Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

20 May 2012

Guru Penyayang Guru Disayang

"Okay, saya nak cakap sikit. Esok hari......"
"Hari Guru."
"Apa? Esok hari apa?"
"HARI GURU!!!"
"Esok hari Raaabuuuuuu."
(Ada yang tergelak, ada yang tersenyum...) "Laa..."
"Eh, betullah esok hari Rabu. Betul tak?"
"Betul..."           "Okey. Esok hari apa?"
"Hari Rabu."                 "Bagus. Esok sekolah macam biasa."
(Ada yang tanya) "Ustaz, esok bawa hadiah tak?"
"Hadiah? Buat apa? Birthday saya lambat lagilah."  "Esok kan Hari Guru!"
"Esok hari Rabulah."                 "Esok ada Sambutan Hari Gurulah, ustaz."
(buat-buat macam tak tahu) "Oh, yeke? Kamu nak bagi saya hadiah ke? Kalau nak bagi hadiah, saya nak hadiah sebiji kereta atau pun sebiji rumah."
"Ustaz, kitorang mana mampu beli kereta dengan rumah."
"Saya bukan nak 'sebuah' kereta atau 'sebuah' rumah. Saya nak 'sebiji'."
"Eh korang, ustaz nak kereta mainanlah."


Dari kiri: Aiman Hazim (4 Ibnu Rusyd), Aiman Haziq (4 Ibnu Bathutah),
saya, dan Aimanul Hakim (4 Ibnu Khaldun)
*  *  *  *  *

"Guru Penyayang, Guru Disayang"

Itulah tema Hari Guru bagi Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), lebih sesuai dan lebih terkesan kepada para pendidik dan pelajar berbanding tema Hari Guru Peringkat Kebangsaan "Guru Inovatif Melonjak Transformasi entah ke hapa hujungnya..."

Che Wan (kiri) dan Fazrul Aizat sedang tekun mengira undi bagi pencalonan guru popular.
Dari kiri: Wafir, Hurin, dan Aidil Syahir
Wafir sanggup datang malam semata-mata mahu mengetahui siapa guru yang paling popular.
Warga SRA Bandar Seri Putra mengadakan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah pada Rabu, 16 Mei lepas, sehari sebelum Peperiksaan Pertengahan Tahun yang dijadualkan pada 17 Mei 2012.




Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar, cuma acara sukaneka tidak dapat dijalankan kerana hujan turun pada sebelah petang.
Menerima Anugerah Guru Popular 2012
Alhamdulillah, tahun ini, saya diundi oleh lebih kurang 620 orang murid sesi petang sebagai guru yang paling tegas dan garang (155 undian), guru yang paling sporting (95 undian), dan guru yang paling bergaya (101 undian) sekaligus menjadikan guru yang paling POPULAR sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah. Cuma kategori guru yang paling ceria sahaja yang saya kalah dengan 52 undian. Namun, oleh kerana tidak mahu dilihat sebagai seorang yang ingin merebut semua hadiah, juga tidak mahu dilihat sebagai seorang yang memanipulasi jumlah kiraan undi disebabkan saya menjadi guru penasihat jawatankuasa murid yang menjumlahkan undi itu, jadi saya terpaksa melepaskan semua anugerah tersebut dan menerima hanya satu sahaja anugerah; GURU PALING POPULAR.

"Ceh, ayat poyo..."

Bergambar sebelum balik.
Terima kasih anak muridku atas pemberian hadiah yang berjumlah 44 buah, semoga Allah mempermudahkan hatimu menerima ilmu dan hidayah daripada-Nya. Juga kepada yang tidak memberi hadiah, didoakan juga agar kalian berjaya dalam kehidupan di dunia juga di akhirat kelak.

Ni hadiah yang saya terima semasa 16 Mei 2012. Tidak termasuk hari sebelum dan selepas tu...
Hadiah dari Aiman Hazim (4 Ibnu Rusyd)

Hadiah daripada tiga orang murid yang berbeza. Macam dirancang jer...?
Hadiah dari Danish Haziq, ketua kelas 4 Ibnu Bathutah.
Anugerah Guru Paling Popular 2012
Dapat mangkuk. Abah kata kalau hidang guna mangkuk ni macam orang kedekut,
tak bagi makan banyak-banyak... ^_^

TERIMA KASIH SEMUA...!!!

Kepada semua insan yang pernah mengajar dan mendidik saya bermula saya melangkah ke bangku sekolah sehinggalah saya berdiri sebaris dengan warga pendidik yang lain, saya mengucapkan Selamat Hari Guru. Hanya Allah Subhanahu Wa Ta'ala sahaja yang dapat membalas setiap kesabaran, jasa, dan pengorbanan sepanjang kalian mengajar dan mendidikku menjadi insan yang mampu mengenal Pencipta.

Selamat Hari Guru walaupun dah terlambat...

Tinta mencoret: Guru penyayang, guru disayang.

Orange CC, Taman Permata, Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP

No comments:

Post a Comment