Proton Prevé |
Memang kecoh semalam bila tersebar sebuah gambar Proton Prevé kemalangan. Nak buat macam, malang tidak berbau. Tak kiralah sama ada kemalangan tersebut disebabkan oleh kecuaian manusia sendiri ataupun kesilapan alatan jentera tersebut.
Kenapa? Pada saya mudah, sikap Proton itu sendiri yang dari dulu suka cakap besar.
Kelemahan Proton sebelum ini dilihat akibat daripada sikap dan dasar kerajaan yang terlalu banyak memberikan 'kelebihan' kepada Proton berbanding syarikat automotif lain. Pelbagai duti dan cukai dikenakan kepada kenderaan asing bagi memastikan harga kenderaan keluaran Proton kelihatan murah di mata pembeli. Ini menunjukkan Proton sendiri tiada daya saing dan mengharapkan perlindungan 'mak ayah' daripada persaingan global.
Lebih dua puluh tahun Proton sudah bertapak dalam dunia permotoran, seharusnya Proton sudah memiliki kelebihan yang tersendiri dan tidak lagi mengharapkan perlindungan daripada pihak kerajaan. Proton sepatutnya sudah mampu berdiri dengan sendiri, bersaing secara sihat dengan pesaing-pesaing lain.
Setiap model baru yang dikeluarkan, Proton berbangga dengan model tersebut dan menjaja ke seluruh negara mengenai 'kehebatan' model terbaru keluarannya. Hakikatnya, setiap model keluaran Proton lebih kurang sahaja. Yang berbeza hanya pada kapasiti enjin, saiz, bentuk, dan yang sama waktu dengannya. Kualiti masih pada tahap yang lama.
Kini, Proton Prevé diperkenalkan. Sikap Proton yang suka berkata besar masih tidak dapat dibuang. Dijaja ke segenap pelusuk dunia akan Proton Prevé yang dikatakan keluaran terbaik Proton. Dengan ini, tenggelamlah kehebatan Inspira yang mana harganya lebih mahal daripada Prevé. Eh? Inspira lebih mahal daripada Prevé?
Dan, tolonglah jangan back up sangat Proton yang banyak lemak. Cukuplah kerajaan sahaja yang melindungi Proton sampai Proton tiada daya saing selama dua puluh tahun kebelakangan ini. Kita teruskan mengkritik setiap kelemahannya, mudah-mudahan mereka mampu memperbaikinya dari semasa ke semasa.
Dan juga kepada mereka yang kononnya 'patriotik' sangat dengan menyokong Proton, tolonglah. Kalau ada kritikan, tolong baca dulu, jangan terus je pertahan melulu.
Ada ke patut tuduh saya buat kesimpulan Prevé tak de kualiti? Sedangkan saya dah taip terang-terang kat atas tu: "Kalau dah namanya Proton, Proton jugaklah... Toksah nak cakap besar sangat." |
Walaupun entry kali ini kelihatan seperti saya tidak menyukai Proton Prevé, namun sebenarnya, saya berbangga Proton mampu keluarkan sebuah jentera yang bertaraf global. Dan sebelum pelancaran Proton Prevé, boleh dikatakan setiap kali saya mengakses internet, Proton P3-21A akan digoogle untuk mendapatkan pendedahan yang terbaru berkenaan dengan kereta tersebut. Video di bawah ini antara yang saya tonton berulang kali sebelum pelancaran Prevé.
Tinta mencoret: Kritik bukan bermakna benci. Kritik mungkin bermaksud sayang.
Hulu Klang, Kuala Lumpur WP
saya cuma berharap tuan tidak tergolong dalam golongan pengadu domba, insya-Allah. :)
ReplyDeleteAdu domba ke, cik anon?
ReplyDeleteTolong baca entry sampai habis...
Atau cik anon suka lempar batu sembunyi tangan?