Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

02 May 2010

Antara Empat Koc Dan Koc Wanita

Set LRT empat koc RapidKL Aliran Kelana Jaya yang baru.
Setelah beberapa minggu, hari ini saya berkesempatan menaiki LRT aliran Kelana Jaya atau lebih dikenali penduduk Lembah Kelang sebagai PUTRA LRT. Alhamdulillah, ada peningkatan terhadap perkhidmatan yang diberikan. Nampak jugalah inisiatif yang diambil pihak kementerian yang berkenaan dalam menangani isu kepadatan tren LRT ketika waktu puncak.

Terkejut saya membaca skrin yang tergantung di platform yang mengatakan bahawa LRT empat koc akan tiba beberapa minit lagi. Teruja juga mahu melihat bagaimana rupanya PUTRA LRT empat koc sama ada dua set tren dua koc dilarikan sekali ataupun pihak kementerian telah membeli sebuah set tren empat koc yang baru (tak paham? faham-fahamkan ajelah).

Ketibaan tren LRT empat koc ke Stesen LRT Wangsa Maju memberikan jawapan kepada persoalan yang bermain difikiran. Rupa-rupanya dua set tren dua koc dilekatkan terus menjadi satu set tren empat koc. Tak kisahlah apa yang dibuat oleh pihak RapidKL asalkan ia berjaya menyelesaikan masalah kepadatan tren yang sering berlaku teruatamanya ketika waktu puncak. Kalau tak selesaikanpun, mengurangkan masalah yang berlakupun dah kira bersyukur...

Tahniahlah sekali lagi saya ucapkan buat mereka yang berkenaan terutamanya pihak Kementerian Pengangkutan dan pengendali LRT, RapidKL kerana telah berikhtiar menyelesaikan salah satu masalah yang membelenggu penduduk Lembah Kelang khususnya sekitar kawasan laluan PUTRA LRT.

Cumanya molek kalau pihak RapidKL dapat meniru apa yang telah disediakan oleh pihak KTMB terhadap servis transit mereka, koc wanita.

Koc tengah hanya dikhaskan buat wanita.
Walaupun saya lelaki, saya menyokong usaha KTMB menyediakan koc wanita khas untuk wanita dan kanak-kanak lelaki bawah 12 tahun. Pengasingan koc antara lelaki dan wanita ini mampu menyelesaikan banyak masalah yang mungkin timbul akibat daripada percampuran. Keadaan penumpang yang menaiki KTM Komuter yang ibarat 'ikan sardin' boleh memberi ruang terhadap lelaki yang agak 'gersang' dan mungkinmengambil kesempatan ini untuk melampiaskan nafsunya dengan 'meraba-raba' secara tersembungi wanita bersebelahan dengannya. Gangguan seksual seperti ini sedikit sebanyak dapat dielakkan sekiranya disediakan sebuah koc khas khusus untuk kaum Hawa.

Koc khusus untuk wanita.
Yang pastinya, pengasingan koc wanita ini pastinya diredhai Allah swt kerana mengelakkan pencampuran antara lelaki dan wanita dan mereka yang mencadang dan menyokong usaha ini pasti akan mendapat ganjaran daripada-Nya, mudah-mudahan.

Terdapat kakitangan KTMB yang menjaga bagi memastikan hanya wanita sahaja yang berada di koc wanita.
Tahniahlah juga saya ucapkan kepada Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) terhadap usahanya mengasingkan koc wanita. Cumanya saya berharaplah, wanita selain yang berkeluarga janganlah menggatal masuk ke koc biasa sekiranya masih terdapat tempat kosong di dalam koc wanita. Gunakanlah ruang yang di sediakan dan pastinya peluang yang digunakan itu juga akan diberikan ganjaran pahala sekiranya niat kita betul untuk-Nya.

Taman Permata, Hulu Kelang

No comments:

Post a Comment