Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

21 April 2012

Fakhrul Razzie, 13 Tahun

Selamat menyambut ulangtahun kelahiran ke-13 buat Muhammad Fakhrul Razzie bin Ghazali pada semalam (Jumaat, 20 April 2012) yang kini sedang berhempas pulas menghafaz Surah al-Waqiah di Madrasah Tahfiz Syazwan di Ampang.

Alhamdulillah, saya baru balik dari menyambut birthday Fakhrul bersama keluarganya yang ramah di Desa Pahlawan, dekat Ampang.

Sememangnya Fakhrul seorang pelajar yang baik akhlaknya. Tidak hairanlah jika beliau disenangi oleh rakan dan guru-gurunya.

Pesan saya, kuatkanlah azam untuk menguasai al-Quran, betulkan qasad dan niat belajar kerana Allah Ta'ala

 Perjalanan hidup masih panjang. Tumpukan masa yang ada ini untuk menghafaz al-Quran. Bukan susah untuk menghafaznya, juga bukan susah untuknya hilang dari dada dan ingatan.

* * *REDHALAH ALLAH SEBAGAI TUHAN * * *

Redhalah Allah sebagai Tuhan kita. Jadikan setiap saki-baki kehidupan kita ini dilaksanakan dengan meletakkan Allah sebagai matlamat utama, bermula daripada amal ibadat sehinggalah hubungan kepada keluarga, rakan, dan guru. Sekiranya usia yang diberikan-Nya sedikit, maka jadikannya berharga dengan makin hampirnya diri kita kepada Allah. Sekiranya usia dipanjangkan, rancanglah agar banyak pengorbanan yang mampu kita laksanakan untuk agama Allah.

Janganlah sengaja mencampakkan diri kita ke dalam api neraka yang maha dahsyat dek kerana keingkaran kita kepada-Nya. Sesungguhnya Allah membuka ruang dan peluang yang terlalu banyak untuk kita kembali kepada maghfirah, kepada keampunan-Nya. Sesungguhnya, Nabi Ibrahim Alayhissalam pernah menghalau seorang kafir kerana kekufurannya kepada Allah Subhanahu Wa Ta 'ala. Dan tindakan tersebut mendapat teguran daripada Allah Subhanahu Wa Ta 'ala kerana Dia yang 'sudah lama  bersabar' atas kekufuran kafir tersebut masih lagi memberi peluang sehinggalah masa yang dijanjikan-Nya. Ini sesuai dengan nama-Nya "Ash-Shabur", Yang Maha Penyabar. Kisah ini mengajar kita akan peluang yang Allah berikan ke atas kita yang sering kali lupakan-Nya. Adakah kita mahu tunggu sehingga Allah menurunkan azab? Pastinya itu penuh dengan kesengsaraan. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang tidak mensyukuri nikmat Iman dan Islam.

Bergambar bersama Fakhrul Razzie (berbaju putih) di Rimba Jinbara, Kampung Kemensah pada 17 Mac 2012. Adiknya, Faizuddin (berbaju hijau muda) kini Tahun 4 al-Razi
di SRA Bandar Seri Putra.


Sekali lagi diucapkan selamat menyambut ulangtahun ke-13, semoga diberkati usiamu dahulu sehinggalah dirimu menyembah mengadap-Nya kemudian hari...

Hulu Klang, Kuala Lumpur WP

1 comment:

  1. Assalamualaikum Syahmi

    selamay hari jadi untuk Fakrul
    moga menjadi anak yg soleh

    ReplyDelete