Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

23 April 2012

Mampukah Untuk Menjadi Setia?

Perkahwinan yang bahagia adalah perkahwinan yang diredhai.
Mak kurang sihat malam ni. Terduduk diam sejak saya mula sampai ke rumah. Bila diajak untuk ke klinik, mak menolak. Katanya, tidak tahu apa yang hendak dikatakan kepada doktok akan sakit yang dialaminya. Lagipun, esok mak memang akan ke klinik, pemeriksaan kesihatan berkala.

Pada kebiasaannya, mak akan memastikan dapur berada dalam keadaan yang kemas dan teratur sebelum tidur. Malam ini, abah menggantikan tugas mak, mencuci jag air yang sudah kosong, menyusun atur lauk-pauk sebelum ditutup dengan tudung saji.

Lauk utama malam ini, burung puyuh masak kicap dibawa pulang dari surau, antara lauk yang boleh dikatakan sering dibawa abah dari surau.

Ada juga lauk ikan asam pedas dalam periuk, mungkin dimasak mak petang tadi.

Terduduk diam. Bila saya pintanya untuk tidur, katanya tidak selesa untuk tidur dengan keadaan badan yang kurang menyenangkan.

Abah menemani mak, menyempurnakan tugas yang selalu mak laksanakan.

Saya? Mati akal. Tak tahu nak buat apa. Hanya memerhatikan keadaan mak yang kurang sihat. Hati pula berdoa mengharapkan mak lekas sembuh.

Hujan, daripada gerimis, kini semakin lebat membasahi bumi Kuala Lumpur.

Ya Allah, berilah kesihatan yang baik kepada mak. Mudah-mudahan beliau mampu mengukir kembali senyuman kepadaku tidak aku mengucup tangannya nanti.

*  *  *  *  *

Mak dan abah memang setia. Ke mana sahaja urusan abah selain urusan di surau, pastinya mak berada di sisi. Ketika abah sibuk menguruskan tanah pusaka keluarga sebelah abah, mak tampil membantu menyelesaikannya. Ketika mak menguruskan tanah di kampung, abah mengerahkan kudratnya untuk menyelesaikannya. Kedua-duanya ada kelemahan. Namun, kelemahan tersebut dilihat dari sudut positif.

Romantik biar sampai kerepot...
Diriwayatkan oleh Imam Muslim bahawa Rasulullah Sallallahu 'Alayhi menolak pelawaan jiran baginda yang berbangsa Parsi untuk makan di rumahnya sekiranya isteri Baginda, Aisyah Radhiallahu 'Anha tidak dijemput bersama.

Rasulullah amat sayangkan isteri-isteri Baginda. Kasih sayang Baginda turut dizahirkan dengan tindakan dan perbuatan.

Baginda memanggil isterinya dengan panggilan manja seperti memanggil Aisyah dengan panggilan Humaira' yang bermaksud kemerah-merahan.

Baginda juga sering kali mandi bersama Aisyah tanpa sebarang tabir penghalang.

Ish... Kalau nak diceritakan betapa romantiknya Rasulullah Sallallahu 'Alayhi Wasallam kepada para isterinya, memang banyak. Inilah yang seharusnya dijadikan contoh kepada kita ketika berhadapan dengan pasangan masing-masing.

Malangnya, manusia zaman sekarang lebih suka beromantika bersama pasangan yang tiada ikatan yang sah. Namun, bila sudah diikat, kemesraan mereka hilang begitu sahaja. Bukan itu sahaja, ada juga yang hanya mampu bertahan setahun dua sahaja, juga ada yang hanya seminggu dua!

Bila melihat kesetiaan mak dan abah membuatkan saya terfikir, adakah saya juga akan mendapat kebahagiaan seperti itu?

Tinta mencoret: Perkahwinan itu lebih dari hanya sekadar hubungan dalam selimut...

Hulu Klang, Kuala Lumpur WP

No comments:

Post a Comment