Terima kasihlah buat Barisan Nasional. |
Apa cerita semua ini?
Alasan yang diberikan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein sememangnya tidak munasabah. Menurut beliau, pemberian lesen untuk pertaruhan ini dikatakan mampu mengurangkan berleluasanya perjudian haram yang berlaku.
Makin berleluasa? Mana perginya penguatkuasa? Adakah mahu beliau digambarkan penguatkuasa seperti polis dan jabatan agama tidak mempu membendung gejala perjudian yang saban tahun semakin meruncing?
Janganlah cakap polis tak buat kerja, nanti Tan Sri Musa merajuk, mungkin melenting...
Lepas ini, keluarkan lesen untuk pelacuran dan dadah pula ya... Dua benda ini pun semacam tidak dapat dibanteras lagi.
Dulu, kini, sehinggalah kiamat, berjudi adalah HARAM menurut Islam. Tidak tahulah dalam agama-agama lain, tetapi saya pasti tiada agama yang merestui perbuatan berjudi. Jadi, apakah agama sebenar Awang Adek? Adakah beliau Islam atau sebaliknya? Bukankah judi itu sudah diketahui keharamannya? Perbuatan beliau bagai memperkotak-katikkan syari'atullah yang telah tetap tersurat di dalam kitabullah. Sia-sia sahajalah menjadi Muslim sekiranya "Allah diletakkan di kaki" malah bercita-cita "mahu mencipta agama sendiri".
BILA ULAMA DIKASI...
Ulama yang (kononnya) dihormati. |
Jangan hanya pandai bercakap. Bila kena orang berkepentingan, diam seribu bahasa. |
Dr Asri Zainul Abidin |
KESAN NEGATIF
Pemberian lesen berbentuk perjudian sebegini bukan menyelesaikan masalah seperti yang didakwa Awang Adek, bahkan ia akan menambahkan lagi masalah. Tabiat berjudi pastinya diiringi dengan banyak kesan negatif. Daripada judilah, semakin ramai yang akan terjebak dengan pinjam-meminjam, dan ini akan menyuburkan lagi perusahaan peminjaman wang tidak berlesen, along (ah long, what everlah) yang mana kita tahu penindasan yang mereka lakukan.
Selain ini, perjudian akan menggalakkan lagi pergaduhan dan gangsterisme yang berputik daripada ketidak-puas-hatian akibat daripada aktiviti berjudi itu sendiri ataupun kesan sampingan perjudian seperti peminjaman wang daripada along.
Masalah keretakkan rumah tangga akan semakin bertambah kesan daripada sikap suami yang tidak mempeduli makan minum anak bini di rumah. Wang yang ada digunakan suami untuk dibuat pelaburan di pusat-pusat, premis-premis, atau mana-mana sumber perjudian dengan mengharapkan imbuhan yang bakal mereka terima sekiranya menang. Sikap suami sebegini akan menimbulkan kemarahan isteri kerana keluarga khususnya anak-anak diabaikan dan tidak diambil peduli.
Masalah-masalah yang timbul semuanya berpunca daripada pengabaian suruhan Tuhan yang menyebabkan keberkatan kehidupan ditarik. Tanpa keberkatan ini, maka wujudlah pelbagai masalah dan jenayah malah ia semakin bertambah saban tahun!
Siapakah yang bersalah akibat daripada tindakan kerajaan demokrasi yang menyuburkan tabiat perjudian ini? Pastilah mereka yang menyokong mendirikan kerajaan ini yang menanggung dosa!
Terima kasihlah penyokong UMNO-Barisan Nasional!
Terima kasihlah UMNO-Barisan Nasional!
Semoga Allah "merahmati" kamu semua! "Merahmati" dengan istidraj yang melalaikan dan menyesatkan!
Apabila dipilih pemimpin daripada kumpulan yang sejak dahulu sehingga kini dan mungkin sampai bila-bila mengamalkan judi dan arak... (sumber) |
والله تعالى أعلى أعلم
Taman Permata, Hulu Kelang
No comments:
Post a Comment