Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

01 June 2012

Pasca PPT 2012

Bergambar bersama Huzaifah (berkaca mata) dan Zikry selepas selesai menanda kesemua kertas peperiksaan pelajaran Tajwid Tahun 4. Zikry datang membantu saya selama tiga hari di sekolah manakala Huzaifah pula hadir ke kelas tambahan yang dianjurkan guru tahun 6.
Alhamdulillah, kelmarin (Rabu, 30 Mei 2012), selesai sudah memeriksa dan menanda kertas Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) 2012 yang terakhir bagi mata pelajaran yang saya ajar, Tajwid yang berkesudahan hanya 3 orang sahaja yang mendapat Mumtaz daripada 255 orang murid tahun 4 (kalau tak silap saya).

Walaupun sasaran saya adalah kefahaman mereka dan bukannya peningkatan keputusan yang saya sasar, namun melihat kepada hasil keputusan ini, mungkin ia boleh menjadi penanda aras kepada kefahaman mereka dalam apa yang telah dipelajari.

Atau mungkin soalan Ujian Prestasi 1 dahulu yang saya gubal terlalu mudah dan tidak mengikuti spesifikasi yang sepatutnya?

Seorang murid yang saya sangkakan mampu Mumtaz, juga mendapat nombor 1 dalam kelas 4 Ibnu Rusyd, kelas ketiga ketika Ujian Prestasi lepas tidak mampu mengekalkan momentum Mumtaznya dalam PPT bagi mata pelajaran Tajwid dan jatuh merosot teruk kepada kegagalan. Dan markah yang diperolehinya tidak mencecah 20 markah!

Tatkala saya merujuk kepada ustazah yang menjadi guru kelasnya, beliau turut terkejut beruk dengan keputusan tersebut.

Yang saya musykilkan, murid tersebut mampu mendapat 15 daripada 20 markah dalam bahagian pertama namun hanya 2 markah sahaja yang mampu diperoleh dalam bahagian kedua yang mengandungi 80 markah. Sedangkan kebanyakkan daripada jawapan pada bahagian kedua terdapat dalam soalan-soalan lain. Kalau dia goreng sekalipun, dia mampu mendapat markah walaupun separuh!

Saya bukanlah seorang guru yang terlalu strict ketika menanda kertas. Saya berpendapat, sekiranya apa yang murid jawab betul, sekalipun tidak mengikut apa yang terdapat dalam buku, murid tersebut berhak diberikan markah oleh kerana kefahamannya. Murid sebegini sukar dicari kerana kebanyakkan daripada murid sekolah rendah yang cemerlang masa kini adalah murid yang menghafal, bukan murid yang memahami.

Saya kemudiannya mengajukan kepada Ustaz Azhari Sulaiman selaku salah seorang guru kanan di sekolah. Jawabnya, murid tersebut perlu dipanggil bagi mengenal pasti masalah yang berlaku.

Mungkin dia mempunyai masalah di rumah...
Atau mungkin dia terpaksa fokus kepada peperiksaan di sekolah kebangsaan...
Atau mungkin juga dia tidak memahami apa yang saya ajar...!

Kena tunggu buka sekolah la baru dapat panggil.

Kelas 4 Ibnu Khaldun tok sah cakaplah. Hanya yang benar-benar rajin sahaja yang bagus markahnya.

Kelas pertama, 4 Ibnu Sina juga mencatatkan penurunan. Hanya 3 orang sahaja yang Mumtaz. 3 orang dari kelas ini, juga daripada jumlah keseluruhannya.

Macam mana nak Mumtaz bila masing-masing menjawab "BERAS" dalam soalan Tajwid...? Lapar sangat ker?

Jom layan beberapa gambar di bawah...
Hari selepas Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012.
Masing-masing sedang menghafal surah hafazan dengan cara yang tersendiri.
Kelas lain sedang buat ujian hafazan, boleh pula kelas 4 Ibnu Rusyd buat jamuan...?
Murid-murid ni cepat menghafal, sebab nak habis ujian cepat.
Ustaz Azhari sedang memberi ucapan dan peringatan ketika perhimpunan
pada hari terakhir persekolahan sebelum cuti pertengahan tahun 2012.
Orang lain mendengar amanat daripada guru, tiga jejaka ni boleh ngelat...? Ish, ish, ish...
Siapalah yang ambil gambar nih...? Sayalah, siapa lagi...  Hehehe...
Dari kiri: Iskandar, Salman, dan Farhan Sidqi.
Bergambar sebelum cuti pertengahan tahun.
Dari kiri: Wafir Dzihni, Qasyful, Farhan Sidqi, Aimanul Hakim (hadapan, berkaca mata),
saya (berbaju jingga), Salman, dan Haziq.
Apa tu 'nun yang tidak berberas'? Tak fahamlah...!!!
Tadi BERAS, kali ini BERES...!!! STRESS...!!!
Lagi STRESS bila cuba memahami bahasa 'terbalik' yang ditulis dalam kertas ini.
Siaplah murid ni bila buka sekolah nanti...
Saya buka laptop ni sebab nak buat kerja, bukan nak bagi kamu pakai.
Muka Zikry yang kepenatan sambil menunggu Nasi Goreng Pataya yang diorder di restoran.

*  *  * HAFAL? *  *  *

Seperti yang pernah saya nukilkan pada entry terdahulu, kecemerlangan dalam peperiksaan BUKANLAH menjadi bukti kefahaman para pelajar berkaitan apa yang dipelajarinya.

Tak guna kalau cemerlang dalam peperiksaan kalau hafal buku semata-mata tanpa kefahaman. Lebih baik gagal dalam peperiksaan tetapi faham apa yang dipelajari.

Kecemerlangan seseorang bukanlah membuktikan kefahaman, mungkin ia disebabkan hafalan membuta tuli, pandai bermain soalan, atau mungkin juga tepat 'tembakan'nya. Begitu juga dengan kegagalan seseorang yang tidak langsung menunjukkan kebodohannya, mungkin ditakdirkan gagal disebabkan sistem pendidikan itu sendiri yang berpaksikan kepada peperiksaan, yang akhirnya menghilangkan fokus dan tumpuan guru dalam memberikan kefahaman yang sebaiknya kepada para pelajar.

Sebab itu saya 'ter'terima komen berikut dalam entry Dari KAMIL hinggalah Pemantauan BPI JAIS:
Saya adalaha antara ibu bapa (anak yang bersekolah di) SRA, bukan tempat tuan. Anak saya masuk juga Amal Islami. Saya check anak yang dah darjah 6, ada ustaz-ustazah ajar solat sebagai Amal Islami dengan sempurna tak? Memantau perseorangan dari wudhuk doanya, praktikal solatnya. Tiada. Yang ada (cuma) gitu-gitu, (Secara) umum. (Secara) ramai-ramai, (dan) lebih kurang (dalam mengajar), bukan dipantau satu persatu dari mula sampai habis TERPERINCI.


Maaflah kalau hal ini menggangu blog anda. Tapi fikirlah SOLAT tiang AGAMA dan lain-lain adalah tentang solat.


Amal Islami itu semua haram tak guna apa pun kalau anak tidak dititikberatkan menguasai asas kesempurnaan solat.


Program Amal Islami JAIS walaupun dalam lingkungngan kebaikan, masih jauh melencong dan langsung tidak akan menghasilkan jiwa KAMIL, kerana perkara yang paling pokok, yang akan dihisab di alam kubur, tentang solat tidak menjadi keutamaan. Hanya hooray-hooray, longgok-longgok.

Komen Mak Cik Anon ini akan saya ulas lain kali ye...

Bila ilmu itu dihafal tanpa sebarang usaha untuk memahaminya, maka akan terhasillah pelajar yang ber'ilmu' tapi jahil.

Siapa bijak? Yang faham atau yang hafal?

والله تعالى أعلـى أعـلـم

Tinta mencoret: Aku ni reti ngajar ke idak...?

Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP

Bacaan lanjut:
  1. Ayat Buku, Bukan Ayat Ilmu
  2. Ujian Buat Ilmu
  3. CGPA 4.00 Hanya Atas Kertas

No comments:

Post a Comment