Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

17 April 2012

KPI 2012

Alhamdulillah, Kem Kepimpinan Pelajar Islam (KPI) 2012 berjaya dan selamat diadakan pada 6 hingga 8 April 2012 lepas. KPI merupakan program pertama yang saya arahkan, juga menjadi kayu pengukur kepada saya dalam mengarahkan program pada masa akan datang.

Walaupun program saya bertembung dengan sebuah lagi program yang mana ia menyebabkan saya terasa bagai disabotaj (walaupun sebenarnya tidak), namun ketika melihat kepada reaksi guru-guru yang banyak memberikan kerjasama terhadap program yang saya atur, saya gagahkan untuk meneruskannya.

Tiada kata yang dapat saya nukilkan di sini selepas saya mengarahkan KPI walaupun terpaksa melepaskan tugas pengarah kepada setiausaha pada saat akhir sebelum program berakhir atas faktor merealisasikan matlamat bagi slot Zikir Fikir 2.0 pada akhir malam kedua.

Bergambar bersama Firdaus Yusuf.

Danish Haziq yang baik. Baju biru belakang tu Iqbal.

Ketua Kelas 4 Ibnu Bathutah, Danish Haziq bersama Ketua Kelas 5 Ibnu Bathutah, Hadif Hidayat.

Berbincang dengan Tuan Guru Besar.

Speechless...

Bergambar dengan Ketua Fasilitator, Asif.

Bergambar beramai-ramai sebagai kenangan.



Semoga para peserta mendapat manfaat daripada program.

Sedikit laporan di blog sekolah.
Lagi gambar di sini:
Kem Kepimpinan Pelajar Islam 2012 - Album 1
Kem Kepimpinan Pelajar Islam 2012 - Album 2

Hulu Klang, Kuala Lumpur WP

2 comments:

  1. Ingat kan menda lah KPI ni....ahakz....ada KPI bermaksud lain erk....

    ReplyDelete
  2. owh... ni bukan KPI yang kerajaan gunakan tuh...

    ReplyDelete