Hari ini, sesudah menguruskan program ceramah Isra' Mikraj di sekolah, juga seusai mengemaskini gambar-gambar sekitar ceramah diadakan, saya bergerak terus ke Sabak Bernam dan bermalam di Institut Latihan dan Dakwah Selangor (ILDAS) bagi mengikuti Kursus Pengajaran dan Pembelajaran Kurikulum Pendidikan Islam JAIS yang anjurkan oleh Unit Latihan Bahagian Pendidikan Islam (BPI) JAIS.
Design banner untuk ceramah Isra' Mikraj yang dibuat last minute. Bannernya tak ada, hanya dipost dalam Facebook SRA Bandar Seri Putra. |
Wah, teruja sungguh tika saya mendapat surat daripada Shah Alam yang mengarahkan saya untuk berkursus.
Lagipun, sudah lama saya meninggalkan sesi pembelajaran secara formal, jadi inilah peluang saya untuk kembali menimba semula ilmu bagi memantapkan sesi pengajaran saya di dalam bilik darjah.
Orang lain, mungkin tidak menyukai sekiranya mereka dihantar berkursus berhari-hari di satu kawasan yang jauh daripada rumahnya, tetapi tidak bagi saya. Pertama sekali, saya sememangnya seorang 'kaki jalan', dan peluang berkursus ini sememangnya dinanti-nantikan. Bila lagi dapat bertandang ke tempat orang? Waktu lain sibuk dengan urusan harian.
Yang keduanya, dengan berkursus, kita akan lebih terkehadapan daripada orang lain dengan penerimaan input-input yang disampaikan sepanjang kursus dijalankan.
Dan yang paling bestnya, inilah kali pertama saya ke ILDAS. Dan saya sebenarnya tidak mengetahui bagaimana keadaan ILDAS yang sebenarnya.
Saya diarahkan berkursus di ILDAS selama 3 hari 2 malam bermula esok (Selasa, 19 Jun 2012) sehinggalah petang Khamis (21 Jun 2012).
Oleh kerana terlalu excited, saya bergerak sehari sebelum kursus dan bermalam di ILDAS. Kalau bergerak pagi, takut penat bila sampai ILDAS, last-last, tidur ketika ceramah.
Dan, melihat kepada asrama ILDAS ini, terngiang-ngiang di minda saya suatu zaman ketika saya menetap di asrama. Keadaan asrama ILDAS tak tumpah seperti asrama yang pernah saya menginam beberapa tahun lepas. Cumanya ILDAS lebih cantiklah.
"Wah, macam nak masuk asrama sekolah baliklah! Tak pun sambung belajar fulltime kat mana-mana universiti. Nak duduk asrama semula..."
Ketika saya sampai di pondok pengawal ILDAS, saya mengambil kunci bilik daripada seorang pegawai, Adnan namanya. Pegawai ni memang mesra, siap tunjukkan lagi tempat makan yang best sekitar ILDAS. Perut lapar, memang tanya fasal makananlah. Tapi, tempat makan yang best tu kat Bagan Nakhoda Omar, malas nak u-turn balik. Bila saya kata dah penat drive, dia tunjukkan satu tempat makan, belakang ILDAS je. Boleh tahanlah makanannya.
Lepas makan, balik bilik untuk rehatkan mata. Ingatkan nak menunggulah roommate yang share bilik dengan saya kat ILDAS ni, tapi sampai la ni tak nampak lagi batang hidung. Wallahu a'lam, entah manalah merayaunya. Barang dah ada, cuma orangnya belum lagi kelihatan. Takut-takut terkejut beruk pula dia bila masuk bilik ada 'makhluk' lain pula.
Tengok kat list nama di pondok pengawal, namanya Zulkefli. Abang Adnan tu bagitahu, dia dari Shah Alam. Kat bilik ni pun dah ada barang dia. Dan bajunya pun tertulis nama yang sama.
Teruja untuk berkursus, walaupun terasa macam tak best bila mana terpaksa meninggalkan anak murid. Dah macam adik-beradik rasanya dengan mereka, dah ngam.
"Tak pe, ada guru praktikal gantikan nanti..."
Pendaftaran esok jam 7.30 pagi. Seorang guru yang cemerlang tidak boleh terlewat.
Aiman Haziq aka Asyraf gembira ketika belajar. Ustaz pun nak belajar baliklah, macam Asyraf... |
Tinta mencoret: ILDAS, here I come...!
Asrama Saiyidina Ali, Institut Latihan & Dakwah Selangor, Sabak Bernam SDE
Ooooo.. mcm tu ceritanya... selamat berkursus ye.. jemput dtg rumah.. hehe..
ReplyDeleteDatang rumah, tapi orang tu tak de, macam mana tuh...?
DeleteAlaa.. buat mcm rumah sendiri jew.. mak ayah sy dah knal syahmi.. hehe.. :-)
ReplyDeletehuish... seganlah...
Delete