Saya terbaca di sebuah fanpage Facebook pro-Pakatan Rakyat, Kami Benci Saiful Bukhari berkaitan dengan kes rasuah kapal selam Scorpene yang dilaporkan kini menjadi salah satu kes mahkamah di Perancis.
Dalam post tersebut, Datuk Seri Najib Tun Razak disenaraikan sebagai salah seorang rakyat Malaysia yang perlu menghadiri prosiding mahkamah di Perancis sebagai saksi selain Zahid Hamidi, Razak Baginda, dan Mazlinda.
Namun, setakat yang saya tahu, tidak tahulah kalau ada yang saya terlepas pandang, Datuk Seri Najib tidak mahu bekerjasama dengan mahkamah Perancis. Zahid Hamidi pula main tarik tali, awalnya mahu bekerjasama, tetapi menukar fikiran kemudian.
Jika mereka tidak mahu memberikan kerjasama terhadap inkuiri yang diadakan, pihak mahkamah Perancis akan mengeluarkan waran tangkap kepada mereka berempat atas keengganan mereka untuk memberikan kerjasama.
"Hey, kalau diorang keluarkan waran tangkap, itu tak akan berkesan di Malaysia."
'Tersenyum' ye Datuk Seri... |
"Ehem, apa guna bodyguard Najib?"
Ya, dan pastinya pihak Interpol akan dihalang habis-habisan daripada cuba memasuki Malaysia. Datang dekat Najib lagilah tak boleh...
Dan akibatnya, ini pastinya akan menarik perhatian kuasa-kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat dan Britain untuk campur tangan.
Dan pastinya campur tangan ini berbentuk campurtangan KETENTERAAN.
Datuk Seri Najib seharusnya yakin pada diri sendiri. Sekiranya beliau yakin belian tidak mempunyai sebarang kesalahan atau masalah, beliau sepatutnya berani untuk berhadapan dengan inkuiri di mahkamah Perancis. Lagipun, bukan sebagai suspek, tetapi sebagai saksi je...
Sekiranya beliau enggan, persepsi masyarakat akan buruk dan banyak tanggapan atau spekulasi negatif akan timbul. Ketika itu, jangan salahkan masyarakat bersangka buruk.
Yang dirisaukan bukan persepsi dan spekulasi negatif tersebut.
Yang sepatutnya dirisaukan adalah campur tangan kuasa asing.
Yang mungkin menyebabkan Kuala Lumpur DITAWAN!
Semoga Allah memelihara kita daripada sebarang serangan.
Semoga Allah mengekalkan keamanan dan kemakmuran Malaysia.
Ameen.
Tinta mencoret: Datuk Seri sepatutnya yakin untuk berhadapan. Bukan buat don't know jer...
Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP
No comments:
Post a Comment