Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

21 November 2011

Harimau Muda Mengamuk!


Kejayaan pasukan Malaysia U23 dirai pemain.
Alhamdulillah, dengan melantunnya bola ke dalam gawang gol selepas ditampan penjaga gol Indonesia, dengan ini Malaysia berjaya menggondol pingat emas dalam acara Bola Sepak U23 dalam temasya Sukan Sea 2011 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta sebentar tadi.

Walaupun pada awalnya, Harimau cedera disambar Garuda, namun akhirnya Harimau berjaya berdiri semula serta menerkam Garuda yang seakan-akan yakin emas menjadi milik mereka.


Tahniah diucapkan buat pemain Malaysia bawah 23 tahun bawah kendalian Ong Kim Swee atas kejayaan yang cukup bermakna ini. Sesungguhnya tiada ungkapan yang dapat diungkapkan untuk menzahirkan kemenangan yang cukup bermakna ini.

Seluruh masyarakat Malaysia yang majmuk, tidak kira bangsa, agama, fahaman, parti, semuanya duduk semeja, bersatu memberikan sokongan dan dokongan padu terhadap anda semua. Ingatlah, Indonesia adalah arch  rival, musuh tradisi kepada pasukan bola sepak kita. Sekiranya kita tersungkur, maka kita akan dicemuh oleh mereka dengan cemuhan yang begitu berat.
Sepakan Gunawan meletakkan Indonesia di hadapan seawal minit kelima.
Gol penyamaan Mohd Asraruddin Omar mengikat pelawanan kepada 1-1.
Gol penyamaan Mohd Asraruddin Omar mengikat pelawanan kepada 1-1.
Highlight perlawanan Malaysia U23 menentang Indonesia U23 peringkat kumpulan, Sukan Sea 2011.
Kejayaan pasukan Malaysia U23 dirai pemain.

TAHNIAH HARIMAU MUDA...!!!

Tinta mencoret: MALAYSIA BOLEH...!!!

Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP
Bacaan tambahan:
ESPNStar.com
Azri Johan

No comments:

Post a Comment