Minggu-minggu akhir sememangnya memenatkan bagi seorang guru.
Bermula sebelum peperiksaan akhir tahun sehinggalah ke saat-saat terakhir sebelum cuti panjang bermula. Saya juga tidak terkecuali. Oleh kerana itulah CTB ditinggalkan bersawang seketika sejak entry terakhir pada 7 November lepas.
Bergambar dengan
Fitri dan Mirza Danish. |
Pada saya, penat berhadapan dengan tugasan bertimbun pada penghujung sesi persekolahan bagaikan hilang apabila melihat anak-anak murid berjaya dalam pelajaran mereka yang diukur berdasarkan peperiksaan.
Khamis lepas (17 November 2011), telah diadakan dua buah majlis anugerah bagi pelajar cemerlang di dua buah sekolah yang pernah dan sedang saya ajar di mana kedua-duanya memberikan 1001 kegembiraan buat saya.
Koleksi gambar boleh dilihat di sini.
* * * SRA BANDAR SERI PUTRA * * *
Selama saya mengajar di SRA Bandar Seri Putra ini, Alhamdulillah, hasilnya lebih baik berbanding di sekolah lama, walaupun hampir separuh daripada murid-murid saya gagal dalam mata pelajaran yang saya ajar. Aduyai...
Anugerah bagi Mata Pelajaran Tajwid Terbaik. Klik pada gambar untuk tumbesaran. |
Tajwid, daripada hampir 200 orang murid tahun 4, 5 daripada mereka mendapat 99 peratus yang mana 4 daripadanya menjawab dengan betul pada keseluruhan soalan Peperiksaan Akhir Tahun. Daripada 5 orang yang terbaik, hanya tiga sahaja yang menerima anugerah masa Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar, antaranya; Mardhiah dari kelas 4 Ibnu Sina, Ainaa Sabrina (4 Ibnu Khaldun), dan Nurul Ain (4 Ibnu Bathutah). Dua orang lagi terpaksa diketepikan daripada senarai penerima hadiah atas sebab-sebab teknikal.
Dari kiri, Hafizul Hadi (4 Ibnu Rusyd), Afif Syafie (4 Ibnu Rusyd), Aniq Farhan (4 Ibnu Rusyd), dan Alif Adhwa (4 Ibnu Khaldun). Klik pada gambar untuk tumbesaran. |
4 Ibnu Rusyd pula menyaksikan hanya murid lelaki sahaja yang mendominasi kedudukan tiga teratas yang didahului Hafizul Hadi yang juga ketua kelas, diikuti ketua kebersihan kelas, Afif Syafie, dan Aniq Farhan Muqri' di kedudukan ketiga.
Peningkatan prestasi tertinggi 4 Ibnu Rusyd. |
Peningkatan prestasi kelas 4 Ibnu Rusyd juga dipegang oleh murid lelaki, Hafizul Hadi dengan peningkatan sebanyak 112 markah kepada 67 peratus berbanding 44.6 peratus pada Peperiksaan Pertengahan Tahun.
Kehadiran Terbaik kelas 4 Ibnu Rusyd. Klik pada gambar untuk tumbesaran. Eh, Auni, jangan pergi dulu...! Tak sempat nak ambil gambar. |
Kelas 4 Ibnu Rusyd pula merupakan kelas teramai menerima anugerah kehadiran terbaik, seramai empat orang berbanding dua atau tiga orang murid sahaja dari kelas-kelas yang lain. Empat orang murid tersebut ialah Nurafiq Azhar, Shahrul Syahmil, Auni, dan Syaidatul Fiza.
Sayangnya, tiada seorang pun daripada kelas kendalian saya yang berjaya mendapat sebarang anugerah bagi mata pelajaran terbaik walaupun pelajaran yang saya ajar, Tajwid.
Juga tidak ketinggalan buat 'Ustaz' Alif Adhwa yang berjaya mendapat kedudukan ketiga dalam kelas 4 Ibnu Khaldun. Jangan 'nangis' lagi ya...
Keputusan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) pula menunjukkan peningkatan jumlah calon yang mendapat Mumtaz kepada 6 orang berbanding hanya dua orang sahaja pada tahun lepas. Namun begitu, jumlah 6 orang ini terlalu sedikit jika dibandingkan dengan jumlah yang mendapat 5A dalam UPSR di SK Bandar Seri Putra seramai 83 orang.
Bergambar bersama Aniq Zakwan, satu-satunya calon PSRA lelaki yang mendapat Mumtaz. |
Daripada enam orang yang mendapat keputusan Mumtaz, hanya seorang sahaja jejaka, Aniq Zakwan manakala yang lainnya didominasi oleh gadis-gadis cemerlang. Sempat juga saya berpesan kepada Aniq Zakwan dan Afiqah agar dapat membimbing adik mereka agar mampu cemerlang seperti mereka.
Adik-beradik yang berjaya. |
Cuma, Nidal Haziq sahaja yang tidak bernasib baik dengan hanya berjaya mendapat Jayyid Jiddan sahaja walaupun mendapat 5A dalam UPSR. Walaupun begitu, personalitinya begitu membuatkan saya kagum, walaupun saya tidak mengajarnya secara formal di dalam kelas.
Tokoh Murid Lelaki 2011. |
Tahniah saya ucapkan kepada semua. Yang kurang bernasib baik, usaha lagi. Sesungguhnya kejayaan yang paling besar adalah kejayaan mendapatkan keredhaan Allah Subhanahu Wa Ta'ala.
Tersenyum dapat hadiah... |
"Ada sesiapa yang nampak Zikry tak?"
* * * SRA DESA PUTRA * * *
Selepas Zohor, saya bergegas ke SRA Desa Putra, bekas sekolah yang menjadi tempat saya mengajar selama beberapa bulan. Kebetulan, tahun ini adalah tahun terakhir bekas anak didik saya menuntut di sana sebelum mereka melangkahkan kaki ke peringkat menengah rendah.
Seramai 27 orang murid, rata-ratanya pernah saya ajar, mendapat pangkat Mumtaz dalam PSRA. Alhamdulillah. Ada juga murid yang saya tidak pernah jangka tetapi mereka mampu mendapat Mumtaz. Gurunya khabarkan mereka 'insaf' last minute, bertaubat, dan berusaha sehingga cemerlang.
Untuk rekod, seramai 28 calon PSRA dari SRA Desa Putra mendapat Mumtaz berbanding 13 orang pada 2010.
Bergambar dengan calon PSRA yang mendapat Mumtaz. Dari kiri: Amar, Amin, dan Mirza Danish. |
Sudah diduga, Khairina Syasya menjadi tokoh murid perempuan dan Mirza Danish pula dianugerahkan sebagai tokoh murid lelaki. Sayangnya, Danish yang saya sangkakan mendapat 5A dalam UPSR hanya mendapat 4A 1B sahaja. Mungkin ada hikmah disebaliknya.
Juga tahniah saya ucapkan. Biarlah kejayaan yang sedikit itu menjadi benih untuk kecemerlangan pada masa mendatang.
Ustaz Qamarull Ariffin selaku Pengerusi Majlis. |
Persembahan murid-murid lelaki tahun 6. |
Tokoh Murid Tahap 1. |
Bergambar bersama Ustaz Basyir dan Ustaz Fadhli. |
Bergambar sakan... |
Dari kiri: Amin, Mirza Danish, Farhan, saya, dan Fitri. |
Bergambar sambil makan jagung. Tak lalu nak makan sebab manis sangat... |
Syok sangat bergambar... |
Hafizzudin, Tokoh Murid Tahap 1. |
Kenangan bersama Farhan. |
Tinta mencoret: Ada seorang murid pandai yang pernah 'kurang beradab' dengan saya selaku gurunya tak cemerlang kali ini, tak nampak dia ke pentas terima hadiah...
Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP
No comments:
Post a Comment