Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

16 June 2012

Minggu Pertama Selepas CPT '12

Wah... Pejam celik pejam celik, dah habis dua minggu cuti pertengahan tahun. Rasa tak sabar nak berjumpa balik dengan anak-anak murid semula.

Namun, Jumaat terakhir cuti (8 Jun 2012), pihak sekolah mengarahkan agar saya bertukar tempat dengan Ustaz Asyraf, guru kelas 3 al-Kindi kerana beliau diarahkan untuk pergi training sukan bagi mewakili Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Sepang pada Temasya Kejohanan Sukan JAIS di Sabak Bernam yang dijadualkan bermula semalam (Jumaat, 15 Jun 2012) sehingga esok (Ahad, 17 Jun 2012).

Sedih rasanya bila mana terpaksa berpisah dengan mereka. Tambahan pula, minggu hadapan, saya terpaksa berkursus berkaitan PnP di Institut Latihan dan Dakwah Selangor (ILDAS) selama tiga hari bermula Selasa (19 Jun 2012) sehinggalah Khamis (21 Jun 2012).

Dua minggu saya tidak berjumpa murid 4 Ibnu Bathutah. Entah apa rasanya. Ditambah dua minggu cuti, hampir sebulan saya tidak masuk.

Minggu pertama selepas cuti dua minggu, saya bertugas sebagai guru kelas 3 al-Kindi, bertukar sesi daripada petang kepada pagi.

Terasa janggal. Maklumlah. Selalunya saya mengetik kad perakam waktu, punch cardlah, sebelum 1 petang, kali ini saya mengetik sebelum 7.30 pagi. Dengan keadaan yang tidak sempat bersarapan, saya masuk ke kelas untuk mengajar.

Nasib baiklah pelajaran tahun 3 tidak sesukar pelajaran tahap 2 yang perlu saya ulangkaji terlebih dahulu. Cuma, isinya terlalu sedikit, tidak tahu bagaimana mahu saya hurai. Jadi, saya lebih kepada ulangan terhadap apa yang sudah diajar oleh Ustaz Asyraf.

Bergambar dengan empat orang murid 3 al-Kindi. Hari pertama masuk kelas 3 al-Kindi terus jadi mesra dengan diorang. Murid-murid ni mudah mesralah... Yang belakang tu namanya Ikhwan. Yang kiri tu Itqan Zikri, adik kepada Wafir, murid 4 Ibnu Sina. Kanan sekali tu kalau tak silap namanya Amar. Yang seorang lagi tu, lupalah namanya. Sorry.
Namun, last minute, saya diarahkan untuk bertugas petang atas faktor kekurangan guru kerana mengambil EL. Huh, dapat juga masuk kelas. Itu pun hanya tiga hari, Isnin, Rabu, dan Khamis.

Jumaat pula diisytiharkan cuti sempena Isra' Mikraj yang jatuh pada hari Ahad, 17 Jun 2012.


۞   ۞   ۞   IQBAL   ۞   ۞   ۞

Hari Selasa (12 Jun 2012), saya mengambil peluang melawat Iqbal yang masih belum sembuh sepenuhnya daripada 'pembedahan' yang dibuat pada cuti lepas. Saya dimaklumkan kawasan 'pembedahan'nya berdarah semula. Ish, dengar sahaja dah terasa sakit, bagaimana pula keadaan empunya badan yang merasainya, tentu lebih perit.

Iqbal memang pemalu orangnya. Iqbal hanya menyorok di dapur. Terpaksa saya memujuk dan membawanya ke ruang tamu. Takkan saya hanya borak-borak dengan atuk neneknya sahaja tanpa dapat mengusik Iqbal.

Sepanjang 2 jam lebih, Iqbal banyak diam daripada bercakap. Di sekolah, dia memang ramah dengan saya, tidak ketika saya menziarahinya.

Mungkin segan dengan keadaan 'fizikal'nya yang sudah 'berubah'.

Hehehe... Selamat melangkah ke 'alam baru', wahai anak muridku, Iqbal.

Iqbal, pandanglah kamera ustaz ni. Dengan ustaz pun nak malu ke...?
Pemalulah Iqbal nih...
Tapi, keesokkan harinya (Rabu, 13 Jun 2012), Iqbal hadir ke sekolah. Eh, bukankah Iqbal masih belum sembuh? Risau dibuatnya. Bukankah Iqbal masih lagi MC? Kenalah bagi perhatian yang lebih kepada Iqbal. Risau kalau 'dipulas' kawan-kawannya. Jalan pun masih lagi 'perlahan'. Saya nasihatkannya agar usah hadir sekiranya masih belum sembuh sepenuhnya. Iqbal akur dan menyambung cutinya pada keesokkan harinya.
Bila saya nak balik, barulah tersenyum.
Gambar ini sengaja saya crop, bagi tak nampak 'bahagian bawah'.

۞   ۞   ۞   KEMATIAN   ۞   ۞   ۞

Dalam minggu ini juga, dua tabung khairat kematian digerakkan seluruh sekolah bagi memberi bantuan kepada keluarga Muhammad Nur Ehsan, murid tahun 5 Ibnu Bathutah yang baru sahaja kematian ayahnya, Allahyarham Nizam pada 7 Jun 2012 (Khamis) dan keluarga Ustazah Nora binti Mahat, guru kelas 6 Ibnu Sina yang kematian ibunya, Allahyarhamah Rubiah binti Haji Hasan pada 13 Jun 2012 (Rabu).

Marilah kita sama-sama membacakan al-Fatihah dan mendoakan agar roh mereka dicucuri rahmat-Nya.

Sebelum saya mengwar-warkan dalam Facebook sekolah, Ustaz Syafiq memaklumkan bahawa Allahyarham Nizam seorang yang aktif dalam mengimarahkan surau di Vistra Seri Putra. Dari makluman Ustaz Syafiq juga, saya berjaya mencari semula gambar Allahyarham di laman sosial tersebut. Ternyata, Allahyarham sememangnya seorang yang peramah dalam masyarakat, khususnya di Bandar Seri Putra.

Allahyarham Nizam ketika Hari Anugerah Pelajar Cemerlang 2011.

۞   ۞   ۞   HURIN HAZIQ   ۞   ۞   ۞

Saya dimaklumkan, bulan ini merupakan bulan terakhir seorang murid saya, Hurin Haziq, bersekolah di SRA Bandar Seri Putra sebelum berpindah mengikut ibunya yang ditugasakan ke Poland pertengahan bulan Julai 2012. Tak tahulah betul ataupun tidak. Hurin ni suka berseloroh dan bergurau dengan saya. Tapi, setiap butir jawapan terhadap soalan saya menunjukkan bahawa apa yang dikatakan itu benar.

Ish. Terasa sebak juga. Hurin antara murid tahun 4 yang rapat dengan saya selain Wafir. Rapat-rapat pun, setiap hari yang ada pelajaran Tajwid, selalu je ponteng. Kata kawan-kawannya, dia takut kena denda dengan Ustaz Syahmi. Huh...

4 tahun di Poland. Lepas tu, bukan dapat jumpa di sekolah lagi. Dia pun sudah naik tingkatan 2. Entah ingat lagi atau tidak dengan saya.

Bergambar dengan Hurin di kelas 4 Ibnu Khaldun pada Khamis, 14 Jun 2012.
Semoga beliau dapat jaga diri, akhlak, maruah, dan paling penting, jaga agama tatkala berada di negara asing.

۞   ۞   ۞   SELEPAS SOLAT   ۞   ۞   ۞

Jumaat (15 Jun 2012), saya bersolat Jumaat di surau kariah saya, Surau Taman Permata. Selepas solat, saya jenguk-jenguk bekas sekolah saya, SRA Taman Permata yang terletak bersebelahan surau.

Teringat masa belajar di sini suatu ketika dahulu...
Tengok murid-muridnya datang sekolah pakai baju sukan. Satu perkara yang baharu. Mungkin boleh dicadangkan kepada Ustaz Azhari berkenaan perkara ini.

Budak-budak sekolah
Sambil-sambil syok mengambil gambar murid-murid sekolah, kebetulan terambil gambar ada budak sedang pakai stokin, terdengarlah perbualan mereka:
"Eh, pak cik tu ambil gambar kau pakai stokin..."

Pak cik? Melampau betullah diorang nih. Pak cik muda lagi tau...

"Bang, bukan saya cakap, kawan saya yang cakap pakcik tadi..."

۞   ۞   ۞   USTAZ SYAFIQ   ۞   ۞   ۞

Hari ini (Sabtu, 16 Jun 2012) pula ada kenduri sebelah mempelai lelaki di Melaka sempena perkahwinan Ustaz Syafiq. Ustaz Syafiq selamat diijabkabulkan pada 26 Mei 2012 (Sabtu) di satu tempat yang saya lupa namanya di Perak. Maaflah sebab tak dapat nak pergi...

Senyum lebar ye...
Bila pula aku punya turn ni...
Semoga ikatan yang dibina Ustaz Syafiq bersama pasangannya kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Amin...

Apa lagi nak cerita ye kat sini? Layan gambar je lah ek... Gambar sepanjang minggu ini.

Isnin, 11 Jun 2012. Ustazah Hayati selaku Penyelia Pagi sedang menyampaikan ucapan.
Gelagat murid 3 al-Kindi. Habis henset saya digunakan mereka.
Banyaknya duit... Duit hasil kutipan derma sedang dikira Ustazah Hayati.
Ni namanya Wan Alia Sofia... Opss... Wah Ahmad Danial. Dia nak try test azan.
Muka dia ada iras Hafizzudin, murid SRA Desa Putra.
Dua orang calon Imam Muda dari 3 Ibnu Bathutah yang akan mengalunkan azan.
Murid 3 Ibnu Bathutah sedang khusyuk mendengar azan yang sedang dilaungkan.
Ni namanya Aqil Harith, wakil sekolah bagi acara Bercerita Dari al-Quran.
Izzad Syahmi dan Iman Syafiqah. Dua beradik sedang menunggu ibunya di kantin.
Bergambar dengan Izzad Syahmi. Saya ni pantang kalau jumpa orang yang sama nama.
Gambar tadi kurang jelaslah. So, kitorang bergambar semula dari sudut berbeza.
Ha... Barulah jelas muka saya dengan Syahmi...
Sambil tunggu mak ayah sampai, sambil bergambar...
La... Bila masa pula Izzad Syahmi ni dapat telefon C903 saya?
Habis penuh gambar dia. Hehehe...
Tinta mencoret: Seminggu yang penuh dengan 'drama'...

Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP

2 comments:

  1. Salam Ustaz...tentang perihal derma kematian tu, anak saya ada cerita yang dia ada menderma untuk kematian seorang ayah....sedih plak membacanya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Semoga Allah menempatkan Allahyarham dalam kalangan syuhada dan solihin...
      Amin...

      Delete