru-guru di SRA Bandar Seri Putra kerana memakai mask, satu-satunya murid tahun ini yang memakai mask ke sekolah. Saya sangkakan Danial ditahan di wad kerana penyakit leukemianya, namun lain penyakit pula yang datang.

Saya tidak pernah menatap wajah Danial sehinggalah saya menziarahinya di HUKM. Mukanya terukir senyuman walaupun badannya ditebuk di sebelah kiri bagi laluan masuk ubat-ubatan. Tergambar wajah kesedihan pada muka ayahnya ketika menceritakan perihal anaknya yang menderita. Mendengar sahaja sudah terasa berat, tentu lebih perit bagi yang menanggungnya. Semoga Danial tabah dalam berhadapan dengan leukemia yang masih dihidapinya sehingga kini.

Jika diperhatikan, hampir kesemua mereka tersenyum ketika saya menziarahi mereka kecuali Hafizul Hadi yang tidak mampu senyum kerana kesakitan pada mulutnya. Siapa sangka, ukiran senyuman sebenarnya mampu merahsiakan sebarang masalah yang dihadapi daripada diketahui orang. Bila dilihat, mereka diduga dengan ujian berbentuk penyakit, namun itu tidak menjadikan mereka lemah bahkan mengajar agar menjadi lebih kuat dalam melawannya.

Hanya dua tiga kerat yang kita ketahui walau berhadapan dengan musibah namun mampu tersenyum. Kita pula belum tentu mampu tersenyum ketika ditimpa musibah.

Bagaimana pula sahabat kita yang lain, yang juga tersenyum ketika berhadapan dengan kita, mampu bergurau senda dan bertepuk tampar setiap hari. Kita sangkakan mereka tidak mempunyai sebarang masalah besar kerana senyumannya. Namun, mungkin disebalik senyum lebarnya tersembunyi masalah yang teramat besar daripada pengetahuan kita, SIAPA TAHU...?

Tinta mencoret: Senyum mampu mengubat lara.

D'Puncak, Bandar Seri Putra, Bangi SDE

No comments:

Post a Comment