Hujan mencurah-curah turun. Kelihatan kereta ibu bapa dan van sekolah sudah memenuhi dataran sekolah.
Saya masih menjadi kaunter aduan murid-murid darjah 4 tahun lepas walaupun mereka kini sudah menjadi murid darjah 5. |
Selepas saya keluar daripada bilik guru lelaki untuk menuju ke arah Musolla Umar Abdul Aziz (nama baru surau sekolah yang saya putuskan semalam) bagi memantau perjalanan ibadat solat murid tahun 4, saya ditahan oleh beberapa orang murid perempuan tahun 5.
"Ustaz, ustaz nak dengar cerita tak?"
Saya menyangka bahawa terdapat cerita cinta monyet antara murid. Jadi, saya tidak menghiraukan sangat mereka. Saya membalas ringkas menunjukkan saya tidak berminat untuk mendengarnya.
Saya melangkah terus ke musolla bagi memantau perjalanan ibadat solat.
Selepas imam mengangkat takbir, saya naik ke pejabat bagi melihat peserta acara khat yang akan mewakili sekolah berlatih menulis khat dengan pen kaligrafi.
Dalam perjalanan, saya ditahan semula oleh sekumpulan murid perempuan yang sama, ingin menceritakan 'sesuatu'. Saya serba salah. Kalau dengar, masa habis je kat situ. Kalau tak dengar, takut-takut mereka kecil hati dengan tindakan saya. Jadi, saya luangkan sedikit masa untuk mendengar apa yang ingin mereka perkatakan.
Rupa-rupanya, mereka nak melaporkan kes raba antara murid.
Raba? Hati saya dah mula mendidih.
Namun, setelah penjelasan dibuat oleh mereka, saya rasa lawak pula.
Kenapa? Sebab mangsanya adalah murid lelaki, dan pesalahnya adalah murid perempuan.
Saya kemudiannya menyerahkan kes ini kepada Guru Penolong Kanan HEM untuk uruskan.
Dalam masa yang sama, saya terus menahan gelak, geli hati dengan apa yang sudahpun berlaku.
Macam tak masuk akal, mangsanya lelaki diraba, kemudian mangsa malu-malu. Biasanya lelaki akan bertindak agresif apabila mereka 'dipermainkan' sebegitu.
Mungkin sifat malunya menebal. Apabila ditanya kenapa didiamkan perkara tersebut, ada sebab yang mungkin kukuh padanya untuk merahsiakan perkara tersebut.
Saya membuat kesimpulan di luar pintu pejabat kepada sekumpulan murid perempuan yang mengadu agar mereka membuat baik kepada golongan yang dizalimi dan juga kepada yang zalim. Berbuat baik kepada mereka yang zalim dengan cara mencegah mereka daripada melakukan kesalahan.
* * * * *
Kes rogol dan cabul di Malaysia dah terlalu banyak. Tanya sahajalah kepada Lebai Google, pastinya kita semua mendapat jawapan.
Jenayah rogol yang dilaporkan di Malaysia. |
Secara purata, 8 orang dirogol setiap hari di Malaysia. Itu hanya kes yang dilaporkan. Bagaimana pula kes yang tidak dilaporkan? Bagaimana pula persetubuhan yang dibuat atas dasar rela atau suka sama suka? Itu tidak termasuk dalam statistik tersebut.
Jangan risau, Malaysia negara PALING SELAMAT di ASEAN. |
Tahniah kepada Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kerana mewujudkan koc untuk wanita. Namun, masih ada juga wanita yang ingin 'diraba' dengan sengaja masuk ke koc lain sedangkan koc untuk wanita masih ada ruang.
Kebiasaannya, gangguan seksual berlaku ke atas wanita yang berasa kurang senang atau malu akibat tindakan kurang sopan atau lucah daripada pihak lelaki.
Tetapi, apabila berlaku yang sebaliknya, saya mula terfikir, bila kiamat akan berlaku...?
Tinta mencoret: Budak sekolah rendah kini lebih cepat matang berbanding zaman saya bersekolah rendah...
Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP
Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP
Adehhh....memacam lah bebudk sekarang ni....
ReplyDeletetak leh nak bayang budak lelaki tu malu2...ahakz