Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

25 June 2012

Wafir Dzihni

Seronoknya melihat gaya mereka di hadapan kamera.
Dari kiri: Fadhil, Wafir, saya (berbaju biru muda), Firdaus, dan Amirul aka Syukri.
Lebih kurang dua minggu, saya tidak mampu mengajar tahun 4 secara baik. Mana tidaknya, minggu  pertama, saya diarahkan bertukar sesi dengan Ustaz Asyraf. Minggu kedua pula saya menghadiri kursus berkaitan pengurusan PnP di Institut Latihan dan Dakwah Selangor di Sabak Bernam.

Hari ini, baru saya dapat masuk ke kelas seperti biasa.

Secara jujur, saya akan berasa rindu jika berhadapan dengan cuti walaupun hanya satu hari. Bila hadir ke sekolah, bagaikan mendapat satu kekuatan, ditambah pula dengan karenah anak murid yang kadang-kala mampu mengubat luka di hati.

Saya rapat dengan anak-anak murid saya di sekolah, khususnya murid tahun 4. Sehingga ada guru yang menggelarkan hubungan kami bagai hubungan abang-adik angkat. Mungkin disebabkan akrabnya hubungan kami.

Tapi, nak kata saya rapat, tidaklah juga. Hanya dua tiga orang sahaja seringkali kelihatan bersama saya. Akmal dan Alif mengaji setiap hari selepas Asar. Wafir, Hakimin, dan Hurin pula melengkapkan hafazan.Huzaifah pula menghadiri latihan khat selain daripada Ketua AJK Surau. Zikry pula sekali sekala berjumpa untuk bertanyakan pelbagai perkara terutama berkaitan komputer.

Tiada murid perempuan yang berjumpa secara khusus seperti 6 orang ini. Namun, ramai juga murid perempuan yang suka mengkhabarkan beberapa perkara termasuk salah laku murid kepada saya.

Tatkala saya diarahkan untuk menggantikan kelas 3 al-Kindi kelolaan Ustaz Asyraf selama seminggu, murid-murid 3 al-Kindi mudah mesra ketika saya mengajar mereka.

Yang mungkin selalu bersama dan berurusan dengan saya adalah Wafir Dzihni, murid tahun 4 Ibnu Sina. Tidak dinafikan sifatnya yang saya lihat mempunyai beberapa kelebihan berbanding dengan kawan sebayanya yang lain. Keadaan ini menyebabkan saya berasa mudah dan senang untuk bersamanya dan menugaskannya dengan pelbagai tugasan.

Bergambar dengan Wafir pada 14 April 2012 (Sabtu) sewaktu saya menjadi hakim bagi acara Solat Jenazah Perempuan bagi KAMIL Peringkat Zon Semenyih di SRA Bandar Rinching.
Sifat dan peribadi Wafir yang baik ini mungkin terdorong oleh keluarganya yang baik. Dan setakat yang saya tahu, setiap apa yang saya pesan kepadanya, pesanan itu akan digenggam erat dan cuba dilaksanakannya dengan baik.

Melihat kepada keperibadiannya yang bagus ini, Wafir dipilih sebagai Peserta Lelaki Terbaik semasa Kem Kepimpinan Pelajar Islam SRABSP 2012 oleh barisan fasilitator.

Wafir menerima piala peserta lelaki terbaik semasa Kem Kepimpinan Pelajar Islam SRABSP 2012.
Akhlaknya yang baik ini membuatkan saya rindu, membuatkan saya sentiasa rindu...

Tinta mencoret: Semoga kebaikan yang ada padanya akan berkekalan sehingga selama-lamanya.

D'Puncak, Bandar Seri Putra, Bangi SDE

No comments:

Post a Comment