Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

24 May 2010

Kasino Terbesar Ada Di Malaysia?


Bantahan terhadap kelulusan pemberian lesen judi bola sempena Piala Dunia terus dilaungkan walaupun terdapat segelintir masyarakat Muslim yang tindakan mereka seolah-olah me'redha'i tindakan Kerajaan Persekutuan yang diterajui UMNO-Barisan Nasional.

Yang lebih malang, 14 orang mufti yang mewakili 13 buah negeri dan tiga bandar di dalam wilayah persekutuan nampaknya seakan terkedu. Kalau membantah sekalipun, ia dibuat secara 'kecil-kecilan' kerana mungkin sayangkan kerusi Mufti yang empuk.

Tahniahlah kepada agamawan yang membantah dan tahniahlah juga kepada beberapa kerat mufti yang bersuara walaupun secara 'berbisik'.

Yang menghairankan saya, mengapa Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa) yang kononnya mempertahankan hak istimewa Melayu dan memelihara kesucian agama Islam menyalahkan Pakatan Rakyat dalam isu ini? Walaupun kenyataan Ketua Wira Perkasa Malaysia, Arman Azha baru-baru ini menyeru semua pihak khususnya umat Islam membantah pemberian lesen judi ini tanpa mengira fahaman politik, namun kenyataan Presidennya tempoh hari bercanggah dengan Arman yang mana mencabar kerajaan negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat agar menutup premis-premis judi di negeri naungan mereka.

Sepatutnya, Dato' Ibrahim Ali selaku Presiden Perkasa bersama-sama mereka yang membantah dan berdemonstrasi melainkan tindakan beliau terselitnya kepentingan politik.

Wujudnya premis-premis loteri dan nombor ekor bermula sejak Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan negeri atau sememangnya sudah ada sejak diterajui Barisan Nasional sebelum itu?

Yang pastinya, pemberian lesen judi bola sepak sempena Piala Dunia 2010 seharusnya ditentang mati-matian dan kerajaan yang meluluskannya WAJIB dijatuhkan pada PRU ke-13 nanti kerana berani menghalalkan judi yang diHARAMkan oleh Allah swt.

KOTA KERIANGAN


Genting Highland
Cukup-cukuplah hanya sebuah pusat perjudian di Malaysia yang kononnya diiktiraf sebagai Negara Islam contoh. Genting Highland sebagai Kota Keriangan (City of Entertainment) dikenali bukan sahaja di Malaysia dan rantau Asia Tenggara, malahan seluruh dunia sebagai sebuah tempat perjudian terbaik mengalahkan pusat-pusat perjudian di Las Vegas.

Berikut adalah beberapa fakta mengenai Genting Highland.
  1. Kasino terbesar di dunia berdasarkan kepada pekerja seramai 13,000.
  2. Memiliki jumlah bilik hotel (guest rooms) terbanyak sebanyak 8,653.
  3. Kasino kedua tercantik di dunia selepas Monte Carlo di Monaco.
  4. Pusat kasino yang memiliki restoran ketiga terbanyak di dunia (29 buah) selepas Sun City Resort dan Mohegan Sun.
  5. Berkeluasan 200,000 kaki persegi.
Persoalannya, tidak cukupkah lagi pusat judi di Genting Highland?

Untuk pautan ke artikel berkaitan sebelum ini, klik di sini.

No comments:

Post a Comment