Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

30 April 2012

BERSIH 3.0

Sabtu, 28 April 2012, saya ke Masjid Taboh Naning, Alor Gajah untuk menghadiri jemputan majlis pernikahan saudara saya yang diadakan secara kecil-kecilan.

Selepas, selesai menjamu selera dan beramah mesra dengan keluarga pengantin, saya ke rumah Abang Fikri, bergurau senda.

Dalam 2.30 petang, barulah saya bergerak menuju ke Bandar Seri Putra.
Sambil memandu, saya mengatur jadual seterusnya, sama ada mahu ke pameran buku di PWTC ataupun ke Czip Lee di Kajang untuk mencari bahan bagi menghias kelas.

Keputusan diambil, saya terus ke Bandar Seri Putra dan membatalkan hasrat ke PWTC.

Setibanya di Bandar Seri Putra, saya berehat-rehat sambil merancang untuk ke Czip Lee selepas Asar.

Sambil-sambil mengemas kereta, kelibat sebuah kereta milik kawan serumah saya tiba. Setelah kereta diparkir di pintu rumah jiran, kawan saya keluar dalam keadaan yang begitu memilukan, dengan keadaan kepala yang berdarah, baju bercap tapak kasut, dan sedikit terhuyung-hayang.

Dia melabuhkan badan ke sofa, sambil dikerumuni oleh saya dan dua orang kawan yang lain, menceritakan apa yang sebenarnya berlaku kepadanya.

Rupanya dia menjadi mangsa keadaan, mangsa pukulan polis ketika melintasi demonstran BERSIH di Kuala Lumpur semata-mata mahu ke Stesen Komuter Bank Negara, mahu pulang ke Bangi.

Saya membatalkan hasrat untuk ke Czip Lee bagi menghantarnya ke klinik berdekatan dan seterusnya membuat laporan polis. Dan malamnya, saya menghantarnya ke Hospital Serdang bagi pemeriksaan lanjut.

Kesnya dirujuk ke Balai Polis Dang Wangi bagi siasatan lanjut.

*  *  * BERSIH 3.0 *  *  *

Ada apa dengan BERSIH?

Saya tidak mahu mengomen berkenaan BERSIH. Saya juga terkilan bila mendapat tahu terdapat pemimpin parti politik yang mencetuskan provokasi sehingga membuka peluang kepada pihak polis membuat serangan.

Dan serangan tersebut membuatkan seorang kawan saya cedera disepak terajang polis...!

Walaupun saya menyokong matlamat BERSIH 3.0, namun itu tidak bermaksud saya menyokong dengan tindakan berhimpun beramai-ramai.

"Tapi ini bagi menyatakan HASRAT kita yang mahukan KEADILAN. Bukan untuk kitaorang je, tapi untuk SELURUH MALAYSIA...!"

Tidak kiralah sama ada hasrat tersebut murni ataupun tidak, tetapi dengan keadaan yang sesak, ditambah pula dengan suasana tegang, macam-macam boleh berlaku.

Provokasi boleh datang daripada pihak polis yang berpakaian preman atau lebih tepat SB, juga boleh datang daripada aktivis atau para demonstran sendiri.

Wallahu a'lam...
Dan, dalam keadaan tegang sebegini, pastinya pihak polis mempunyai alasan dan sebab yang munasabah pada mereka untuk menyerang para demonstran.

Sebab itu, saya tidak berhasrat untuk menyertai BERSIH bermula daripada yang pertama sehinggalah BERSIH 3.0 walaupun saya bersetuju dengan matlamatnya.

Dan, tindakan saya tidak bersetuju dengan BERSIH 3.0, DUDUK BANTAH tidak bermakna saya menyokong setiap tindakan polis mengepung, melontar canister, menembak air, mengejar, membelasah, menerajang, dan segala macam tindakan yang menggambarkan ketidakwarasan pihak polis dalam berhadapan dengan para demonstran yang tidak bersenjata.

Bukan itu sahaja, kad memori kamera wartawan media asing juga dirampas, tidak kurang ada yang turut dibelasah polis. Eh? Wartawan asing jadi penyokong BERSIH 3.0 juga ke...?

Ini menunjukkan bahawa pihak polis TAKUT DENGAN BAYANG-BAYANG SENDIRI.

Kenapa perlu bertindak ganas sedangkan di tangan polis juga ada undang-undang, ada kuasa yang membenarkan mereka untuk menahan mereka yang berhimpun?

Tangkap mereka, tahan mereka, soal mereka, dapatkan waran tangkap, dan kemudiannya bicara di mahkamah. Mereka merempuh penghadang yang mengelilingi Dataran Merdeka, tempat yang telah dijadikan kawasan larangan oleh mahkamah daripada dijadikan kawasan berhimpun. Tindakan melanggar perintah mahkamah yang melarang orang awam daripada berhimpun di Dataran Merdeka adalah satu kesalahan, dan polis berhak untuk menahan pesalah. Kenapa perlu dipukul?

Entahlah. Fikir dan nilai sendirilah. Saya tak pergi, saya tak tahu apa yang berlaku. Pro-BERSIH kata begini dan begini manakala yang menentang BERSIH kata begitu dan begitu. Tak tahu mana yang betul.

Tapi dalam hati, lebih cenderung kepada......... Eh, perlu ke bagitau?

Apa-apapun, jom layan gambar-gambar dibawah.
Gambar dicedok dari Facebook PDRM, menunjukkan lautan manusia menyertai BERSIH 3.0.
Gambar dari helikopter polis agaknya. Teruja tengok gambar dari atas.
Sorry, mahkamah tak benarkan untuk DUDUK BANTAH di Dataran Merdeka. Kalau korang DUDUK atas padang tu, rosaklah rumput-rumput mahal.
Wah, konsep 1Malaysia diterapkan dalam BERSIH 3.0.

Eh, Buletin Utama kata peniaga rugi besar. Ni ramai je pelanggan?
Yang rugi, peniaga kain baju kot...
Sempat lagi jual air ye kak. Nak try la buat lepas nih...
Wah... Power Ranger pun sokong BERSIH 3.0?
Kalau tiap-tiap hari macam ni kan bagus...
Hahaha...

Insya-Allah, kalau ada masa, saya akan upload gambar yang diberikan rakan saya termasuklah kesan tapak kasut polis dibajunya...

Tinta mencoret: Mengkritik bukan bermakna tidak bersyukur, tidak bersetuju bukan kerana tidak mengenang jasa, dan tidak bersekutu bukan bermaksud membenci kerajaan.

No comments:

Post a Comment